Monday, February 28, 2011

Malam yang Productive

Malam td merupakan malam yang agak productive bg diriku yang pemalas ini..huhu
i have to stay up untuk menyiapkan beg kawan my sister. Sebabnye dh lama dia suruh jahitkan bag, sebelum kami pindah rumah baru lg. tp mlm td br aku berjaya siapkan..uhuk sungguh dasyat kan..

inilah dia bag kawan adik aku tu..

harap dia suka la kan sebabnya pilihan fabric tu aku pilih sendiri..dia cuma ckp dia nk warna purple and nk reversible bag..itu jerk. 
wahai kawan adik, sila la suka beg ini..huhu


okey ini plak request from my adik. dh lama jugak dia request. dia nk bg present kt baby member dia. mlm td jugak siap this bib and burp cloth..

dindaku, harap kamu suka and sila la promo kerja tgn kakak mu ini kt kawan2 yer..
hehe...


ok berbalik pd diriku, hari ini merupakan hari yg agak memenatkan sebab dh lama aku xmasuk plant. pepagi lg dh masuk plant. Bila masuk skali skala tu mmg terasa la sgt kepenatannya. Lepas masuk plant stay kat workshop plak sampai le ke lunch (uhuk tipu jer..sampai dekat2 kul 12 je la)..kenapa aku rajin masuk plant arini???sebab utamanya ialah opis blackout.drpd dok berpanas dan bergelap kt dlm opis, baik kuar jalan2 hirup debu 'segar' kt luar kan. Jam 1 tgh ari br opis ku kembali sejuk dan cerah.
itulah perjalanan hariku yang 'memenatkan'..hahaha

Saturday, February 26, 2011

Soft Story Book

selamat hari sabtu semua...hari ini diriku amat kebosanan. Nak tau kenapa sebab bos off hari ni..haha alasan untuk malas bekerja..ngeh~~~

oleh kerana kononnye harini xde keje maka haku sesaje jer nk tunjuk buku cerita alya yg pertama.


inilah dia buku cerita alya yang dijahit with full of love just for my lovely daughter. Panel tuk wat buku ni mama beli kt MAY berkurun dahulu..haha..nama dh berkurun kan (mama dia saje je br upload kt blog), so buku tu pun dh lunyai dikerjakan oleh si alya tu..ups lunyai sebab alya sangat rajin membaca ya aunty semua...
okay sekian dahulu untuk kali ini...

***baba alya, mama alya ad jumpa lagi panel tuk buat story book kt online shop.boleh x mama nk beli lagi???

Tuesday, February 22, 2011

Pity My Girl

Pity my shumil2 lil princess...
walaupun hidung ku calar balar namun diriku tetap maintain chomel :D
when i amik dia kt rumah BS yerterday, ad kesan cedera kt hidung dia..
owh rasa mcm darah terus naik ke muka..
pengasuh told me that she fell down.
ye lah dia tu baru jer pandai jalan..but she act as a pro..uhuk..uhuk..nk lari2..
alya jatuh sendiri masa dia main2 kt dlm rumah..
luckily lukanya x serious. cuma ada kesan calar...
lps jatuh tu BS cakap dia active as usual.
lega la kan..masa kt rumah pun tgk dia main mcm biasa..mlm td pun tdo mcm biasa..
aih alya2...tula mama dh ckp awak tu br jer boleh jalan..xpayah la lari2 lagi..
hmm...nk boleh ke besar budak ini pasti akan ad lagi kesan2 jatuh.
harus lebih careful..huhu 

maintain cute =p

Wednesday, February 16, 2011

Kali Ke-2

alya, 10month 5day untuk ke-2 kali nya telah jatuh katil malam td..kesian my princess yg tomey itu.
dulu dh jatuh katil sekali masa kt kg. ceritanya di SINI ya
xtau mcm mana alya boleh jatuh katil kali ni. time tu around 1230 am..rasanya baru je alya bgn menyusu..adeh mmg terkejut la kami dibuatnye...mcm xlogik pun ad alya boleh jatuh kt c2...uhuk2

posisi kami tidur
(posisi alya jatuh-meniarap)

alya jatuh kt bhgn kaki. igtkan bila letak alya tepi dinding, kemungkinan untuk alya jatuh katil adalah '0'. tp salah la..huuuu
lps ni baba alya suruh aku letak toto kt bawah hujung kaki tu..at least if alya jatuh lg lepas ni xde la direct ke simen..ade la toto yg mengurangkan daya hentakan...

alhamdulillah lepas jatuh tu alya boleh tdo balik, dia nangis kejap jer...lps bg susu dia sambung tdo..dh check badan dia xde benjol kt mana2...

AKAN TETAPI

pg td aku perasan ad macam kesan darah la kt baju dia, then check lg seluruh badan dia, xde luka kt mana2..sekali tgk lidah dia mcm luka..aduih sian ank mama ni.
mesti lidah ank mama ni t'kepit antara gg dia nan kapak itu or t'kena lantai..

however syukur alya aktif macam biasa...
fuhhhh...lega mama


UPDATE


sementara ni kami tdo kat bawah..tp baba alya ckp dia nk tukar posisi katil..
yang kepala katil tu tukar kat sebelah kaki tu...
bahagian kaki kat sebelah dinding.
supaya kepala katil tu jd macam pagar..
nnti baba alya balik dis wiken dia tukar posisi katil tu


proposed position katil
erk ok tak klo sy buat mcm ni???kira mcm dh ad pagar..
alya dipagari oleh mama, kepala katil dan walls...
ad x kemungkinan alya akan panjat mama dia???and mama dia tdo mati xsedar anak panjat..
otai mommies LIZA, MAMA-MIYA, kawan2, etc...sila bg pandangan anda. tq :) 

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

selamat menyambut hari maulidur-rasul...
selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W


Sunday, February 13, 2011

Pap Smear

last Thursday masa g checkup alya, nurse suruh aku wat pap smear test.
uih..macam ngeri & malu je kan nk wat test tu..
ad gak tanye nurse tu xleh klo xbuat??hehe
mesti la nurse tu jawab xleh kn..ape la haku ni...

ok this is a lil bit information that i got from metro maternity hospital about pap smear

Apa itu pap smear?
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila saya patut melakukan ujian pap smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1.Melakukan seks,
2.
Menyembur kawasan vagina,
3.
Menggunakan tampon, dan
4.Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan semasa pap smear?
  1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
  2. Speklum (muncung itik), sepanjang 4 inci akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
  3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu untuk mengambil sample sel daripada servik.
  4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan disembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.






Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Apakah kelebihan lain pap smear?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
  1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
  2. Celvical dysplasia di mana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV dan V. 




Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks.  Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

Di mana saya boleh menjalani pap smear?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.

***kesimpulannya ujian pap smear ni xde la menyakitkan..cuma mcm malu jer nk kangkang kat nurse tu..mase bersalin dlu lain cite la kan sebab masa tu tgh sakit kan...tp tuk kesihatan, abaikanlah rasa malu tu

Alya Adriana 10th month

last thursday pegi checkup alya 10 month and her weight now 9kg.
as usual mama alya pun timbang berat jugak and my weight = 34kg!!!
waduh bila la my weight ni nk bertambah ni. 
lepas sebulan bersalin aritu my weight 38.5 kg, makin lama makin turun, skrg 34kg..
kalah berat masa zaman ank dara dlu..huhu


beza kan me masa pregnen dgn skrg??? sebelum bersalin my weight was 52kg..gemuk betul time tu.. :D

ok put aside bout mama alya's story
let's talk about alya
now cerita bout alya's 10th month milestones
  1. alya boleh berjalan dengan jayanya..macam dh nk boleh berlari dh ank mama ni..but still have to berjaga2..kekadang tu jatuh jugak
  2. gg ke5 mula menonjolkan dirinya...owh i have to be more aware with this lil 'Dracula'... huhuhu
  3. perangainya yg makin menjadi2..mamanya xboleh hilang dari matanya..klo hilang jap menangis macam kene dera jerk...alya please alya, kita tinggal ber2 jer, klo alya terus macam ni susah la mama..nk mandi pn susah..uhuk2
  4. suka main...dh pandai main dh..suka bila org main2 dgn dia..wat muka pelik, main kejar2, dia akn gelak macam ape jer
  5. dh mula faham arahan..bile mama mintak sesuatu kt tangan dia, dia akan bg..tp bg tipu je lah, nnti dia amik balik kt tgn kita :D
  6. ni je lah kot dulu perkembangan alya..




alya, kehadiranmu dalam hidup mama amat bermakna..love u so much dear..muuaaahhhh

Monday, February 7, 2011

Thanks Kanda

Happy Belated Birthday to me...ngeh~~~
wish birthday for myself even already past few days ago..
i wish this year and onward Allah gives me good health to take care of my family especially my kid(s), give more rezeki, permudahkan segala urusan, etc (the good ones).

this is 2nd birthday i celebrated with my dearest en.wan...last year alya was in my tummy, this year alya dh boleh berjalan dh pun..hehe..cepatkan masa berlalu

en. wan gave me this lovely cam...love it..thanks ya en. wan. macam tau2 aja your wife need the cam. muahhh love u dear...from the bottom of my heart (^_^)






alkisah alya dan bs

the other day i dh story kan about my dilemma nk hantar alya ke nursery or pengasuh sebab pengasuh alya yg dlu dh xnk jg alya..
after 2days x hantar alya ke rumah BS (sebab last week kan aku cuti panjang), alya's BS called n message me that dia nk jaga alya balik...
ihik..rindu katanya...
xboleh sehari xjumpa alya..teringat2 kat alya...
time tu i already called few nursery berdekatan cume belum sempat nk pegi tgk sendiri how the nurseries look...how they handle kids and so on..

after discuss with my hubby, my mum, my siblings, maka kami sepakat nk hantar alya balik kt rumah pengasuh dia...maka dengan rasminya 'mok' jg alya balik..
ye la kan sape xrindu dgn budak comel itu..
tambah2 'mok' dia jg dia dari kecil lg..
dr xpandai ape2 sampai sekarang dh pandai jalan...
lg pn dia jg alya sorang jer..
dh anggap alya mcm ank sendiri..
masa dia datang umah kami last friday di peluk2, cium2 alya.
mcm dh setahun xjumpa.pdhal br seminggu xjumpa..

lihat la budak comel itu...mcm mana la 'mok' dia xrindu...mama dia pn sentiasa rindu kt alya.
mcm2 karenah dia yg menghiburkan..setiap hari ad jer perkara baru yg dia buat


Wednesday, February 2, 2011

Ceritera Si Langsir

sempena rumah baru ni rasa macam sume benda nk baru kn???
maka sempena lawatan  ku ke KL, aku amik kesempatan beli langsir kat Nilai...
adoih, mahal jugak yer langsir2 kt sana..asal hati berkenan mesti price rm50++ per meter..klo stakat nk pakai semeter boleh ler i rembat kn..tp mimpi je la kn...
last skali aku beli yg murah jer..dlm rm10 permeter to rm22 permeter...kira cam murah la tu kan..
tp macam terduduk jugak la total kain langsir + railnye dh rm700++...
uih haku budget dlm 2-3ratus jer..aih..over the budget nih..huhu

after penat round kat Nilai tu & with successfully my RM fly away..huhu kami pun have a break kt Masjid (xtau name ape masjid tu tp yg depan matric UIA)

mama..alya hungry...i wanna eat...
uih comotnye anak mama ni :)
lepas mandi feels fresh... :)
mula2 tu berangan nk beli kain cotton banyak2..tp mengenangkan dh over budget simpan je lah keinginan tu di lain kali..uhuk2

Holiday

waduh...best sgt2 dis week..
u know why???haha for sure la bcoz i'm on leave selama seminggu starting last saturday till next saturday..1 minggu u i xmasuk ofic..
i pegi kL makan2 angin..uhuks
lama betul xturun kL, since i graduated in 2008...
2011 baru turun kL balik..i miss my old days in UIA...
mula2 sampai terus ajak en.wan pegi JJ wangsamaju...
yela time kt UIA dulu asal boring jer pegi lepak or makan2 kt JJ..
i miss chicken chop kat egghouse..but egghouse tu close la plak..
makan tomyam claypot je lah kt foodcourt...huhu..
FYI, claypot xde kat town aku stay skrg..klo ad pun sizzling jer..tp xsedap..uhuk2..

okeyh..sebelum kami sekeluarga turun kL aku sempat jahitkan alya baju baru..hehe
yela kan almost baju2 dia dh sendat..
mama dia ni jer yg 'xde' mase nk jahitkn bj baru tuk alya..tp sebab nk g kL maka mama alya bertungkus lumus siapkan jgk baju tuk princess alya..hehe
nk beli konon klo jahit sendiri lebih jimat..tp betul jahit sendiri berganda2 boleh jimat...
inilah dia hasil 'kretiviti' mama alya..haha..kreatif ker????

baju yang sgt sweet..merah menyala u..sempena CNY..hehe
siap ad cherry, strawberry -n- blueberry lg..nyummy sungguh

si cilik memperagakan baju baru..i like ler

comelkan???uih..xtahan sungguh melihatkan gg kapak alya tu..
scary i told u especially setiap kali nk BF dia..huhu