Monday, January 30, 2012

Bibir Alya yang Seksi


Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Alya melompat2 keriangan sebaik saja terpandang mama..nampak macam happy jer...sekali bila mama datang makin dekat mama perasan, eh kenapa dengan bibir alya tu...when her teacher opened the door...walla obvious sgt bibir mungil si kecik mama tu bengkak..kata cikgu alya jatuh tersembam terlanggar kaki kawan dia..huhu..kesiannya anak mama ni..


walaupun bibir pecah, makan tomyam bermangkuk2(tak sampai separuh mangkuk pun kami isi..hehe)..siap kene sorok lagi tu periuk tomyam...huhu..penat baba alya melayan dia..dengan tumpah sana sini. abes semangkuk, mintak lagi..end up bila dh byk kali tambah, mama amik mangkuk dia letak kat sinki..menangis le budak kecik ni..hehe..hmm agak2nya tomyam baba alya masak tu sedap kot..itu yang anak dara dia makan tambah berkali2 tu (*_^)

Oh ya semalam alya dibekal fresh milk sebagai top up untuk ebm yang tak cukup..sekali alya tak minum la fresh milk tu..cikgu dia cakap dia pegang aje botol susu dia tu..tak minum pun..balik rumah kami try bagi dia minum guna straw, sekali dia sedut jer pastu sibuk suruh mama ngan baba dia minum..huhu..hmmmm camne eh??cukup ke 3botol susu mama tu klau alya tak nak fresh milk...ke tak sedap eh fresh milk ni?? kalau formula milk pun mesti rasa lebih kurang jugak kn..hmmm (-_-)

okay lagi peristiwa semalam...lunch our semalam keluar kejap pegi bank (sebab dh rimas org maybank asyik call suh g amik CC)..tak sempat la nk makan kat canteen kilang tu..singgah le beli nasi + ikan keli msk berlada + sayur keladi 4ketul..nak tau bape harganya???hmm cer teka harga nasi ni..Baba alya cakap 1st and last kami beli kat sini..ngeh..ngeh..mujur le makan kat kantin kilang tu free even menunya same aje setiap minggu, tapi ok la atleast dapat le saving sket2 kn..




Bangun aje tidur pagi tadi alya tercari2 babanya..maklum la dekat seminggu lebih bangun pagi baba ada kat rumah..huhu..kesian anak mama..baba work sayang





Sunday, January 29, 2012

Tanpa Rela..I Am Really Sorry

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.


Alangkah bahagianya melihat senyuman di wajah mu duhai anak kesayangan dan kebanggaan kami..dikala alya berusia 1tahun 9bulan alya sudah boleh mengira 1-10 (both in english and bahasa) Alhamdulillah...pastu bila dengar zikir kat astro oasis tu dia pun sama ikut berzikir..tersenyum2 mama dia dengar dia berzikir..pastu setiap kali mama lepas solat sibuk suruh amik al-quran, nak mengaji..i am so proud of you sayang  ^_____^

Tapi, hari ini mama redha dengan ketentuan Ilahi, rezeki yang diberikan oleh yang maha Esa...semenjak 2-3 hari ni hasil pumping mama hanya 1-2 oz sahaja setiap sesi..if nasib baik dapat la 3oz, itupun setelah mama buat power pumping. Pada mulanya tak mau menyerah kalah, tapi melihatkan mmg darurat sgt2 dan mama akur dengan ketentuan Allah..mungkin juga faktor hormon mempengaruhi (incik P bakal hadir)..namun doa mama semoga mama masih mampu membekalkan ebm tuk anak mama ni untuk hari2 yang seterusnya.

hasil perahan mlm tadi

Untuk tidak men'tension'kan diri..mama dengan berat hati, tanpa rela dan terpaksa mama top up bekal ebm alya dengan fresh milk. sebelum ni mama sangat dalam dilema samada untuk mencampurkan ebm ngan susu lain ke tak..tp nampak gayanya mama berserah dan pasrah. Hari ini 3botol ebm dan 2botol fresh milk dibekalkan untuk alya..Harap anak mama boleh terima la ye fresh milk ni. 

450ml each bottle...
setiap botol boleh di bahagi empat (4oz)

Fresh milk ni bukan untuk menggantikan sepenuhnya ebm mama, cuma akan diberi sekiranya ebm tidak mencukupi..InsyaAllah mama akan terus berjuang sehingga ke garisan penamat..dah tak lama dh, lagi 2bulan setengah je lagi..ya Allah murahkan la rezeki anakku, banyakkan lah air susu ku untuk anak ku..


Seronok melihat kaletah alya yang makin bijak...


Thursday, January 26, 2012

SusuIbu.Com

Registered on 15 Jun 2010, now Jan 2012...the status changed from 'Rakan Baru' to 'Rakan Karib'...haha..after 1year lebih i joined SusuIbu.Com baru status bertukar..Actually jarang sangat post kat susuibu.com ni, infact never post any topic pun, just reply yang org lain punya, share2 mane yang tahu, itu aje..


saja nak show-off kat sini bahawasanya mama alya ni telah menjadi rakan karib susuibu..Joined this site selepas  melahirkan si Alya tu..b4 that tak tahu pun wujudnya web ni..agak terlambat mencari info, namun belum terlewat..kihkih..Alhamdulillah banyak ilmu temtang penyusuan yang digali di sini dan berkat ilmu itulah daku masih lagi mampu menyusukan Alya sehingga kini..di saat ini alya berusia 1yr, 9mths, 2weeks and 1day old..Alhamdulillah ya Allah atas rezekiMU ya Allah



Mencari idea tuk birthday party si kecil itu :)



Wednesday, January 25, 2012

Kembali

Alhamdulillah selepas bercuti selama 5hari sempena cuti chinese new year, daku kembali bertugas..emm..ke 'laziness' sangat2 terserlah selepas bercuti panjang..Kami sekeluarga selamat sampai di teratak kami around 12am. Penatnya naik kete jauh2 ni..bila la highway baru nak siap ni???

Sangat seronok balik kg kali ni..Semua adik beradik berkumpul...Alhamdulillah kami adik beradik sepakat mengadakan kenduri kesyukuran sempena memanjatkan syukur kehadrat Illahi diatas rezeki dan kurniaan yang diberikan kepada kami..Seekor lembu ayahanda tercinta telah selamat dikorbankan :)

Anak2 buah tak payah cakap la..sukanya mereka bila dapat berkumpul ramai2 dengan sepupu..alya pun sama, dh pandai main dengan her cousins..tapi naik rimas jugak bila yang kakak2 ni sibuk dok kerumun alya..siap kene cakap lg dgn diorg, alya nk mandi, alya minum susu, main kejap lagi ok!! budak2 biasala kan..hehe

emmm biasalakan umah kampung memang banyak tangga..nak ke ruang tamu ada tangga, nak ke dapur ada tangga, seronok la alya main turun naik tangga..bukan dia hirau sangat ape yang kita larang..last2 biar aje lah..huhu..dan dengan selamatnya dia telah jatuh dari tangga, pecah sket bibir her cute lips tu kan..tapi lepas jatuh mian lagi..adoiii sabar jelah kan..xserik2..agaknya tak sakit kot masa jatuh tu  T_T

Entah bila lagi dapat balik kg..bukan tak nak balik kg, tapi bila balik kg mesti kene cuti panjang..kalau setakat cuti 1-2days tu not enough la kan..lagi suka menghabiskan masa lepak2 kat umah with alya and baba..need more time for me & baba alya(org yang pjj pasti akan paham)..

oh ya ayah saya baru kene gout..masa balik kampung hari tu dia tak boleh jalan..ade tak sesiapa tahu ubat2 atau cara2 atau do's and dont's tuk pesakit gout ni??kesian pulak tengok ayah menanggung kesakitan..huhu


Tak sabar nak pegi 'honeymoon' yang tak tahu bila lagi..masih lagi dalam perancangan..hiks



Wednesday, January 18, 2012

Not Feeling Well

Assalamualaikum dan selamat pagi..
hati mama tak keruan lagi..hampir seminggu demam alya on off aje..dah bawak g klinik dh..kejap baik demamnya, pastu demam balik...kalau masa amik alya kat taska dia tak demam, nnti tgh2 malam akan demam balik dan sebaliknya..suara pun makin rock.

yang paling geram kat budak kecik tu dh pandai buat perangai baru..tak nak makan ubat la pulak..nk boleh ke makan ubat bukan main lg kene pujuk rayu..pastu bile ubat dh masuk dalam mulut dimuntahkan balik..sabar je lah..


duhai anak kesayangan ku, cepat sembuh ye sayang..

Sunday, January 15, 2012

Rumah Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ehem..ehem..nak bagi tahu ni..kite dah pindah rumah baru...cantik tak umah kite??? hehe..
hihi akhirnya personalized jugak blog KAMI ni kan..thanks to ROSE our designer...tq2..and suka sangat.. (^_________^)

gambar tak de kaitan...saje nak tunjuk watermark kami :D


Monday, January 9, 2012

Dilemma

Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua..dah lama rasanya tak update blog kesayangan ni..supposed tahun baru la bersemangat nak update blog tapi terbalik la plak kan..hmmm...mmg tak dinafikan lately ni busy sket..maklumla my bos dah balik dari Mekkah, so banyak ler kerja kene buat..masa dia kat Mekkah haritu mmg heaven la kitorg kat office ni sbb tak de kerja..hehe..malam2 nk update blog kat umah xde feel sebab sibuk nak tidur..oh ya azam tahun baru ni nk kurangkan tidur nk lebihkan aktiviti menjahit..byk sgt project terbengkalai :(

Okay berbalik kepada tajuk entry, sesungguhnya saya sangat2 dalam dilemma..kenapa yer??see pict below


what do you aspect when you see this picture???ya betul stock susu sy sangat2 kritikal..pernah post kat blog ni pasal krisis susu nih..ingatkan dah settel..yes memang pun dah boleh tarik nafas lega sebab dapat maintain stock yang lama, tapi few weeks back, cikgu alya cakap alya macam tak cukup susu sebab dalam kul 3-4 susu dah habis..so kene up lagi la kan bekal ke taska..now sy bekal 5botol plak susunya..walhal setelah up kan pumping session kat office, malam2 bangun pam, diriku hanya mampu maintain pam 4 botol or 4botol setengah jer..


so macam mana nk buat yer? dh amik supplement, makan habbatussaudah pun dh..minum air masak byk2 pun dh...semalam beli horlick sebab org ckp horlick boleh jadi booster jugak (b4 this minum milo jer)..this wednesday alya turns 1yr 9mo..baba alya cakap pam jer takat mana yang ada..if tak cukup kite mix la..xkan nak catu susu anak pulakkan..talked to Ain, one of  mbfpc, dia ckp ok jer if nk campur sbb alya dh besar..dh dekat 2thn dah and dh makan macam2..tapi kan semalm pergi la mall..usha2 jugak fm tp huhu xsanggup nk beli..perasaan tu pelik semacam lak tibe2 nk beli fm tuk alya...oh no..xbeli pun, beli horlicks jer dgn harapan dengan minum horlicks ni dapat la upkan sket production tu :(

Ada baca kat group KIM one of the mothers share dia makan durian, then susu tiba2 jerk banyak..so dengan harapan akan berlaku benda yang sama, mama alya ni pun suruh le baba belikan durian on the way balik dari kerja, pulun ler kami anak beranak durian..in fact sy xpernah makan durian yg dibeli, sbb all the durians tu tak sesedap durian2 yang kat kebun di kg..huhu, even tak sedap mane, makan la jugak dengan harapan boleh  boost up milk production tu..tapi rasa rasanya durian tu bukan milk booster saya la :(
tapi ok la atleast baba alya dapat mkn durian..alya tak makan pun, dia just jilat2 jer..hehe

tak ingat dah bape biji durian tu tuk rm10
durian kat tangan tu dijilat2 ajer..nk suap lari satu umah..hehe..alya..alya

hmm...sedihnya bila mengenangkan susu makin sikit...dan alya makin besar..macam mana la rasanya nanti bile wean off..huhu..tak sanggup rasanya...

last but not least, pic yang takde kaitan..alya tolong baba tukar mentol lampu kat dining hall..huhu

alya, tak gayat ke nak oi @_@


Semoga misi penyusuan ku ini akan tamat dengan jayanya...Ya Allah permudahkanla segala urusan kami, murahkanlah rezeki kami..



Sunday, January 1, 2012

2012

Welcome 2012...wish you all Happy New Year..may 2012 gives you more prosperous, joyful and cherish. 


Selamat tinggal 2011...banyak sangat perkara yang berlaku pada tahun 2011..suka, duka, pahit manis semuanya menjadi satu...mewarnai kehidupan saya sepanjang tahun 2011..berjaya menjadi weekend wife kepada en.suami hingga saat ini(hampir 2thn setengah~semoga ujian ini tidak berpanjangan), sudah setahun sy menjamu jem dipagi hari (lately become worse), dan macam2 lagi la

Setiap kali tiba tahun baru mesti orang akan bercerita tentang azam baru kan? Azam tahun baru saya adalah untuk menyempurnakan azam tahun lepas yang tak terlaksana..hehe..sy  pun tak pasti sy mampu ke tidak melaksanakan azam yang tahun lepas tu..payah..payah..tapi yang pasti azam tahun ni saya ingin memantapkan diri, ingin menjadi orang yang hebat di mata suami dan anak saya..menjadi insan dan hamba yang lebih baik, lebih mendekatkan diri kepada Pencipta. Dalam kepala ni dah ade sedikit perancangan untuk tahun 2012...semoga Allah permudahkan dan tunjukkan jalan yang benar demi menyempurnakan perancangan saya itu..Amin


Apa pun, saya doakan yang terbaik untuk kita semua..kita merancang, Allah juga merancang..namun perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita...