Saturday, November 27, 2010

Bersedia untuk solid food???

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan dan harus diperkenalkan kepada bayi anda...
Berikut adalah 'guideline' untuk mengenal pasti adakah bayi anda bersedia untuk mengambil 'solid food' ataupun tidak..


  • boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
  • duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak(highchair) boleh digunakan apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.
  • melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan.(salah satu cara untuk mengenal pasti adakah bayi anda boleh menelan dengan baik adalah dengan memerhatikan air liur bayi anda sudah kurang meleleh).
  • telah naik berat badan secara sihat/normal seperi yang disarankan
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
  • amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. 


Jika anda merasakan yang bayi anda patut mula mengambil pepejal sebelum usia enam bulan, berbincanglah dengan pakar pediatrik atau doctor anda dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi anda telah dilahirkan pramatang. Namun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi pepejal sebelum dia berusia enam bulan, ingatlah bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti makanan yang mengandungi gluten, telur, keju, produk tenusu, ikan dan kerang-kerangan dan kekacang. 

0 ::ThoughT(s):: :