Saturday, August 6, 2011

Surah Al-Kauthar & Breastfeeding

Salam semua. Semoga 6Ramadhan pada hari ini adalah lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Hari ini sy ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Semoga menjadi panduan dan amalan kita semua. InsyaAllah.


" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat segala perkara yang diingininya)"

Al-Kauthar bermaksud sungai di dalam Syurga. Airnya tidak berhenti mengalir, warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan lebih wangi daripada kasturi..MasyaAllah.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang paling baginda kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Kelebihan surah Al-Kauthar dan kaitan dalam penyusuan.
  1. Semasa menyusukan anak, amalkan surah Al-Kauthar dan berdoa agar Allah kurniakan air susu kita seumpama air sungai Kauthar. Juga amalkan setiap kali sesi pemerahan susu. Insyaallah susu akan sentiasa mengalir untuk anak tersayang.
  2. Sekiranya berpuasa, semasa hampir waktu Imsak, minum segelas air kosong dan baca surah Al-Kauthar. Niatkan supaya susu kita tidak berhenti dan sentiasa mengalir untuk anak kita. InsyaAllah.
  3. Juga ada terbaca dalam satu blog/forum, seorang ibu menceritakan selepas kelahiran bayinya, breastnya tidak membengkak. lalu suaminya mungurut breast sambil membaca surah al-kauthar, dengan izin Allah, susu tersebut keluar mencurah-curah.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan.
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaAllah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang dibacakan surah ini sebanyak 10kali pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkene sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1000 kali, rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kedapanya kerana dia tidak bersaah tetapi dizalimi.
Artikel asal: Blog Pn.Hana Seman (MBFPC)

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakkal. Allah sajalah yang akan menentukan segalanya. Yang baik itu untuk dikongsi bersama...Wallahualam

4 ::ThoughT(s):: :

ummu muhammad said...

info yg sgt berguna..terime keseh! ;)

ziraziz said...

tq for sharing.. :)

NoEn said...

@ummu muhammad Ilmu yang sedikit ini harus dikongsi bersama kn..

NoEn said...

@ziraziz sharing is caring kan..selamat beramal :D