Saturday, January 22, 2011

CD --> FAQs

ok friends, our lesson today is about CDs. Semalam kan kite dh tahu serba sedikit pasal DD kn? so hari ni sesi mengenal CDs plak..hehe

As previous article, i copy and paste from Lunatots (^_^)

1) Mengapa saya perlu memakaikan lampin kain moden (cloth diaper-CD) kepada anak saya?
Lampin kain moden (CD) adalah alternatif yang mudah, selamat dan praktikal kepada ibu bapa berkerjaya yang mempunyai anak kecil. Ianya juga selamat untuk alam kita dimana mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (DD) yang mengambil masa beratus2 tahun untuk lupus. Kajian mengatakan pemakaian DD meningkatkan kadar ruam dikalangan bayi daripada 7.1% ke 61%. 

2) Apa bezanya dengan lampin kain dulu2/seluar getah?

Material lampin kain adalah daripada cotton dan perlu dipin menggunakan baby safety pin. Selain itu, anda perlukan seluar getah bagi menghalang air kencing bayi daripada bocor. Ianya tidak praktikal bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke rumah pengasuh atau nurseri kerana remeh dan mengambil masa.


Lampin kain moden (CD) adalah dari material PUL (luar) yang menghalang kebocoran, fleece (dalam) yang lembut, selesa dan menyebabkan bayi rasa kering sementara mikrofiber insert yang diletakkan di dalam poket adalah untuk menyerap kencing bayi. Pemakaian CD adalah serupa dengan DD dimana ianya berbentuk seluar.

3) Berapakah harga sekeping CD?
Bergantung kepada jenis CD (snap or velcro, printed or plain or wording, pocket or All in One)

4) Apakah perbezaan Snap Button CD dan Velcro CD? Dan yang manakah lebih bagus?
Snap Button CD menggunakan button untuk waist adjustment sementara Velcro CD menggunakan hook and loop fastener. Velcro CD lebih praktikal bagi mereka yang menghantar anak ke rumah pengasuh bagi kemudahan penjaganya. Sementara Snap Button CD (nampak) lebih tahan lama dan sesuai untuk bayi yang masih kecil dan belum lasak.

5) Berapa lamakah CD ini boleh dipakaikan kepada bayi?
Pakaikan sekeping CD dengan satu insert selama 3-4 jam dan 2 insert untuk pemakaian 6-7 jam

6) Berapa lamakah jangka hayat CD?

Ianya ibarat baju dan seluar anak kita yang kerapkali dipakai dan dibasuh. Maksudnya, ianya bergantung kepada cara pembasuhan, jenis sabun, cara pengeringan dan lain lain.
Biasanya CD yang sama boleh diguna selama 2 tahun lebih dan disimpan untuk dipakaikan kepada anak yang seterusnya. Sekiranya berlaku kerosakan pada CD anda (katakan di bahagian getah peha) selepas menggunakannya selama 1 tahun atau lebih, anda boleh men-DIY sendiri :) ! Jimat kan?

7) Berapa banyakkah CD yang saya perlukan untuk seorang bayi? Dan jika saya mahu fully-CD (tidak membeli DD langsung), berapa helaikah yang diperlukan?

Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 CD sehari utk seorang bayi. Jika anda mahu fully-CD, 10 keping CD adalah memadai. Cuma jika anda mempunyai lebih (seperti 20 atau 30), anda tidak perlu membuat basuhan CD setiap hari kerana cukup stok untuk 3 hari.

8) Bolehkah saya menukar insert didalam sahaja setiap kali bayi kencing?
Tidak boleh. Anda perlu menukar keseluruhan CD dan insert dengan yang baru kerana keseluruhan CD sudah terkena air kencing bayi.


alhamdulillah sekarang alya boleh dikatakan fully CDs...cuma kdg2 time short CD sbb CD xkering jer guna DD...itu pun stok lama sblum kami beli CD...stock terkini CD alya = 20 keping :D (semuanya lunatots mari) cukup tuk alya berCDs...tapi mama dia ni kan macam gatal2 jer nk beli lg..huhu

2 ::ThoughT(s):: :

Wizana binti Abd. Jalil said...

Wah! ada 20. NIce info I can get from this...

NoEn said...

sekarang dh bertambah jd 22..hehe
fully cd no more DD :)