Tuesday, January 25, 2011

Tiada Kerja

alya adriana ketika berusia 9bulan


nureen farhan ketika berumur 9bulan

mama yang xde kerja..haha..sama x kami???

Monday, January 24, 2011

New Episode

Fri, 21Jan2011 a day that changed my daily routine (working days Sat-Thu) when we officially moved to our new house in Taman Seroja 1, Binjai, Kemaman...
starting Sat 22nd jan 2011 i have to wake up as early 530 am untuk bersiap ke ofic..early???maybe not early for those who are living in KL but for me YES!!!
yela kan b4 this i boleh bgn pukul 630am, siap boleh main2 lg ngan alya..
tp now not anymore!!!Jalan jem!!lg kalut sebab i have to hantar alya ke rumah babysitter dia kat Telok Kalong..
ok sebelum pindah, rumah kami kat Telok Kalong tu dekat je ngan umah BS alya..selang blok jer...so on d way nk g keje tu just drop by hantar alya kat c2 which makan masa about 15min from rumahku --> rumah bs --> ofic..
sekarang not anymore. 
rumah --> BS --> ofic memakan masa lebih kurang 1 hour..huhu
when perjalanan tu jauh my alya mula boring..15min mula2 jalan tu ok la..tp ble dh stuck dlm jem tu dia pun mula la merengek..huhu..mmg xtenang mama dia nk bawak kereta...

ok kite tinggal psl tu...Semalam when en.wan pickup our daughter kat umah Bs, dia bgtau yg Bs alya dh xnak jaga alya sebab nk jaga ayah dia yang xsihat...sampai akhir bulan ni jer..hadoi la camne ni??/mane sempat nk cr BS lain!!!nk hantar nursery pn kene gak survey nursery mane yg ok!!!toing!!!!pening..pening...tp kan mcm ada hikmah jer sume ni...Allah knows the best for His Hamba

nk tanya pendapat korang, nursery or BS???which one??

Saturday, January 22, 2011

Sabar Menanti

Alhamdulillah semalam 21/01/11 kami dengan selamatnya telah berpindah masuk ke rumah baru kami..
OMG pindah ni amat memenatkan...malam td br settle kemas kitchen area itu pn belum 100% kemas lg...mlm ni sambung kemas our bedroom kot...
malam td kami tdo dlm timbunan barang2...huhu..xpela kemas perlahan2 la kn.
okey, sempena rumah baru ni, kami adela membeli few furniture baru tuk our home sweet home tu (sewaktu menyewa kami mmg tidak membeli sebarang perabot).
kami main beli jerk...honestly aku memang sgt2 xreti pasal interior design ni...main design kat kepala jerk...aku ikut jer ape yg en.wan nk.
x byk pn kami beli, set bilik tdo, dining table, TV cabinet and sofa...very the simple one ok!!
kami mmg suka jenis yg simple2 and for sure la sbb budget kami ciput jerk..so xboleh la nk membeli yg vouge2 g2..huhu...
td en.wan call bgtau the furniture dh sampai...ihik..cam xsabar jer nk tgk barang2 tu berada di tempatnye...
adakah our dining area akan bertukar jd camni?



atau camni?


our  living changes to this??

our bedroom transformed to this???

or this???

wow!!!kalau betullah lah aku balik umah ni and tgk semuanya bertukar jadi seperti gambar kat atas tu kan syok!!!

apepun Thank You ALLAH atas segala kurnia dan rezeki yang telah Engkau berikan pada kami sekeluarga

CD --> FAQs

ok friends, our lesson today is about CDs. Semalam kan kite dh tahu serba sedikit pasal DD kn? so hari ni sesi mengenal CDs plak..hehe

As previous article, i copy and paste from Lunatots (^_^)

1) Mengapa saya perlu memakaikan lampin kain moden (cloth diaper-CD) kepada anak saya?
Lampin kain moden (CD) adalah alternatif yang mudah, selamat dan praktikal kepada ibu bapa berkerjaya yang mempunyai anak kecil. Ianya juga selamat untuk alam kita dimana mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (DD) yang mengambil masa beratus2 tahun untuk lupus. Kajian mengatakan pemakaian DD meningkatkan kadar ruam dikalangan bayi daripada 7.1% ke 61%. 

2) Apa bezanya dengan lampin kain dulu2/seluar getah?

Material lampin kain adalah daripada cotton dan perlu dipin menggunakan baby safety pin. Selain itu, anda perlukan seluar getah bagi menghalang air kencing bayi daripada bocor. Ianya tidak praktikal bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke rumah pengasuh atau nurseri kerana remeh dan mengambil masa.


Lampin kain moden (CD) adalah dari material PUL (luar) yang menghalang kebocoran, fleece (dalam) yang lembut, selesa dan menyebabkan bayi rasa kering sementara mikrofiber insert yang diletakkan di dalam poket adalah untuk menyerap kencing bayi. Pemakaian CD adalah serupa dengan DD dimana ianya berbentuk seluar.

3) Berapakah harga sekeping CD?
Bergantung kepada jenis CD (snap or velcro, printed or plain or wording, pocket or All in One)

4) Apakah perbezaan Snap Button CD dan Velcro CD? Dan yang manakah lebih bagus?
Snap Button CD menggunakan button untuk waist adjustment sementara Velcro CD menggunakan hook and loop fastener. Velcro CD lebih praktikal bagi mereka yang menghantar anak ke rumah pengasuh bagi kemudahan penjaganya. Sementara Snap Button CD (nampak) lebih tahan lama dan sesuai untuk bayi yang masih kecil dan belum lasak.

5) Berapa lamakah CD ini boleh dipakaikan kepada bayi?
Pakaikan sekeping CD dengan satu insert selama 3-4 jam dan 2 insert untuk pemakaian 6-7 jam

6) Berapa lamakah jangka hayat CD?

Ianya ibarat baju dan seluar anak kita yang kerapkali dipakai dan dibasuh. Maksudnya, ianya bergantung kepada cara pembasuhan, jenis sabun, cara pengeringan dan lain lain.
Biasanya CD yang sama boleh diguna selama 2 tahun lebih dan disimpan untuk dipakaikan kepada anak yang seterusnya. Sekiranya berlaku kerosakan pada CD anda (katakan di bahagian getah peha) selepas menggunakannya selama 1 tahun atau lebih, anda boleh men-DIY sendiri :) ! Jimat kan?

7) Berapa banyakkah CD yang saya perlukan untuk seorang bayi? Dan jika saya mahu fully-CD (tidak membeli DD langsung), berapa helaikah yang diperlukan?

Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 CD sehari utk seorang bayi. Jika anda mahu fully-CD, 10 keping CD adalah memadai. Cuma jika anda mempunyai lebih (seperti 20 atau 30), anda tidak perlu membuat basuhan CD setiap hari kerana cukup stok untuk 3 hari.

8) Bolehkah saya menukar insert didalam sahaja setiap kali bayi kencing?
Tidak boleh. Anda perlu menukar keseluruhan CD dan insert dengan yang baru kerana keseluruhan CD sudah terkena air kencing bayi.


alhamdulillah sekarang alya boleh dikatakan fully CDs...cuma kdg2 time short CD sbb CD xkering jer guna DD...itu pun stok lama sblum kami beli CD...stock terkini CD alya = 20 keping :D (semuanya lunatots mari) cukup tuk alya berCDs...tapi mama dia ni kan macam gatal2 jer nk beli lg..huhu

Tuesday, January 18, 2011

Why CD-ing?

Why i choose CD-ing (Cloth Diapering) my baby alya???

first and foremost sure la sebab i ni pencinta alam sekitar..hehe
2ndly because i hate the bulky of rubbish in the bin especially Disposable Diapers (DD).
3rdly CDs lebih menjimatkan...so i can spend the money to buy new cloths for alya (even for me) :p
4thly there are no chemicals in CDs
5thly i love natural parenting...

with the reasons above i'm sure it strong enough why i choose CD-ing my alya...
ohho..forget one more thing, i love the colorful CDs...(^_^)

wokey, there are some info i got from LUNATOTS about CDs...
(since alya uses Lunatots CDs, so the info also from Lunatots...hehe)

mula2 mari kita mengenali DD
  • Dioksin --> disenaraikan oleh EPA (U.S.Environmental Protection Agency) sebagai toksik yang boleh menyebabkan kanser. Dioksin digunakan dalam proses bleaching paper.
  • Tributyl-tin (TBT) --> toksik yang boleh menyebabkan masalah hormon kepada manusia dan binatang. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  • Sodiun polyacrylate --> Berupa gel iaitu kristal yang sangat menyerap. Bahan ini juga telah dibuang daripada tampon kerana kaitannya dengan sindrom toxic shock. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, jangkitan kuman dan demam.
  • Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes.
  • Pembiakan bakteria dan ammonia melalui air kencing.
  • Penyebab athma dikalangan bayi.
  • Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada mekanisma penyejukannya dan mengakibatkan masalah kemandulan.
  • 50% daripada sampah domestik rumah.
  • Sumber sampah KE-3 TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
  • Mengambil masa 500 tahun untuk terurai.

okey kita dah kenal DD kan..lain kali la plak sesi mari mengenal CD..
to be continue....

Monday, January 17, 2011

can't wait...

can't wait for u...our new home sweet home...(^_^)
xsabarnya nak stay kat umah sendiri...
atlast kami mampu memiliki umah sendiri even as 2nd owner..early of jan aritu we got the key and my dearest en.wan was struggling mencantikkan & me'renovate' rumah br kami..
dlm masa around 2weeks en.wan kerja keras day & night menyiapkan umah kami dan hasilnya agak memuaskan..hehe..
jgn kecik hati ye bang, terms 'agak' tu sebab umah kita xsiap sepenuhnya lg (*_*)

keadaan dlm rumah masa mula2 kami pergi tgk sblm beli..
mase tu alya 4bln & nampak tak rambut alya yg belum tumbuh tu??


pandangan luar rumah
wokeyhh..itu gambar rumah kami ketika rumah itu belum ditukar hak milik keatas nama kami;
now presenting rumah baru kami yang telah bertukar wajah


...


...


...


...


...


rahsia dlu sebab...tunggu kami pindah masuk dlu..hehe
rancang 20/01/11 kami akan pindah masuk ke rumah baru kami...insyaallah

Tuesday, January 11, 2011

happy 9th month birthday

hari ni genapla usia alya 9bulan...
wahh..sekarang macam2 telatah n gelagat dia yg menghiburkan...
termasuk jgk perangai yg kadang2 nk mengamukkk jer keje nye..huuu
sekarang alya dh boleh melangkah 2-3 tapak dgn sendiri pastu jaaatuuhh..namun dia cekal!!bangun lg tuk b'jalan..klo pimpin tangan, mmg laju jer dia jln...mcm la dia tu terer sgt..hehe..alya..alya..
no matter what mama always love u dear...
doa mama agar juara mama ni membesar sebagai juara...agar anak mama ni jd anak solehah..


Monday, January 10, 2011

Sew -n- Share

xpenah buat pn entry tuk ni kn...actually aku de join 
anjuran zura Sew Retro Chic!
best sgt join dis swap..n yg paling best aku dpt swap gift yg sgt best from TiniHani.com
ni dia hadiah yg aku dpt...beg ni sgt besar n sesuai lah tuk isi sume bende especially time g jln2..leh isi diapers alya, brg2 alya n mama alya skali..hehe

~kredit to TiniHani.com~
ok swap partner sy yg sorang lagi adlah Diesha...means aku kene jahitkan something tuk sha..aku jahitkan sha wallet..harap dia suka sbb ni 1st time aku jahit wallet..mmg ade cacatnye..sha, klo perasan cacat tu, abaikanla yer..hehe


sorry yer sha sbb lambat pos...time constraint plus sha lambat bg address sha..hehe..alasan2..
cik zura, nnti wat lg yer crafty swap ni yer..best2..suka2 


Thursday, January 6, 2011

Blouse and pants

aha...this is my 1st attempt sew blouse and pants for my sweet daughter using my new overlock sewing machine...yippi..makes my job faster...muahhh..love u la en.singer


 i really like the baju (ups..masuk bakul angkat sendiri) but need to improve it...why??? normal la for the 1st timer mesti ade buat mistake kn??..its ok, practise make perfect!!
i sew the blouse slightly small if compared to the pants.. cam xbalance gitu..baju kecik seluar besar...huhu


yes!! of course it still fit my alya but i bet u it wont fit anymore for the next few weeks/month...mama xsedar pn ank mama dh besar..~ngeh~~
don't worry dear, mama will sew another blouse for you next time..~dalam pale ni byk sgt bende nk buat tuk alya~~


Monday, January 3, 2011

EBM till 3rd Jan 2011

dh masuk tahun baru kn..so last night aku meng'update' status ebm alya..poyo jer kn..haha..xde la update mane pn juz kemas2 n 'categorize'kan latest ebm alya ikut bulan jer..bukan ape pn..
xkira pn berapa oz ebm alya in stock tu..kecoh jer haku ni kn..hehe
alhamdulillah till today, alya(8m3w2d) still fully bf..

~kedaan freezer sebelum dikemas~
~stock ebm alya --> oct, nov, dec 2010~
~selepas sesi kemas mengemas..hehe~
xde la byk mane pn stock ebm alya ni if compared ngan other mommies kat luar sana tu..tp alhamdulillah cukup tuk alya...
alya ni kurang sgt menyusu time kat umah bs..selalu jer xabis bekal dia..ble malam ngan mama kuat pulak dia menyusu...perasan mama mcm selang sejam dia bgn menyusu...
mayb itu yg di katakan 'reverse cycle'....
ape2 ajelah alya, janji kamu sihat, membesar ngan cergas dan cerdas...

wajah terbaru buah hati pengarang jantungku..suka sangat boleh dok dlm bakul kain..huuu
alya...alya...






Sunday, January 2, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011


HAPPY NEW YEAR!!!
semoga tahun ini lebih berjaya drpd tahun2 sebelumnya..AMIN!!!
ok..ap yg b'laku pd tahun 2010??? ~yg bg big impact kat aku ler~

1. lahirnya the apple of my eyes, WAN ALYA ADRIANA ke muka bumi ini...alhamdulillah, mama sayang kamu
2. kami b'jaya 'jumpa' rumah yg affordable tuk kami beli ~even as 2nd owner~ alhamdulillah
3. start join blogging world..haaahaaahaahaa
4. en.wan belikan ku overlock sewing machine ~thanks ya bang..lps ni dh xde alasan lg dh nk tangguh2 sesi jahit menjahitku..ngeh~~~
5. ape lg ek???xde dh kot..selebihnya small2 things je lah

AS START 4 YEAR 2011
1. kami dapat the KEY...maka bermulalah episod en. wan me'repair' and mencantikkan ape-ape yg patut sebelum kami pindah masuk ke our new 'PARADISE'
2. hope lepas ni byk lg ler good things happend to us.. INSYAALLAH & THANK YOU ALLAH

AZAM BARU
ad azam baru ke???macam biasa la..common azam; 
1. nk lebih baik drpd tahun sebelumnya..
2. nk jd ibu yang terbaik tuk anak2ku ~anak2?? belum lagi la..sy br ad sorang anak..hehe~
3. nk jadi isteri terrrrbaikkkk tuk suami ku yang tercinta, en.wan ~supaya dia xcari bini lain~
4. nak jd ank yang terbaik tuk my parents
5. nk jadi menantu yg t'baik ~xnak jdi menantu hantu..ngeh~~~
6. nk jd 'injinya' yg ad class..insyaallah
7. tpkn tetiba rase cam nk tukar profession..nk jd lecturer..bleh x???