Alhamdulillah, pagi tadi masa bersiap-siap kemas baju dan CD alya ke taska, sambil sambil tengok astro OASIS sy tersentap dengan kenyataan "susuilah bayi anda dengan susu manusia" wah menarik ni..pagi2 sy suka bukak OASIS sebab ada zikir dan tazkirah kat slot Indahnya Iman..Alya pun baik je tgk zikir..Hadis pilihan pagi ini berkaitan dengan ta'dib...
Hadith Rasulullah S.A.W " Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan."
Sambil2 dgr tazkirah sambil2 bersiap so paham2 jelah bukan sume melekat kat kepala ni..tp yg paling sy ingat adalah Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan susuilah bayi anda dengan susu manusia kerana itu adalah permulaan menta'dib anak kita..banyak ibu bapa ambil ringan perkara ini. Susu bonda Nabi Muhammad ditakdirkan kering ada hikmahnya. kemudian Nabi di susui oleh ibu susuan. semuanya bersebab. ini menunjukkan susu manusia untuk manusia. Datuk Hassan Din menegaskan lagi kita perlu menyusukan bayi kita dengan susu manusia kerana dikhuatiri kalau-kalau jika di susui dgn susu binatang, sedikit sebanyak sifat kebinatangan akan ada dlm diri anak kita..Nauzubillah..
Kita sering menunding jari kepada org lain dengan apa yang berlaku hari ini terutama mengenai gejala sosial dan jenayah..tp kita tidak pernah mengkaji atau menyelidik hingga ke akar umbi apakah puncanya.
Mungkin menyusukan bayi kita adalah root cause dan ditambah pula dengan other causes yang lain seperti cara kita men'ta'lim' dan men'tarbiyah' anak kita, maka jadilah anak2 kita seperti yg telah kita corakkan sejak bayi lagi...
Jadi kita sebagai ibu bapa, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya...walaupun diri ini xsempurna, akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak2. InsyaAllah
Maafkan saya kerana mungkin ada yang terasa dengan entri ini..sy bukan ckp xmenyusu dgn susu ibu anak kan jd jahat..bukan itu yg saya maksudkan..cuma sy tertarik dengan kenyataan yg dikeluarkan oleh ustaz Hassan Din. Semua ibu bapa akan lakukan yang terbaik untuk zuriat mereka mengikut cara masing-masing. Mungkin Ustaz maksudkan disini adalah cara paling asas menta'dib anak adalah menyusukan bayi dengan susu ibu.
Maafkan saya kerana mungkin ada yang terasa dengan entri ini..sy bukan ckp xmenyusu dgn susu ibu anak kan jd jahat..bukan itu yg saya maksudkan..cuma sy tertarik dengan kenyataan yg dikeluarkan oleh ustaz Hassan Din. Semua ibu bapa akan lakukan yang terbaik untuk zuriat mereka mengikut cara masing-masing. Mungkin Ustaz maksudkan disini adalah cara paling asas menta'dib anak adalah menyusukan bayi dengan susu ibu.
Owh sesengguhnya sy tak pandai nak mengulas lebih lanjut..mungkin yang lain boleh tolong..ummu muhammad pasti boleh bg huraian yang lebih jelas kn terutama mengenai menta'dib anak ni kn??
Renung-renungkan..selamat beramal (",)