Tuesday, March 15, 2011

Kisah Babysitter Alya Lagi

Sekali lagi pengasuh alya bagi tahu sy yang dia nak jaga alya sampai hujung bulan ni jer. Dulu masa mula-mula kami pindah dia pernah ckp yang dia xnak jg alya dah. Then xsampai seminggu dia mintak nak jaga alya balik. Kisah dulu di SINI dan di SINI yer. 

Then semalam sekali lagi dia ckp xnak jaga plak. Rasa macam eeeee...yang mana satu ni???nak jaga ke x? hari tu kelam kabut kami cari nursery sebab dia cakap last minute macam ni jugak la. Ni sekali lagi kami akan face same situation! Nasib baik contact number those nurseries tu masih dalam simpanan. 

Ape pun kami mmg sgt berterima kasih kepada pengasuh Alya kerana menjaga alya lebih kurang 11bulan. Daripada alya xtahu apa2 sehinggalah sekarang alya dh boleh jalan. Dia mmg jaga alya betul2. Dia sayang alya sangat2. Mungkin dia ada alasan yang kukuh xnak jaga alya. Haritu  dia cakap dia nk jaga ayah dia yang xsihat. Semalam dia cakap dia dh xlarat nak jaga alya. huhu..ke anak mama ni lasak sangat sampai mok dh xlarat nak jg alya??

Nak tunggu En. Wan a.k.a baba alya balik this weekend, then nk g survey nursery. Hari tu baru stage call. This time kami nak pergi lihat sendiri nursery itu. Semoga kami akan berpuas hati dengan bakal nursery alya. Yelah alya ni fully breastfeeding and cloth diapering. Takut mereka xnak bagi kerjasama. 

Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga bakal pengasuh alya nanti akan jatuh kasih dan jatuh cinta kepada alya. Bila dah jatuh kasih mestila dia akan jaga alya sebaik mungkin kan? 
Amin... 


YA ALLAH, ENGKAU PELIHARA DAN LINDUNGILAH ANAKKU DARIPADA SEBARANG MUSIBAH DAN MALAPETAKA YANG TIDAK DIINGINI. ENGKAU PELIHARALAH DIA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU. SESUNGGUHNYA KAMI HANYALAH HAMBA YANG LEMAH DAN PADA-MU JUALAH KAMI BERSERAH. AMIN YA RABBAL-ALAMIN

2 ::ThoughT(s):: :

akubiomed said...

Pengasuh pun pada tahap serba salah antara keluarga dan Alyah

NuReEn faRhaN said...

akubiomed,
aah betul tu. dan semestinya keluarga yg diutamakan