Monday, August 1, 2011

Ramadhan al-Mubarak 1432H


Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini dipenuhi keberkatan dan barakah..AMIN 

Ramadhan kali ini adalah ramadhan ke3 kami bersama. 2thn lepas alya masih lagi dalam kandungan dan tahun ini merupakan ramadhan ke2 mama menyusukan alya. Alhamdulillah berdasarkan pengalaman tahun lepas, mama berjaya puasa penuh dan berjaya menyusukan alya. Milk production juga maintain. InsyaAllah tahun ini juga mama akan berjaya seperti tahun lepas. (sudah 2tahun berturut2 mama dapat puasa penuh, harap2 tahun ni pun dpt puasa penuh jugak la ^_^)

ok mama kongsikan dengan rakan2 mama di luar sana untuk menjayakan misi penyusuan sepanjang ramadhan. Pastikan ibu2 bersahur. Pada waktu mlm minum byk air masak, dan amalkan kurma sebagai 'snek'. Bersahur adalah wajib walaupun sekadar air Milo dengan kurma. InsyaAllah dapat bertahan sampai ke petang.

Apa yang mama perhatikan (untuk diri mama), kalau mama makan kurma dengan banyaknya (lebih dr 7biji) pd malam or waktu sahur, susu akan banyak pd keesokan harinya..dan kalau mama mkn kurma setakat 1-2biji, maka hasil tenusu mama juga akan berkurang dan mama pun agak kurang bertenaga.

Harus disiplin dengan jadual mengepam. Pumping schedule mama sama saja sama ada ketika mama puasa ataupun tidak. Banyakkan berzikir dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Juga amalkan membaca surah al-Kauthar terutama setiap kali sesi feeding or pumping sambil niat semoga allah perbanyakkan dan murahkan rezeki anak kita. InsyaAllah dan paling penting kita harus yakin bahawa kita mampu untuk susu kan anak kita walaupun kita berpuasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak menyusukan.

Mama2, ibu2 di luar sana boleh juga berkongsi tips dan cara masing2 untuk kekal cergas sepanjang bulan puasa.




12 ::ThoughT(s):: :

ummu muhammad said...

happy eid mubarak utk KAMI! senoga beroleh barakoh ramadhan !

MaDihAh said...

my lec used to say that...
sunnah Nabi SAW b'sahur dgn 3 biji kurma n segelas air putih...
ms pose kt UIA..yess...memang amal kn...n memang thn sampai ptg...alhamdulillah x de rs lpr...

Suzie said...

Dah stop menyusu sebab anak dah 2tahun lebih .banyak minum susu ...dengan air masak...

NoEn said...

@ummu muhammad thanks ummu muhammad..

NoEn said...

@MaDihAh yeah..mkn kurma mmg mengenyangkan..

NoEn said...

@Suzie dh lama dh xminum susu kak. masa pregnant dulu rajin la minum susu, sekarang dh x lg dh..huhu

vita@kriyalea said...

selamat berpuasa yaah.. semoga lancar dan berkah, Insya Allah sambil menyusui pun pasti bisa, tetap semangat..

NoEn said...

@vita@kriyalea

selamat berpuasa..insyaallah mama alya akan cekal demi alya yg comel itu... ^_^

kakyong said...

Selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan. & semoga terus berjaya dgn penyusuan ibu..

NoEn said...

@kakyong Thanks kak..selamat berpuasa jugak untuk akak n family

Huddy said...

Aku pun dulu masa bujang suka sahur dgn air kosong ngn kurma je. Satu, sbb malas nak bangun makan. Dua, sbb aku syak masa dulu2 lah, bila sahur nasi mesti rasa lagi lapar dari tak sahur nasi. Dan memang betul rupanya. Abg ipar aku cerita dia baca artikel kat internet ckp klu sahur nasi, buat kita rasa lagi lapar. Paling elok mkn yg dari protein cthnya bijiran, oats etc.

NoEn said...

@Huddy ooo kiranya mmg betul la sahur mkn nasi buat kita lg lapar eh..