Monday, September 24, 2012

The Telekung Project

i am pretty sure that for those who has fb account already know / familiar  with this NGO, The Telekung Project (TP)...in fact rasanya yang tak de FB pun dah tahu pasal TP ni kan...bermula dengan hanya usaha seorang ibu dan anak2 mencuci telekung wakaf, TP kini telah didaftarkan secara rasmi sebagai one of the NGOs...Alhamdulillah

Sekarang  admin TP tengah mencari dana untuk membangunkan 'CLUB HOUSE' untuk di jadikan tempat berkumpul, melakukan aktiviti mencuci telekung dan sebagainya...InsyaAllah kita sama2 sebarkan perkara baik ini...InsyaAllah ia akan menjadi salah satu bekalan kita di sana nanti...

pesanan / kata2 dr admin (sy copy paste dr page TP)


MENCARI KEUTAMAAN DALAM YANG PALING UTAMA...

Banyak project-project yang menujah-nujah admin utk dilancarkan, namun admin perlu bijak menyusun strategi agar lebih efektif dan dapat melibatkan ramai 'perantis' kebajikan. sudah tiba masa, perantis-perantis muda dikumpulkan utk meneruskan perjuangan kebajikan dalam kekuatan ukhwah yang santai tanpa tekanan. ISLAM ITU CUKUP INDAH jika semua ikhlas prihatin. 

Setelah duduk bertenang merancang selama beberapa ketika... admin ingin mengatur strategi utk memulakan project seterusnya dengan menumpukan pada pembangunan THE TELEKUNG PROJECT CLUB HOUSE. Admin sedang menyiapkan kertas kerja untuk mengumpul dana secara pukal, namun kekangan komitmen menghalang jua utk pantas menyiapkan kertas kerja dan admin perlu menyusun waktu utk memanjat dari satu syarikat ke satu syarikat, dari satu bank ke satu bank. Namun, admin optimis dan tidak mahu mengalah. Dalam kengkangan itu adalah satu peluang sebenarnya.... Admin lihat positive, mungkin bila terkengkang di suatu sudut, makanya peluang di sudut lain. 

Jika dana telah diberikan oleh syarikat-syarikat besar, maka kuranglah peluang kepada sahabat-sahabat untuk berkongsi amal, sedangkan Telekung Project asalnya berdiri atas UKHWAH keikhlasan. Tidak kah mahu admin teruskan tradisi ini agar menjadi inspirasi pihak-pihak lain untuk sama-sama membangun bersama-sama Telekung Project. 

Oleh yang demikian, bimbang masa tidak menunggu dan kebaikan perlu diteruskan momentumnya, maka admin dengan ini melancarkan PROJECT; RM 1 for ACCORD. Admin tidak mahu banyak daripada setiap sahabat, admin mahu minta sahabat-sahabat berusaha bersama-sama dengan admin untuk membuktikan kekuatan ukhwah Islam ini. Bantu admin utk sebarkan HASRAT PROJECT ini. Admin hanya perlukan RM 1 daripada setiap penyumbang utk membangunkan sebuah CLUB HOUSE di mana di dalam nya adalah fasiliti 'COIN OPERATED LAUNDRY' untuk mencuci telekung wakaf. 

Semoga project ini akan berjaya dan semoga Allah memudahkan usaha ini dan menerima amal kebaikan yang kita lakukan. 

Kepada yang ingin menyertai; boleh bank in sumbangan anda ke akaun admin; 

5127 7250 1950, maybank NORAZILA ABDUL AZIZ 

dan email transaksi ke telekungproject@gmail.com dengan menyatakan RM 1 for Accord. Ini sangat penting utk tujuan audit pertubuhan. 

Terima kasih admin ucapkan kepada semua yang sebenarnya berjuang bersama-sama dengan admin.... jom kita sebarkan perkongsian dan peluang ini..... NOW EVERYBODY CAN DONATE. 

Salam Ukhwah 
AZILA AZIZ 

Nota; Mohon untuk disebar luaskan dan maklumat utk menghubungi admin ada di dalam poster digital itu.... ♥




Banner cabaran RM 1 FOR ACCORD

For more info or TP's latest activities do visit and like The Telekung Project PAGE


InsyaAllah if berkesempatan saya akan share jugak pasal project 'kusarungkan kasih'



1 ::ThoughT(s):: :