Thursday, August 25, 2011

Maafkan Mama Sayang

Hati ini sangat sakit...sakit mengenangkan anak tersayang ditinggalkan dan dijaga oleh guru-guru taska sepanjang diri ini bekerja..Sakit mengenangkan anak sekecil itu tidak mendapat sepenuh perhatian daripada seorang insan bergelar mama...Maafkan mama sayang, bukan niat mama untuk meninggalkan mu. Tp mama terpaksa. Andai mama mempunyai pilihan, akan mama pilih untuk berada di samping mu. Menjaga mu dengan tulang empat kerat ni sendiri tanpa perlu meninggalkan mu di taska dan dijaga oleh org lain.

Pagi tadi bekal makanan alya tertinggal. Mama balik ambil kat umah then terus hantar ke Taska. Entah kenapa hati mama kali ini tercuit dan merasa sakit bila melihat anak mama. 4org guru yang terpaksa membahagikan perhatian mereka kepada anak2 yang lain lebih kurang 20 org (mama tak pasti bilangan sebenar)..Cuba bayangkan, berapa peratus perhatian yang alya dapat drpd guru2 itu? Sakitnya hati melihat keadaan tersebut. Sedih sangat. Rasa bersalah datang bertimpa2..alangkah bertuahnya mereka yang dapat menjaga sendiri anak2 mereka. Maafkan mama sayang...Sungguh mama terpaksa sayang..terpaksa meninggalkan alya..Maafkan mama sayang...Maafkan mama sayang...

Walau apa pun yang terjadi mama nak alya tahu yang mama sayang alya sangat2..Love you my dear BABY


Tuesday, August 16, 2011

1 Hari 1 Resipi


Baba alya a.k.a Mr. Wan bought this book last week. I don't know when he actually bought this book tp bila dia balik last friday, dia pulang bersama buku ini even diriku hanya suruh dia belikan buku panduan menjahit baju melayu dan manik shj.. Wohhooo i like lor. The recipes in the book are very simple. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tak pandai memasak seperti daku.

All the recipes are from Chef Hanieliza..Best tau belek2 buku ni..mcm2 resepi ada..rasa mcm nak buat semuanya..hehe..tp tunggu dulu la. Few recipes telah dicuba untuk santapan ketika berbuka dan bersahur dan hasilnya tidak mengecewakan..sedap..tp bukan i yang masak yer, buah hati pengarang jantungku En. Wan yang masak..kikiki.. Saya hanya belek2 dan...'bang klo masak ni best jugak kan?" "yang ni pun nampak sedap".."kek ni sedapnya"..bla..bla..bla.. *_*

Bertuah betul kan sy ni mempunyai seorang suami yang rajin memasak. A BIG thanks, hugs & kisses to en.Wan sebab rajin masak untuk bini dia yang 'rajin' ini..hehe


Tuesday, August 9, 2011

Idea Spontan

Last Friday, me, Alya and chu went for shopping. bukan shopping sangat pun just nk carikan seluar untuk si alya tu jer. mcm biasa la sebelum membeli kita meronda dulu la kn...hehe

and suddenly my eyes terpandang la satu dress ni and i am falling in love with the dress..terus my adik a.k.a chu alya menjalankan illegal operation..kiki


maka mama alya telah tidak senang duduk..balik rumah terus pilih the suitable fabric to make a dress similar like this..and about 2hours (termasuk si kecik tu merengek2 xbg mama dia menjahit, suh layan dia main) the dress DONE!!!yeahaaa...i like 10X...hahaha..tp xpe kan tiru design ni kan..nanti kan xpasal2 plak ada yang kene saman..kiki


kita tengok lebih dekat lagi kat bahagian dada dress


mama alya xpandai nak wat smocking, so i just shirred je la...okay la kan. not bad.. This dress is one of the alya's dresses for this coming Raya. Masih ada 2-3 helai dress and blouse yang mama rancang nak jahit. Harap2 sempat siap la kan. jangan malam raya masih menjahit suda..kiki


Cepatnya masa berlalu, tanpa sedar hari ini sudah 9Ramadhan



Saturday, August 6, 2011

Surah Al-Kauthar & Breastfeeding

Salam semua. Semoga 6Ramadhan pada hari ini adalah lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Hari ini sy ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Semoga menjadi panduan dan amalan kita semua. InsyaAllah.


" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat segala perkara yang diingininya)"

Al-Kauthar bermaksud sungai di dalam Syurga. Airnya tidak berhenti mengalir, warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan lebih wangi daripada kasturi..MasyaAllah.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang paling baginda kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Kelebihan surah Al-Kauthar dan kaitan dalam penyusuan.
  1. Semasa menyusukan anak, amalkan surah Al-Kauthar dan berdoa agar Allah kurniakan air susu kita seumpama air sungai Kauthar. Juga amalkan setiap kali sesi pemerahan susu. Insyaallah susu akan sentiasa mengalir untuk anak tersayang.
  2. Sekiranya berpuasa, semasa hampir waktu Imsak, minum segelas air kosong dan baca surah Al-Kauthar. Niatkan supaya susu kita tidak berhenti dan sentiasa mengalir untuk anak kita. InsyaAllah.
  3. Juga ada terbaca dalam satu blog/forum, seorang ibu menceritakan selepas kelahiran bayinya, breastnya tidak membengkak. lalu suaminya mungurut breast sambil membaca surah al-kauthar, dengan izin Allah, susu tersebut keluar mencurah-curah.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan.
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaAllah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang dibacakan surah ini sebanyak 10kali pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkene sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1000 kali, rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kedapanya kerana dia tidak bersaah tetapi dizalimi.
Artikel asal: Blog Pn.Hana Seman (MBFPC)

Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha, berdoa dan tawakkal. Allah sajalah yang akan menentukan segalanya. Yang baik itu untuk dikongsi bersama...Wallahualam

Monday, August 1, 2011

Ramadhan al-Mubarak 1432H


Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini dipenuhi keberkatan dan barakah..AMIN 

Ramadhan kali ini adalah ramadhan ke3 kami bersama. 2thn lepas alya masih lagi dalam kandungan dan tahun ini merupakan ramadhan ke2 mama menyusukan alya. Alhamdulillah berdasarkan pengalaman tahun lepas, mama berjaya puasa penuh dan berjaya menyusukan alya. Milk production juga maintain. InsyaAllah tahun ini juga mama akan berjaya seperti tahun lepas. (sudah 2tahun berturut2 mama dapat puasa penuh, harap2 tahun ni pun dpt puasa penuh jugak la ^_^)

ok mama kongsikan dengan rakan2 mama di luar sana untuk menjayakan misi penyusuan sepanjang ramadhan. Pastikan ibu2 bersahur. Pada waktu mlm minum byk air masak, dan amalkan kurma sebagai 'snek'. Bersahur adalah wajib walaupun sekadar air Milo dengan kurma. InsyaAllah dapat bertahan sampai ke petang.

Apa yang mama perhatikan (untuk diri mama), kalau mama makan kurma dengan banyaknya (lebih dr 7biji) pd malam or waktu sahur, susu akan banyak pd keesokan harinya..dan kalau mama mkn kurma setakat 1-2biji, maka hasil tenusu mama juga akan berkurang dan mama pun agak kurang bertenaga.

Harus disiplin dengan jadual mengepam. Pumping schedule mama sama saja sama ada ketika mama puasa ataupun tidak. Banyakkan berzikir dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Juga amalkan membaca surah al-Kauthar terutama setiap kali sesi feeding or pumping sambil niat semoga allah perbanyakkan dan murahkan rezeki anak kita. InsyaAllah dan paling penting kita harus yakin bahawa kita mampu untuk susu kan anak kita walaupun kita berpuasa. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak menyusukan.

Mama2, ibu2 di luar sana boleh juga berkongsi tips dan cara masing2 untuk kekal cergas sepanjang bulan puasa.