Saturday, July 30, 2011

Concentration and Pelletizing Plant

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bg kilang tempat sy bekerja...membuka satu lg lembaran baru dengan membina satu lagi plant iaitu 'Concentration and Pelletizing Plant'. Alhamdulillah Majlis Pecah Tanah yang dirasmikan oleh MB Terengganu YB Datuk Ahmad Said telah berlangsung dengan jayanya pagi td disaksikan oleh lebih kurang 3000 orang termasuk kakitangan dan juga orang awam.

Kilang tempat sy bekerja mempunyai 2 plant sedia ada iaitu Steel Making Shop (SMS) dan Direct Reduction (DR). Dan insyaallah plant baru kami Concentration & Pelletizing plant akan dibina. Anggaran untuk siap adalah 20bulan bermula dari tarikh kontrak dan anggaran pekerja untuk kilang baru ini adalah seramai 400 orang (kalau salah tolong betulkan)...So sesiapa yang berminat nak kerja kat kilang besi mcm sy ni sila la apply yer..hehe


The bosses waiting for the VIP
Hadirin yang hadir..oh yg sedang berucap tu MB Terengganu yer
Tapak Concentration & Pelletizing Plant
selama lebih kurang 3thn sy bekerja di sini, inilah pertama kali sy sampai ke tempat ini...bayangkan betapa sy xhabis ronda lg kilang ni...huhu

Heading to tempat makan...sume org suda lapar lor :P

Saya dh tengok general drawing tuk kilang baru ni..agak besar la tp SMS plant lg besar..nanti akan dibina satu lagi plant iaitu rolling mill plant..tp yg tu xthu bila la..pun sy dh tgk conceptual drawingnya..hmmm tunggu dan lihat la yer...semoga kilang ini akan terus berkembang dengan majunya dan kepada management sila la naikkan gaji kami yer...hehe..


agak2 la kan bonus tuk tahun ni dapat ke tak yer??? kalau dapat, berapa bulan gaji eh??? hmmm..mudah2an rezeki tuk tahun ni akan berganda2 la kan.. AMINNNN

Sunday, July 24, 2011

She Has No Mood

Malam semalam, sementara menunggu baba alya pulang, mama alya yang 'rajin' ini tiba2 feel like want to sew a dress for alya. Idea tu datang sebab ada lebihan kain baju kurung Tok Ma alya. Rather then throw it, better i make something kan. So google kat internet untuk mencari idea dan berkenan la dekat dress INI..SIMPLE & BEAUTIFUL. Maka terhasilla 'knock-off dress' daripada lebihan kain..ok la kan dh jimat dh kat situ kan sebab xpayah beli kain..hihi


i love this dress. Simple. tapi disebabkan mengantuk dan malas, mama buat ala kadar sahaja...untuk raya nanti mama buat cantik2 eh sayang... ^_^


she has no mood!!!penat dh suruh dia smile, x smile jugak..masam jer.. O_O


summer tank ni mama jahit minggu lepas..xdan nak publish awal2..kira macam dh basi la ni..hihi..mama ikut pattern INI cuma yang ni ada pants sekali...


Setakat ini dahulu untuk kali ini...salam sayang daripada alya untuk semua(",)


Baju purple tu macam ape je kan??lawa ke tak lawa???





Saturday, July 23, 2011

Award



salam semua, 1st time saya dapat award...terima kasih kepada K.ZIRA sebab bg award ni kat sy even kita hanya kenal di alam maya :D

Saya perlu pass the award kepada 8 blogger lain
Ayu 

semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita akan terus berkekalan



Tuesday, July 19, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011

Mama terpanggil untuk menyertai satu peraduan yang menarik yang dianjurkan oleh Dunia Susu Ibu. Kenapa mama tidak meletakkan entri ini di blog GA? Peraduan ini lain daripada yang lain kerana ia berkisarkan kelahiran, penyusuan dan pengalaman mama dengan puteri mama, Alya Adriana.

Untuk info tentang peraduan klik pada banner yer

Kategori: Bersalin secara normal
Nama anak: Wan Alya Adriana bt. Wan Muhammad
Tarikh lahir: 11 April 2010 @ 9.05am - Ahad

Seorang puteri telah dilahirkan pada 11 April 2010 tepat jam 9.05am disambut oleh DR. SITI NURROCHMAH di Klinik dan Pusat Bersalin An-Nuur, Kubang Kerian, Kelantan tanpa seorang insan yang bergelar baba disisi, cuma ditemani ma dan chu. Masa tu baba masih dalam perjalanan dari KL. Alhamdulillah selamat semua walaupun pd mulanya alya 'lemas' tp alhamdulillah syukur alya selamat. Alya dilahirkan awal seminggu daripada tarikh jangkaan.



Kurang Ilmu
Mama menyesal sangat sebab tak cari ilmu betul2 mengenai penyusuan sebelum melahirkan. mama ingatkan menyusu ni mudah jer.rupanya tak. Niat hati mmg nk bg susu badan kat alya, tp sebab tak cari ilmu hari 1-3hari pertama mama sudah campur formula. sebab mama fikir susu mama tak cukup. Tp mujurlah sebaik pulang dr klinik, kakak ipar suruh bg alya susu badan.katanya bagi aje walaupun susu tak de lg..katanya kena ajar anak isap puting kita..Terima kasih K.Ma :D



Puting tenggelam
Setelah berurut, bidan cakap puting mama sebelah kiri 'buta' (tenggelam). Tp masa tu susu memang dh banyak cuma alya tak mau isap yang belah kiri ni..setiap kali sebelum menyusu, mama terpaksa pam dulu sikit bagi breast lembik kemudian baru alya nak. Disebabkan alya tak nak menyusu sebelah kiri, mama terpaksa 'paksa' alya menyusu juga sebelah kiri ni walaupun alya menagis macam mama dera dia..huhu..sedih..masa tu alya menangis,mama pun sama turut menangis. Sangat risau kalau alya tak nak susu badan. Dan disebabkan banyak duduk untuk mengepam dan 'paksa' alya menyusu peranakan mama bengkak..kata bidan la peranakan bengkak sebab mama duduk dengan lama.wallahua'lam..sakit bengkak peranakan Allah je la thu betapa sakitnya..


Susu Berdarah
Setelah alya mempunyai gigi, tanpa sengaja alya telah menggigit puting mama, masa tu alya 6bln lebih. Rutin mengepam mama teruskan seperti biasa tanpa mama sedar susu telah bercampur darah dan terpaksa buang susu tersebut. Mama yang tak pernah perah guna tangan terpaksa belajar teknik mermet w/pun sehingga hari ini masih tak pandai perah guna tangan..huhu



Cabaran mengepam di tempat kerja
pada mulanya pam susu di pejabat sangat mencabar bagi mama. Perasaan bercampur baur, antara malu, segan dan inginkan yang terbaik untuk anak mama. Mama seorang sahaja perempuan di pejabat mama. ruang solat hanya dilitupi dengan kabinet, kiranya tak ada tempat yang sesuai untuk mama mengepam..tp mama tabahkan hati juga untuk mengepam. Alhamdulillah sekarang mama dh pandai mengepam di meja mama tanpa ada org tahu pun aktiviti mama ini. Rakan kerja mula2 tu ada jugak usik2 pasal susu mama kat dalam peti ais pejabat, tp sekarang mereka amat memahami dan menyokong mama. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.


Susu Perahan
Alhamdulillah mama tak pernah mengalami krisis pengeluaran susu..biasanya setiap sesi mengepam akan dapat sekitar 3-4 oz sebelah..tp pernah aja kurang drpd tu namun mama tetap bersyukur sebab sekurang2nya masih ada bekal alya untuk esok hari.




Sokongan Insan Tersayang
Alhamdulillah mama mendapat sokongan sepenuhnya daripada baba dan juga keluarga... Cik Long alya banyak membantu mama bagi semangat untuk teruskan penyusuan, Cik Ni alya adalah sumber inspirasi mama sebab dia menyusu abg adam secara esklusif selama 6bulan. Tok ma alya pun sama tak pernah suruh mama bagi formula kat alya. Baba adalah insan yang paling menyokong mama. walaupun baba berjauhan dengan kita, tp mama tahu baba sangat-sangat menyokong penyusuan ini. apa saja keperluan untuk mama teruskan penyusuan ini baba sediakan. Alhamdulillah...Pengasuh alya pun tak de masalah uruskan EBM alya, Taska alya pun sama..syukur sangat sebab mereka bagi kerjasama dan paham kehendak mama.



SGM
Mama juga cuba sedaya mungkin menyertai kumpulan sokongan ibu menyusu jika ada kelapangan. Banyak faedah dan ilmu yang mama dapat dengan menyertai kumpulan sokongan ini. Setakat ini mama hanya berkesempatan menyertai dua SGM iaitu di Kemaman dan Kuantan.




Alhamdulillah YA ALLAH mama sangat bersyukur dan tak menyangka mama masih mampu susukan alya sepenuhnya hingga saat ini. Melihat alya membesar dengan sihat dan cerdik, mama bertambah bahagia.



Akhir kata, marilah sama2 kita berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 kita...Mama tag kawan2 yang seangkatan mama untuk berkongsi cerita mereka dengan menyertai peraduan ini. Aunty Intan, Aunty Hana, Mama Aliyah, Mama Asyraaf, Aunty Wiz, Umialya, Aunty Ayu dan semuala ibu-ibu kat luar sana. Jom ramai2 kita meriahkan lagi peraduan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan boleh la layari blog DuniaSusuIbu.




Saturday, July 16, 2011

Spaghetti

Alya 'told' me that she is boring eating porridge..so yesterday i cooked her pasta. Spiral spaghetti mix up with chopped chicken, apple, kiwi and tomato. Hihi..this recipe created by alya's mom. the taste was sooo nyummy and she likes it..fuhhh nasib baik..


the ingredients:
an onion
a garlic
a slice of apple, kiwi, tomato (chopped)
1/2 cup of chopped chicken breast
1/2 cup of plain water
1 tbsp vegetable oil
a cup of spiral spaghetti (cooked)

Directions:
Heat oil in pan, add garlic and onion (minced) saute until the color turns to yellowish.
Add chicken and water. Simmer for few minutes until the chicken is cooked.
Add spaghetti, apple, kiwi, tomato and stir it well. 
Ready to serve...walla..so easy right? you can try it for your baby.
even Alya already 1year 3month, i still do not add sugar and salt into her meals.


Alya is on her baby-led weaning training..hoho..i am not sure it is the right term or not. Alya is  eating by herself while mama just observed. mess? yeah for sure it will a lil bit messy but it's ok.. mama will clean it.

Alya is eating, mama is watching TV and observing alya.

last but not least

Mama, i want go out..please

The cheeky face

Monday, July 11, 2011

ECZEMA

Sebenarnya dah lama budak comel itu macam ada ruam kat bahagian belakang, dada, dan lengan...ingatkan ruam biasa sebab cuaca panas. Tapi 2-3 hari lepas ruam kat bahagian belakang tu nampak makin teruk. kesian tengok dia asyik menggaru. agaknya gatal kot. so kami decide untuk bawa alya jumpa Doc dia. 

Doc:    Kenapa ni alya..demam ke?
Mama: Xla doc. alya sihat..cuma kat belakang dia ni mcm ad ruam gatal (sambil selak bju alya)
Doc:    Bila ruam2 ni start ada?
Mama: Dh lama dh tp sebelum ni tak teruk. 
Doc:    ini bukan ruam biasa, ni ekzema...
Mama: haaaa??(sebelum ni penah dgr jer tp xthu camne ekzema tu sebenarnya)..la sy igtkan ruam biasa je ni
Doc:    X..ini ekzema. Ada pakaikan alya baju baru x?
Mama: Xde
Doc:    Makan? Ada bg seafood? telur?
Mama: Dia mkn mcm biasa...sy belum bagi seafood or telur kat dia
Doc:   Anak awak ni allergic..tgk mata dia pun sy dh tahu dia ni alergic. emm...awak kene wat research la sket, tgk apa puncanya allergic dia tu and cuba elakkan la. Jaga pemakanan dia. Benda yang dia xleh makan jgn bagi makan.
Mama: Baiklah.
Doc:    Sy bagi ubat sapu dengan lotion. Ubat2 ni xkuat sangat since ekzema anak awak mild. Kita tgk dulu dan kalau tak ok jugak br kita tukar ubat.
Mama: Baikla..
Doc:    Jangan risau, alya akan ok
Mama: Thanks Doc.

(Perbualan kami yg telah diringkaskan..hihi)

Untuk minggu ni alya akan jadi vegetarian sebab mama akan stop bg alya ikan, ayam, dan seangkatan dgnnya :D...

back (yg kebiruan itu adalah tanda lahir)

Depan

ubat yang di prescribe oleh Doc Khusnie

Mama pun macam biasala bila dh kena baru sibuk cari info *_~

What is Eczema?
Eczema is a dry, itchy skin condition that affects somewhere between 15-20% of children at some point. Eczema can't be cured but it can be controlled with the right treatment. Also known as atopic eczema or dermatitis. Dry, itchy, red and cracked skin which sometimes ooze fluid and bleed. The areas most affected in babies are the hand, face, neck, elbows and backs of the knees.

Eczema means that the skin's barrier doesn't work as well as it should. This make your baby's skin is more easily prone to infection and allergies which can make the condition worse.

What cause Eczema?
it is generally agreed that the tendency to atopy is genetically inherited
Like most of other noninfectios disease, eczema can be triggered by environmental factors; the excessive skin dryness, seems to be due to lack of certain proteins, harsh soap and detergents, solvents, low humidity, lotion, rough wool clothing, sweating, occlusive rubber or plastic gloves, rubbing, staphylococcal bacteria. 

What is the treatment for eczema?
the goals for the treatment of eczema are to prevent itching, inflammation, and worsening of the condition. May involve both lifestyle changes and the use of medication. Treatment is always based upon an individual's age, overall health status, and the type and severity of the condition.

for more information and detail explanation you may visit these SITES;


Noen: Doa mama semoga anak mama akan sembuh sepenuhnya dan sentiasa sihat.


Sunday, July 10, 2011

15Months...

Esok genap usia alya 1tahun 3bulan...anak gadis mama sudah besar ya. Semoga anak mama membesar dengan sihat dan cergas..itu yang paling penting bagi mama. Alya sihat mama sihat, alya sakit rasa macam separuh dari tubuh mama ni hilang.. sudah banyak pertuturan alya boleh difahami setakat ini. Antaranya;
Mama, Baba, Ball, Bebe(her teddybear), Nak, Cat, Bird (refer to burung dan ayam), Pe tuuuu??????????(kalau dia tengok benda or binatang selain drpd bird&cat)

perangai???hmmm macam2..sudah pandai pilih org, pandai merajuk, sudah faham arahan, dh pandai makan sendiri(byk yg xmasuk drpd masuk ke mulut..hehe..xpe, learning process kan sayang?), ape lg eh?kesimpulannya anak gadis ini makin bijak dan pintar :D

suatu ketika dulu anak kecil ini selalu org sangka she is a 'BOY'

sekarang (15months), terserlah keayuanmu...

Macam biasa pasti ada acara selingan, hehe. Mama berjaya siapkan dress baby Reesha...Personally mama suka sangat tgk pinky tired dress. Sungguh tulus dan suci. Fabric flower tu mama follow tutorial kat SINI
2nd dress is pillowcase dress with ruffled neckline. Mummy reesha yang request mama buat macam ni and alhamdulillah jadi!!! nampak lg menyerlah when i added the bias tape...i loikeeee :D...waaa mama alya suda perasan.hehe..ampun ya semua


and last but not least, the baju kurung for hari raya...ini pun mummy reesha yang mintak mama letak reben kat baju kurung reesha..mama main letak jer..hehe..tp still ok kn??xde la nmpak weird sgt kn??hehe..upss baju kurung hijau tu xsiap sepenuhnya lg. kene touch up sket supaya xnampak pelik or janggal sgt.


ok see you next entry :D
peace no war  ^_*


tak tahu nk jahit ke x baju kurung untuk alya raya tahun ni...igt nk jahit dress jer





Saturday, July 2, 2011

Imam Muda

Saya memang follow rancangan Imam Muda musim ke-2 yang disiarkan di saluran astro OASIS sejak dari mula lagi..bermula dengan episod pencarian Imam Muda hinggalah Imam Muda Unggul dinobatkan..Suka sangat sebab rancangan ni penuh dengan ilmu yang bermanfaat..(selalu berangan suami adalah salah seorg drpd mereka..hihi)

para peserta imam muda musim ke-2
kiri: IM Azlan, IM Fakhrul, IM Fadhli, IM Ammar, IM Ali, IM Nazrul, IM Hassan, IM Najdi, IM Mujahid, IM Fatah 
my favorite peserta:
IM Ali: mengingatkan sy kpd seorg teman.hihi..disamping suka dengar loghat Sabahnya..
IM Najdi: Budak(sebab dia masih bawah 20thn) ini sangat comel dan suara dia sangat sedap. klo lah alya dh besar memang mama pinangkan si najdi ni kat alya. haha..(mama alya berangan sudah)

emm yang lain2 pun sy suka jugak cuma yang 2 org ni suka dari mula lg even mereka keluar awal..


2 finalist Imam Muda. IM Hassan dan IM Nazrul..Rupa2nya IM Hassan ex-student UIA. Tapi kenapa tak pernah nampak dia eh masa kat UIA dulu?hihi..tp mmg logik pun xpernah terserempak sebab dh lain2 kulliyyah kan (IM Hassan-IRK, mama-Engin)..Nway sy sebagai ex-UIA bangga dengan kamu jugak IM Hassan.

Imam Muda Unggul, Imam Muda Hassan
Tahniah kepada Imam Muda Hassan dan juga Imam Muda Nazrul. Macam IM Hassan cakap mlm td juara adalah sekadar nombor. Mereka semua adalah pemenang. Semoga meraka semua akan menjadi pendakwah yang unggul dan disegani. InsyaAllah.

Tahniah kepada semua Imam Muda!!


Noen: Doa dan harapan pd suatu hari nanti adik kepada alya akan menjadi imam muda unggul. (yela kan alya kan perempuan mana bleh jd imam..hihi)