Tuesday, November 30, 2010

3rd-teeth

in d middle of night suhu bdn alya mcm panas jer...demam ke ank mama ni???
bgn pg td pn still panas lg...sah ank mama demam ni...
bile si kecik tomey mama bukak mate terus dia sengeh, 
jeng-jenjeng...
...
...
...
...
...
laaa ank mama tumbuh gg upenye...
dh nampak putih kt gusi atas tu...patutla demam.sblm ni dh nampak gusi dia mcm bengkak jer...cepat betul la ank mama ni membesar..3rd-teeth dia keluar dr gusi pd alya 7mth,2w,5days...gg bawah dh tumbuh 2 btg...lepas ni mama dia kene lebih waspada sbb alya ni suke je tgh syok nenen tu dia geget cik 'nek' uhuk2 syg jgn wat mcm tu tau...if cik 'nek' luka camne??nanti alya nk minum ape??sian kat alya n mama ;-(


***alya dh mula belajar berdiri n lepas tangan dia ;-D

Saturday, November 27, 2010

Bersedia untuk solid food???

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan dan harus diperkenalkan kepada bayi anda...
Berikut adalah 'guideline' untuk mengenal pasti adakah bayi anda bersedia untuk mengambil 'solid food' ataupun tidak..


  • boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 
  • duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak(highchair) boleh digunakan apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.
  • melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan.(salah satu cara untuk mengenal pasti adakah bayi anda boleh menelan dengan baik adalah dengan memerhatikan air liur bayi anda sudah kurang meleleh).
  • telah naik berat badan secara sihat/normal seperi yang disarankan
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
  • amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. 


Jika anda merasakan yang bayi anda patut mula mengambil pepejal sebelum usia enam bulan, berbincanglah dengan pakar pediatrik atau doctor anda dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi anda telah dilahirkan pramatang. Namun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi pepejal sebelum dia berusia enam bulan, ingatlah bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti makanan yang mengandungi gluten, telur, keju, produk tenusu, ikan dan kerang-kerangan dan kekacang. 

Thursday, November 25, 2010

Demam

demam...mula2 baba alya yg demam mase balik kg ari2,
lps tu alya plk yg demam,
semalam mama alya plk demam...
lps mama alya demam alya beransur sihat...mayb sbb alya minum susu mama yg kaya dgn antibodi tuk melawan demam..sbb tu kot alya sembuh lps mama demam...
xsempat bwk alya g klinik pn...berkesan sungguh ubat semulajadi ni...
itulah kehebatan susu ibu...

<moga mama cpt sembuh sbb mama alya dh xlarat nk melayan alya sorang2 =( kesian kat alya main sorang2>

Tuesday, November 23, 2010

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

**source: majalahpama


1. Timba ilmu sepanjang masa
  • Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya.
  • Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.
  • Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.
  • Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.
<mmg dh pasang niat dr awal nk bf bb namun aku telah m'buat kesilapan dengan tidak mencari ilmu sblm melahirkan simanja..dh b'salin br nk cr info psl bf ni...tp alhamdulillah belum terlambat tuk bf my bb>


2. Mulakan dengan betul
  • Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.
  • Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.<yang ni aku suka sgt2 sbb leh tdo smbil nyusu bb =)>
  • Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu
  • Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.<alhamdulillah stock susu alya xpernah kurang, yang bulan 8 nye stock pn ad lg =)>
  • Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.<4jenis pum aku beli...spectra3 yg plg best...>


4. Peralatan penyusuan berkaitan
  • Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting.
  • Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.<kiter xperlukan semua peralatan penyusuan tp bergantung pd individu...pilihla secara bijak>


5. Bincang dengan majikan
  • Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.
  • Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.
<alhamdulillah yg ni xde mslh...stlh gune spectra ni aku leh pump kat my cubicle sj..senang n jimat masa ('',)>

6. Perah susu di pejabat
  • Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
  • Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.<pump 3x sehari tp ad jgk 2x sehari bile penyakit M dtg n kekadang sibuk sgt2..tp nasihat kat korang jgn amalkn selalu skip waktu pump ye>


7. Kurangkan tekanan
  • Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.
  • Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.


8. Makan secara sihat


  • Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.<yg ni ler part yg lemah sket..aku amatlah xmenjaga waktu mkn..namun akn ku perbaiki diri demi simanja t'centa>

9. Ikut keperluan bayi
  • Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
  • Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.<suka sgt2 bile b'sama bb sbb xpyh susah2 nk pump..direct feeding lg best n syok for both of us ;D>

jatuh katil

 tanggal 20Nov2010(sat) around 930pm kerana kecuaianku alya(7bln) jatuh katil...xpenah2 kami tinggalkan alya alone atas katil but tetibe jer mlm tu kami tinggalkan dia alone sbb nk g makan...lps je dia menyusu kami terus turun bwh..gamaknye dia blm betul2 nyenyak kami dh tinggalkn dia..sbb tu dia jg balik cr 'nek' dia..baru je tinggal xsampai 5minit terdengar bb nangis..yg paling buat ku cuak alya muntah...menggigil tangan ni dukung alya sambil pujuk dia...nasib baik dia nangis kejap jer..dh reda tangisan leh lak dia gelak2 bile org tego...lega sikit tp still hati ni ttp risau..nk g klinik tp my mom ckp tunggu dlu tgk lps dia menyusu dia muntah lg ke x...sambil susukn dia xhenti2 mintak maaf ngan bb sbb mama cuai.nape lah aku leh tinggalkn alya kt atas katil sensorang...pdhal sblm ni kami x tdo atas katil pn..klo ad pn sekali 2 jer ble balik umah PIL...kt umah kami mmg xletak katil pun..klo kt umah my mom pn kami tdo bwh even ad katil...tp mlm tu ntah nape la leh jd cm2...mungkin Allah nk bg pengajaran/igtkn kami agar next time jgn cuai dlm menjaga amanahNYA..Alhamdulillah mlm tu alya tdo mcm biasa n menyusu mcm biasa..check the whole body dia xde benjol or lebam kt mane2.esok bgn pagi ceria mcm biasa gaks..dia aktif seperti sblm ni..legaaaaa sgt2..


***moral of the story, klo ade anak kecil xpayah ler tdo atas katil...beringat sebelum kene...anda buat anda dapat

Monday, November 22, 2010

Kembali Bekerja

sesungguhnye hari ni adalah hari yang amat3 xde mood nk bekerja...maklumla kn sbb da cuti seminggu bermalas2an drumah..arini kne masuk opis n amatla mls..mls nk pk..mls nk wat drawing..mls segala2nya..tp ku gagahkan juga diri melaksanakan tugas2 yg telah diamanahkn pd ku walaupun xbyk yg settle tp ttp ku buat juga =( 
tibe2 missssss my doter very much..alya tgh watpe la ye kt umh 'mok' dia

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil-Adha

Selamat Menyambut HAri Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat sekalian walau dimana anda berada...
adalah diumumkan bahawa saya akan bercuti selama seminggu..yeayyyy..
kepada yg xleh cuti lame tu jgn jeles k..=)
bye bye...esyok balik kg =D

Saturday, November 13, 2010

10 KELEBIHAN COCA COLA ?

Terkejut dgn tajuk entry kali ini??? sy pun terkejut gak..selama ni kite di beritahu / diwar2kan akan keburukan COCA COLA, xsangka yer rupe2nye coke ade kebaikan jugak ye ;D..sy nk share article ni dengan readers out there..fikir2kanlah..selamat beramal =)

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? 

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja tempat ku mencari rezki..bleh recommend kat management ni/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies

***Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Thursday, November 11, 2010

happy 7th month birthday

HAPPY 7TH MONTH BIRTHDAY TO MY SWEET LITTLE PRECIOUS GIRL..
mama doakan anak mama akan membesar dgn sihat, cergas n cerdas..jangan nakal2 tau..
xsangka ye dah 7mth alya menyerikan hidup mama + baba...both of us love you very2 muchhhhhh...muahhhhh (kisses from mama & baba)
Alhamdulillah alya telah minum milk mama selama 7bln 
(semoga rezeki alya xpernah surut malah bertambah dari hari ke hari)
Alya juga start makan solid food dikala alya berusia 6bulan..menu pertama alya plain rice porridge lps tu baru mama add on puree carrot, brocolli, potato...mama msk bubur alya tiap2 hari..bukan pe cume nak buat d best tuk princess mama ni...
bile tgk balik gambar2 alya mase mula2 lahir sampai sekarang mcm xpercaya je rupe2nya i've been a mom for 7month...baru 7bulan jadi ibu, byk lg cabaran yang bakal ku tempuhi demi mendidik zuriatku ini.. 
semoga Allah permudahkan segalanya..AMIN

11 April 2010 (9.05am) ---> berat: 3.12kg, panjang:53cm
minit2 pertama alya dilahirkan tanpa baba disisi..baba masih on the way dari KL...anak mama ni xsabar nak tgk dunia ni yer...(lahir awal seminggu dari tarikh jangkaan)

alya 1 bulan


alya 2bulan ---> dh besar dh anak mama...comey2 ni mama nk bawak g jalan mane tu??klo xsilap mama kita nak g kenduli kawen kawan opis baba

3bulan ---> alya loves bubble..suka sangat wat bubble sampai meleleh2 air liur =)

4 bulan ---> alya dh pandai meniarap + rolling over + mengensot (bhs bmnya mama xthu ler)

5 bulan ---> start belajar angkat bontot dia yang montok itu =)

6 bulan ---> dh boleh merangkak dengan jayanya...n ad benda asing la kat gusi dia =)

7 bulan ---> gg dh tumbuh 2 batang...suka menggigit...dh pandai duduk..tgh belajar nak berdiri

Wednesday, November 10, 2010

The advantages of breastfeeding

i would like to share with moms out there the article about benefits of breastfeeding..actually there are lots of benefits when we breastfeed our baby..so please take a look some of them

• Breastfeeding requires no preparation, no heating, no bottles or dishes you have to wash.            
   -absolutely agree with this statement...the milk is ready made and ready to serve to the baby anytime and anywhere.


• It's free; and formula isn't cheap. 
   -100% free and can't be sold anywhere neither at shop behind your house nor at the biggest store in the world..only you can produce the best milk for your baby




• Breastmilk never runs out and you never have to deal with leftovers. 
   -demand versus supply...high demand more supply...as long as your baby need the milk your body will produce it.




• Breastfeeding is good for you, giving you a chance to bond with the baby. 
    -love this moment  =)




• Breastfeeding is good for your baby. Breastmilk contains the perfect blend of nutrients. Breastfed babies have a much lower tendency than formula-fed babies do to develop food allergies and respiratory and gastrointestinal illnesses, and they are less likely to become obese as adults. Breastfed babies can also become immune to the same diseases their mothers are immune to.  
   - insyaallah  




• Breastfed babies' nappies don't smell as bad. Breastfed babies produce movements (stools) that smell almost sweet, especially when compared to the poo produced by formula-fed babies. 
   -sometimes the poooo smell soooo sweet =D..i like

Tuesday, November 9, 2010

alhamdulillah...

alhamdulillah almost 7month i've been breastfeed my bb...hopefully will continue till 2yo or more..insyaallah..
sebenarnye mase mula2 pregnen dlu mmg pasang niat nk breastfeed my bb tp xfully bf..mase tu niat time kt umah bs baby akn dibekalkan fm..malam je direct feeding..kerana kedangkalan dan kecetekan ilmu didada my bb di beri bm + fm ketika dia berumur 1-3days..
one day i asked en.wan to buy me pa&ma(April2010) n 'kebetulan' ad issue pasal bf..stat dari situ la daku sedar xmustahil nk fully bf bb..from that day jugak ler aku kenal dgn susuibu.com. dari situ la aku korek2 byk2 info psl bf ni...i'm sorry alya sbb mama xcari ilmu bf ni betul2 sblm alya lahir ke dunia ni..menyesalnya sbb b4 deliver aku xcari betul2 info psl bf..menyesal xde gunakn..
dari situlah aku nekad nak fully b4 my doter..bagi ku belum terlambat lg untuk betulkan kesilapan ku. nasib baik 2-3hari je aku bg fm kt alya..huhu..
alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan ku..rezeki alya bertambah days to days..bekal alya xpernah susut..hingga ke saat ini no more fm but the one n only susu mama...(alya da stat mkn solid food ketika dia berumur 6bulan)
for mom to be diluar sana bekalkan ilmu secukupnye didada sblm terlambat n kepada yang telah 'terlanjur' seperti ku belum terlambat lg untuk perbetulkan keadaan..lets do the best for our baby.

***dalam situasi ini sokongan en. suami sgt diperlukan...thanks to en.wan sbb support saya.. =)


Sunday, November 7, 2010

Alamak..

selama seminggu daku xde mood nk menjahit a.k.a malas...langsung en.brother ku itu xdisentuh...lps jo blk dr bgrc terus teringat due tempahan bj kwn my sis minggu ni...mlm td terus daku menjahit stat dr kul 2 till subuh..dh subuh tu g mandi, smyg n sambung sket lag m'jahit...nasib baik en.wan ad..dapek ler dia tolong siapkn puteri kami tuh sambil daku memasak buburnya n bersiap2 tuk p kejo...
tp daku hnye mampu siapkn 1psg jo dlu..1psg lg bg lps rye hj la ek..hehe ape la tukang jahit ni...sesuka jer tawar menawar ngan customer... =)
ape yg aku dok merapu nih...mcm xde motif jer entry nie..huhu..

Bukit Gambang Resort City

hepi depaaavali...
sempena cuti depavali ni kami sekeluarga going 2 Bukit Gambang Resort City(BGRC).
bebenornye bukannye sengaja nk p b'cuti tp kebetulan voucher penginapan yg aku dpt ekceli bdk opis jual kt aku 50% dr hrga asal tuh dh nk xpired..so pegi ler bercuti for d 1st time lps kawen...uhuk2..sedih kn..selalunye cuti jer balik kg..asal cuti jer blk kg..yelah perantau la katakan windu kat ma + ayah..huhu
tpkan sekali skala b'cuti cam gni best gaks kn??dpt release tension..ish cam kene wat annual vacation nih... :-D


alya epi dpt b'cuti ngan baba n mama


jom mandi... =)


mama kejar alya ;-D


beshnye dpt mandi swimming pool


baba ni kacau je la


hati gumbira lepas mandi alamak malula..syeksyi


 uncle yo kesejukan lps mandi aik budak mane sesat nih????
***uncle yo adlah bestepren baba kt opis..shibuk je kan dia join kami...hehe..
uncle jgn marah tau :-P alya shuka kt uncle tau (bodek2)
 


dh nak balik dah...baba lain kali kte dtg lgi yek..kite main kat water park plak


maka berakhirla penginapan kami 2hari 1mlm di bgrc...

Monday, November 1, 2010

alya's bib

tara...ha ni dia hasil kerja ku last wiken..bleh siapkn 2bib ni within 1hour jer...


 yg sblh kiri tu cam sesui sgt ler ad gmbo teko + cawan lg...yg 1 lg tuh bunga2..
sesuai la tuk my girl...
ok x???
for me its ok sgt...soo cute bib ni ble di pakai oleh si kecil tomei ku itu..
tp xde gmbr model pakai bib ni lah...dh amik dh pic ari2 tp t'delete la plk..huhu..
ad sesape yg berkenan x???me bleh buatkan <ngeh~>...nk thu detail jengah ler ke butik kami yer =) 
promo2..hahaha