Tuesday, July 19, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011

Mama terpanggil untuk menyertai satu peraduan yang menarik yang dianjurkan oleh Dunia Susu Ibu. Kenapa mama tidak meletakkan entri ini di blog GA? Peraduan ini lain daripada yang lain kerana ia berkisarkan kelahiran, penyusuan dan pengalaman mama dengan puteri mama, Alya Adriana.

Untuk info tentang peraduan klik pada banner yer

Kategori: Bersalin secara normal
Nama anak: Wan Alya Adriana bt. Wan Muhammad
Tarikh lahir: 11 April 2010 @ 9.05am - Ahad

Seorang puteri telah dilahirkan pada 11 April 2010 tepat jam 9.05am disambut oleh DR. SITI NURROCHMAH di Klinik dan Pusat Bersalin An-Nuur, Kubang Kerian, Kelantan tanpa seorang insan yang bergelar baba disisi, cuma ditemani ma dan chu. Masa tu baba masih dalam perjalanan dari KL. Alhamdulillah selamat semua walaupun pd mulanya alya 'lemas' tp alhamdulillah syukur alya selamat. Alya dilahirkan awal seminggu daripada tarikh jangkaan.



Kurang Ilmu
Mama menyesal sangat sebab tak cari ilmu betul2 mengenai penyusuan sebelum melahirkan. mama ingatkan menyusu ni mudah jer.rupanya tak. Niat hati mmg nk bg susu badan kat alya, tp sebab tak cari ilmu hari 1-3hari pertama mama sudah campur formula. sebab mama fikir susu mama tak cukup. Tp mujurlah sebaik pulang dr klinik, kakak ipar suruh bg alya susu badan.katanya bagi aje walaupun susu tak de lg..katanya kena ajar anak isap puting kita..Terima kasih K.Ma :D



Puting tenggelam
Setelah berurut, bidan cakap puting mama sebelah kiri 'buta' (tenggelam). Tp masa tu susu memang dh banyak cuma alya tak mau isap yang belah kiri ni..setiap kali sebelum menyusu, mama terpaksa pam dulu sikit bagi breast lembik kemudian baru alya nak. Disebabkan alya tak nak menyusu sebelah kiri, mama terpaksa 'paksa' alya menyusu juga sebelah kiri ni walaupun alya menagis macam mama dera dia..huhu..sedih..masa tu alya menangis,mama pun sama turut menangis. Sangat risau kalau alya tak nak susu badan. Dan disebabkan banyak duduk untuk mengepam dan 'paksa' alya menyusu peranakan mama bengkak..kata bidan la peranakan bengkak sebab mama duduk dengan lama.wallahua'lam..sakit bengkak peranakan Allah je la thu betapa sakitnya..


Susu Berdarah
Setelah alya mempunyai gigi, tanpa sengaja alya telah menggigit puting mama, masa tu alya 6bln lebih. Rutin mengepam mama teruskan seperti biasa tanpa mama sedar susu telah bercampur darah dan terpaksa buang susu tersebut. Mama yang tak pernah perah guna tangan terpaksa belajar teknik mermet w/pun sehingga hari ini masih tak pandai perah guna tangan..huhu



Cabaran mengepam di tempat kerja
pada mulanya pam susu di pejabat sangat mencabar bagi mama. Perasaan bercampur baur, antara malu, segan dan inginkan yang terbaik untuk anak mama. Mama seorang sahaja perempuan di pejabat mama. ruang solat hanya dilitupi dengan kabinet, kiranya tak ada tempat yang sesuai untuk mama mengepam..tp mama tabahkan hati juga untuk mengepam. Alhamdulillah sekarang mama dh pandai mengepam di meja mama tanpa ada org tahu pun aktiviti mama ini. Rakan kerja mula2 tu ada jugak usik2 pasal susu mama kat dalam peti ais pejabat, tp sekarang mereka amat memahami dan menyokong mama. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.


Susu Perahan
Alhamdulillah mama tak pernah mengalami krisis pengeluaran susu..biasanya setiap sesi mengepam akan dapat sekitar 3-4 oz sebelah..tp pernah aja kurang drpd tu namun mama tetap bersyukur sebab sekurang2nya masih ada bekal alya untuk esok hari.




Sokongan Insan Tersayang
Alhamdulillah mama mendapat sokongan sepenuhnya daripada baba dan juga keluarga... Cik Long alya banyak membantu mama bagi semangat untuk teruskan penyusuan, Cik Ni alya adalah sumber inspirasi mama sebab dia menyusu abg adam secara esklusif selama 6bulan. Tok ma alya pun sama tak pernah suruh mama bagi formula kat alya. Baba adalah insan yang paling menyokong mama. walaupun baba berjauhan dengan kita, tp mama tahu baba sangat-sangat menyokong penyusuan ini. apa saja keperluan untuk mama teruskan penyusuan ini baba sediakan. Alhamdulillah...Pengasuh alya pun tak de masalah uruskan EBM alya, Taska alya pun sama..syukur sangat sebab mereka bagi kerjasama dan paham kehendak mama.



SGM
Mama juga cuba sedaya mungkin menyertai kumpulan sokongan ibu menyusu jika ada kelapangan. Banyak faedah dan ilmu yang mama dapat dengan menyertai kumpulan sokongan ini. Setakat ini mama hanya berkesempatan menyertai dua SGM iaitu di Kemaman dan Kuantan.




Alhamdulillah YA ALLAH mama sangat bersyukur dan tak menyangka mama masih mampu susukan alya sepenuhnya hingga saat ini. Melihat alya membesar dengan sihat dan cerdik, mama bertambah bahagia.



Akhir kata, marilah sama2 kita berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 kita...Mama tag kawan2 yang seangkatan mama untuk berkongsi cerita mereka dengan menyertai peraduan ini. Aunty Intan, Aunty Hana, Mama Aliyah, Mama Asyraaf, Aunty Wiz, Umialya, Aunty Ayu dan semuala ibu-ibu kat luar sana. Jom ramai2 kita meriahkan lagi peraduan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan boleh la layari blog DuniaSusuIbu.




6 ::ThoughT(s):: :

ummu muhammad said...

alhamdulillah..alya tetap dgn susu mama..semoge ade rezeki alya!

tulisan yg simple. mudh faham dan sarat kenangan ;)

ayu said...

Noen : salam kenal.. mula2 nak bagitau thanks ye sbb tag ayu peraduan ni..act, dah tau dah cuma tak berkesempatan nak join..^_^ lagipun, nak cari balik gambar2 lama tu, alahai..hehe..

btw, ayu nak ucapkan tahniah banyak2 sbb masih lagi menyusukan anak..serius, baca pengalaman noen ni seronok sangat la... siap gambar2 lagi tu.. best tul baca..

yg terakhir sekali, hati ni berdetik kencang bila membaca nama anak noen, iaitu wan alya adriana .. sebabnya kan, kalau la ditakdirkan suatu hari nanti ayu dikurniakan anak perempuan, nama WAN ALYA ADRIANA la pilihan ayu.. minat nama alya adriana, n nama wan plak mmg ada opsyen la kena letak since keturunan en suami meor, so anak2 lelaki kena letak meor kat depan pangkal nama, n anak perempuan plak kena letak nama wan..^_^

salam perkenalan ye..^_^

headbart said...

thanks sebab tag! aku sangat dah lama tak update blog nih... ko macam saja jek pulak bagi cue nak suh update kannnn...

halaaaaaa....

halaaaaa....

aku akan mencuba dengan sedaya upaya!

NoEn said...

ummu muhammad:
alhamdulillah...semoga allah permudahkan misi penyusuan ini...amin


ayu:
ye ke ayu???hehe..nnti anak kita sama nama..kiki..sy dulu pun amat berkenan dgn nama alya adriana...

NoEn said...

Hana:
Ha tau tak pe...tp xpe, boleh dimaafkan...tp bila dh bergelar SAHM, ko kena update selalu blog ko tu eh...hihihi

nea lopah said...

Alhamdulillah..semoga Alya mmbesar dgn sihat.