Saturday, September 29, 2012

Aset Tidak Ternilai


Keluarga adalah aset paling berharga buat kita...maka pelihara lah keluarga anda (^_^)

credit to FB ustaz Don


emm...dalam gambar ilustrasi ni alya ada adik... O_O

Friday, September 28, 2012

Peace 3 Jari (-_-')

Masa saya tengah photoshoot baju raya kami, si kecik tu sibuk jer suruh mama snap pict dia...sangat funny when she tried to buat peace tapi tak jadi...gigih dia betulkan jari dia..haha...tapi kali ni better kot dari yang sebelum ni...


ada la jugak rupa dia nak buat peace kan...alya..alya...tak tahu sape yang ajar dia buat peace ni...mama tak pernah ajar pun...


makin hari makin cerdik anak mama sorang ni (",)


Thursday, September 27, 2012

Bahaya Aluminum di Dalam Deodorant

Untuk perkongsian bersama...i got this info from one of group i join on FB Moms4NonToxic

Aluminium di dalam deodorant anda can lead to breast cancer
untuk info lanjut boleh baca kat sini yer


terkejut juga baca ni...lepas ni nk beli deodorant kene tengok ingredient dulu la..atau pun beli aje tawas atau natural product yang lain yang tak de aluminium ni...saya dapat tahu deodorant MooGoo xde aluminum but a bit pricey la...cosway pun ada yg non-aluminium..harga pun murah sket dr MooGoo...emmm nampak gayanya kene tukar la deodorant yang digunakan sekarang


macam2 la sekarang ni..kene banyak cari info lagi ni



Baju Raya Mama dan Alya

As-salam semua...tiba2 jer rasa nak post pasal aktiviti menjahit...since masih lagi berpantang sy post pasal baju raya kitorg la yer...seperti yg di janjikan di entry INI

for this raya no more baju kurung..malas nak buat baju kurung sebab tak pakai...so untuk baju raya saya tahun ni sy jahit blouse dan skirt...nanti blouse tu boleh pakai dengan seluar and skirt dengan t-shirt if tak nak pakai sepasang mcm ni...

patricia tunic + circle skirt

sebenarmya baju tu agak besar...sebab masa tu kan tengah mengandung..kononnya jahit besar la sket nanti boleh pakai lama...emm sekali tak de rezeki pulak...so baju tu harus dikecilkan if nak pakai sekarang...if not tak lawa la..nampak macam pakai baju pinjam...huahua

convert to nursing blouse

Wednesday, September 26, 2012

Read...Read...Read

 Hari ni alya sangat behave tau...biasanya bangun pagi jer dia mesti nak susu dulu...kene layan dia menyusu dulu sebelum dpt buat bende lain..tp pagi ni tak...bangun pagi tadi dia tak mintak pun...since dah lewat sy siapkan dulu mana yang tak settle lg...sambil2 mengemas tu dengar la suara budak membaca...intai2 dia sedang khusyuk membaca rupa-rupanya...


amboi...tengok la tu bukan main lagi dia membaca...ape la yg di bacanya tu...paham ke tidak tak tahu la..hihi..gaya macam orang besar jer si kecik ni kan


tengok tu..bukan main lg...kita snap pict dia pun dia buat tak tahu jer...hehe..

tapi sebab rajin sangat baca buku hari ni jenuh pulak kene pujuk dia mandi pagi...hoho..sabar je lah.

Opsss...syeksyi la pulak alya hari ni 




Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin


sekali lagi mama alya 'rajin' nak join segmen...kali ni dr Nabila Medan


sahabat KAMI


untuk T&C sila click pada BANNER yer

tag

Wordless: Alya Comel

"mama, alya nak comel..." sambil tunjuk kat bibir


tapi comel kah???? hahaha



Segmen: Bloglist Kesuma Angsana

sekali lagi mama alya gatal nk join segmen...kali ni dr Kesuma Angsana


click pada banner kalau nak tahu detail tentangnya ;)


Tuesday, September 25, 2012

Pingu & Peace (^_^)

Lately alya sangat obses dengan pingu...bangun tidur mintak nak pingu..masuk keter mintak nak pingu...pantang dia nampak phone sure mintak pingu..sabar je lah...kadang ok juge sbb dia khusyuk tengok pingu xde la dia kacau mama buat kerja


tengok la betapa khusyuk nya dia tgk pinggu...mama snap picture pun dia buat tak tahu jer...bukan main lagi dia tengok pingu...erk mama dia pun suka jugak tengok pingu..pingu ni dh lama tapi xbosan tengok...suka tengok pingu ngan adik dia..sayang benar pingu kat adik dia...harap alya pun sama bila dah ada adik nanti mesti sayang adik tau

khusyuk dengan pingu...tak hiraukan sekeliling (-_-)

sampai kat school mama cakap kat dia mama nak tangkap gambar alya...sekali dia buat peace daa...peace yg tak jadi...hak hak..tergelak mama...

peace yo!!!

cakap ngan dia one more time...sekali gaya yang sama jugak dia buat...hihi peace la tu kononnya kan...tak tahu la dia belajar dari mana... (^_^)

org lain peace 2 jari, dia peace 4 jari...ngehngeh


tengah drive tersengeh sorang2 teringat alya wat peace tak jadi...hiha..hiha 


Mama, Nak Ear Cantik...

Since puasa hari tu lagi alya sibuk mintak nak ear cantik...banyak kali jugak la dia mintak tapi kami yg buat tak tahu...risau sebab dia tu kecik lagi..nantikan tindik sebelah jer, sebelah lg tak sebab nangis...ni gara2 dia tengok chu dia pakai earing la...ialah mama dia xpakai pun earing since dia lahir...sy terpaksa bukak earing sbb dia suka tarik2 telinga time bf...

masa saya lepas miscarriage hari tu ad tukang urut datang mengurut...bila dia tengok tukang urut tu pakai subang, sibuk la dok mintak nak ear cantik...last sekali kami decide nak tindikkan telinga alya...dah dia beria mintak nak ear cantik, y not ikutkan aje kehendak dia kan...sebelum kami balik kemaman, kitorg g la tindik telinga alya kat lazo diamond...kebetulan nk belikan alya necklace dan yg paling best masa tu lazo diamond wat offer..dapat free gift 50% daripada nilai harga barang yg kita beli...maknanya if necklace to harga RM200 kami akan dapat free gift barang berharga RM100..mula2 nak amik cincin untuk sy tapi xde size..sume besar2..so kitorg amik earing sepasang...pastu tindikkan sekali telinga alya...

hoho menangis budak kecik tu..sebelah kanan cantik jer tapi sebelah kiri senget..ye la masa tu dia dh terkejut + sakit..sure la tak mo kene sakit lg...abg lazo tu pun satu tak sabar..tindik jugak sebelah lagi even alya masa tu tgh ronta2 tak mau..hasilnya senget la yg sebelah kiri tu...ktorg tak puas hati suh diorg bukak balik tp diorg xberani la plak..takut alya sakit...balik rumah tu sambil2 pujuk, sy cabut subang tu..kasi sembuh dulu bekas tindik tuk tindik yang baru..then last week kami pegi cucuk sekali lg telinga alya yg sebelah lg tu kat sini...tp kali ni tak nangis lak si alya ni..just ckp mama, sakit...good girl ^_^

ok, dah cantik dh telinga alya ;)
ear alya dh cantik :)

alhamdulillah telinga alya cepat sembuh...dlm masa 3-4 hari dh ok..buat masa ni alya pakai earing tindik ni je sebab earing lazo tu mama pakai...muahaha..since alya ok with this earing, bila2 mama ada duit lebih, mama belikan earing baru tuk alya ye...hehe..suka sangat dia bila ear dia cantik


i'm happy when you are happy my dear 

Monday, September 24, 2012

Borong Tudung

Salam semua...petang semalam hujan tau kat sini...since en.wan ada so memang dh jadi routine dia untuk hantar dan ambil sy dr office...lepas pick up alya kat taska kami tak balik rumah terus. Incik wan baik hati tau semalam..dia belanja sy borong tudung...haha padahal bini dia yg mintak..kehkeh

latest collection :-D

Haha amik kau terus borong 5helai tudung ALYA SARAH...sy sangat suka akan tudung2 yg sy baru beli semalam.. this time sy beli 3 helai lycra neo syria, 1 lycra syria dan 1 lg cotton plain...raya baru ni pun dh beli yg lycra neo syria ngan cotton plain...kali ni beli lg, saja nak tambah koleksi ;) ...kiranya baru 3x sy shopping kat alya sarah. mungkin sy akan jadi pelanggan tetap alya sarah kot lepas ni...hehe...sy borong sampai 5helai  sebab ada special offer kat alya sarah kemaman... untuk members boleh dapat less RM20 setiap helai tudung tapi dengan syarat kene beli min 5pcs la...ok la kan dh jimat RM100...banyak tu

Saya sudah jatuh cinta dengan koleksi lycra neo syria dan lycra syria krn
  1. kalau malas boleh masuk mesin basuh sbb xperlu risau awning dia patah ke rosak ke ape ke..sesuai la dgn sy yg xberapa rajin nk membasuh guna tgn ni...
  2. material dia sejuk dan tebal..memang tebal dr lycra biasa tau..
  3. x nak pakai anak tudung pun tak pe..mmg xnampak pun anak rambut..yg ni mak suka..hehe.. 
cotton plain pun mak suka juga sbb sejuk, tebal...pastu tudung dia jatuh terletak...tak perlu pin2...owh sy sgt suka la...mudah, cepat n simple yg penting lawa..hehe..dan yang paling penting harganya berpatutan..tak terlalu mahal..kira sy mampu la..klo tudung ariani, hajaba mmg sy tak mampu...mahal sgt...

bergaya dgn tudung baru ^_^
ehem...ada gaya model tak??hihi



owh sibuk jer budak kecik ni...konon posing la tu..entah hape2..dah la pakai selipar besar...alya..alya


alya adriana vs alya sarah...hmmm


The Telekung Project

i am pretty sure that for those who has fb account already know / familiar  with this NGO, The Telekung Project (TP)...in fact rasanya yang tak de FB pun dah tahu pasal TP ni kan...bermula dengan hanya usaha seorang ibu dan anak2 mencuci telekung wakaf, TP kini telah didaftarkan secara rasmi sebagai one of the NGOs...Alhamdulillah

Sekarang  admin TP tengah mencari dana untuk membangunkan 'CLUB HOUSE' untuk di jadikan tempat berkumpul, melakukan aktiviti mencuci telekung dan sebagainya...InsyaAllah kita sama2 sebarkan perkara baik ini...InsyaAllah ia akan menjadi salah satu bekalan kita di sana nanti...

pesanan / kata2 dr admin (sy copy paste dr page TP)


MENCARI KEUTAMAAN DALAM YANG PALING UTAMA...

Banyak project-project yang menujah-nujah admin utk dilancarkan, namun admin perlu bijak menyusun strategi agar lebih efektif dan dapat melibatkan ramai 'perantis' kebajikan. sudah tiba masa, perantis-perantis muda dikumpulkan utk meneruskan perjuangan kebajikan dalam kekuatan ukhwah yang santai tanpa tekanan. ISLAM ITU CUKUP INDAH jika semua ikhlas prihatin. 

Setelah duduk bertenang merancang selama beberapa ketika... admin ingin mengatur strategi utk memulakan project seterusnya dengan menumpukan pada pembangunan THE TELEKUNG PROJECT CLUB HOUSE. Admin sedang menyiapkan kertas kerja untuk mengumpul dana secara pukal, namun kekangan komitmen menghalang jua utk pantas menyiapkan kertas kerja dan admin perlu menyusun waktu utk memanjat dari satu syarikat ke satu syarikat, dari satu bank ke satu bank. Namun, admin optimis dan tidak mahu mengalah. Dalam kengkangan itu adalah satu peluang sebenarnya.... Admin lihat positive, mungkin bila terkengkang di suatu sudut, makanya peluang di sudut lain. 

Jika dana telah diberikan oleh syarikat-syarikat besar, maka kuranglah peluang kepada sahabat-sahabat untuk berkongsi amal, sedangkan Telekung Project asalnya berdiri atas UKHWAH keikhlasan. Tidak kah mahu admin teruskan tradisi ini agar menjadi inspirasi pihak-pihak lain untuk sama-sama membangun bersama-sama Telekung Project. 

Oleh yang demikian, bimbang masa tidak menunggu dan kebaikan perlu diteruskan momentumnya, maka admin dengan ini melancarkan PROJECT; RM 1 for ACCORD. Admin tidak mahu banyak daripada setiap sahabat, admin mahu minta sahabat-sahabat berusaha bersama-sama dengan admin untuk membuktikan kekuatan ukhwah Islam ini. Bantu admin utk sebarkan HASRAT PROJECT ini. Admin hanya perlukan RM 1 daripada setiap penyumbang utk membangunkan sebuah CLUB HOUSE di mana di dalam nya adalah fasiliti 'COIN OPERATED LAUNDRY' untuk mencuci telekung wakaf. 

Semoga project ini akan berjaya dan semoga Allah memudahkan usaha ini dan menerima amal kebaikan yang kita lakukan. 

Kepada yang ingin menyertai; boleh bank in sumbangan anda ke akaun admin; 

5127 7250 1950, maybank NORAZILA ABDUL AZIZ 

dan email transaksi ke telekungproject@gmail.com dengan menyatakan RM 1 for Accord. Ini sangat penting utk tujuan audit pertubuhan. 

Terima kasih admin ucapkan kepada semua yang sebenarnya berjuang bersama-sama dengan admin.... jom kita sebarkan perkongsian dan peluang ini..... NOW EVERYBODY CAN DONATE. 

Salam Ukhwah 
AZILA AZIZ 

Nota; Mohon untuk disebar luaskan dan maklumat utk menghubungi admin ada di dalam poster digital itu.... ♥




Banner cabaran RM 1 FOR ACCORD

For more info or TP's latest activities do visit and like The Telekung Project PAGE


InsyaAllah if berkesempatan saya akan share jugak pasal project 'kusarungkan kasih'



Sunday, September 23, 2012

Bomba Datang Rumah

Malam tadi abang bomba datang ke rumah kami tau...tapi kali ni tak best sebab diorang bukan datang dengan trak bomba yang besar gedabak tu...diorg dtg dengan trak kecik jer...erk kete yg lebih kurang mcm hilux tu...sebelum ni 2x diorg datang dengan trak besar gedabak tu...best pulak tengok trak tu...and sy sangat adore kat pasukan beruniform ni tau...pernah berangan nk kawen dengan anggota pasukan beruniform...tp bukan jodoh ku dengan mereka...hak hak..

Trak bomba ikhsan google

oh ya why they came to our house? ha ni la sebab nya...nampak tak?


ok if tak nampak kita zoom sket


cuba teka sarang ape kah itu???
ya betul mereka dengan suka citanya membuat sarang di bumbung rumah kami...actually kitaorg perasan b4 raya hari tu lg...tp xtahu nk report kat sapa sama ada jabatan perhilitan atau bomba...dok tangguh2 sampai la raya...lepas cuti raya baru report..tu pun setelah baba alya kene sengat dengan mereka mase tengah berkebun...dh kene gigit baru buat report...ini la yg org kata dah terhantuk baru terngadah...erk betuk ke peribahasa ni?

Wednesday, September 19, 2012

Cuma Seketika... (Part 4)

okay kita sambung lagi cerita Cuma Seketika...sebenarnya cerita tu dh habes pun...hihi...tp saja nak continue pasal pantang pulak

After dah siap doctor buat d&c, doc panggil baba masuk...katanya after 1hour mama akan sedar...patutnya lebih kurang jam 430pm mama akan sedar la kn...tapi mama sedar jam 5pm...tapi tertidur balik sebab ngantuk sangat...

tertidur lagi....

tak lama lepas tu tersedar balik...nurse cakap dah boleh balik...dalam mamai2 turun katil naik wheel chair...(tak patut kan nurse ni suh balik terus..atleast tunggu la kite sedar sket...huhu)baba p amik kete kat parking letak depan pintu masuk...masuk keter terus sambung tidur sampai umah...then sambung tidur lg sampai ke pagi...agaknya  ubat bius tu tak habis lg kot..sebab tu la mengantuk sangat...

sepanjang hari tu alya ditinggalkan kat umah dgn chu dia...nasib baik chu ada kan...kesian alya mlm tu dia tidur dengan sendiri...masa mula2 sampai rumah tu ada jugak dia mintak nak susu mama...kesian anak mama ni...sorry sayang mama tak larat nak layan sayang malam tu...huhu

Adik sebelum dibersihkan

Dalam mamai2 sebelum tok ma alya  tanya mama nak tengok ke tak janin adik sebab tok ma nk basuh and tanam...mama ckp nak...lepas tok ma alya basuh, tok ma kejut mama suh tengok adik...mama tengok la adik...emmm macam ketulan daging yang telah hancur :'( 

Tuesday, September 18, 2012

Alya Cantik

Mama, cantik tak?
Mama, cantik alya...(ayat alya yg tunggang terbalik)


Ini gambar masa raya hari tu...si kecik ni selongkar chu dia punya make up bag...jumpa bedak...ape lagi kan selagi tak habis satu botol bedak tu xdenya dia nak berhenti...nasib baik la bedak tu dah tinggal sikit jer...kat rumah ni memang bedak dah xde...sume dihabiskan alya...dah la tu masa berbedak tu kite nak amik botol bedak dia marah...siap cakap "jangan la alya nak antik ni...." huhu

cantik tak?

cun ke???

Anak dara sorang ni memang pantang nampak bedak, lipstik, dan seangkatan dengan nya la...sure dia akan khusyuk 'mencantikkan' dirinya...dah tak tahu nak sorok kat mana dah sume tu sebab dia sekarang dh pandai ikhtiar panjat meja solek tuk dapatkan benda tu sume...simpan kat almari plastik yang bertingkat tu pun dia dh pandai usaha tuk dapatkannya...hari tu dia lapik dengan kete mainan dia, tin biskut or ape2 je lah yang membolehkan dia dapat bende tu...eee ikut sapa la ni...


Gambar jadi panjang sebab guna phone 


Monday, September 17, 2012

Cuma Seketika... (Part 3)

okay mama tak mau berceloteh panjang...kita sambung kisah Cuma Seketika Part II

29 August 2012, Wednesday
Around 2.30pm we arrived at my hometown...tok ma alya sedia menanti...after solat zohor, lunch and rehat for awhile. After asar kami pergi ke klinik bersalin annur kubang kerian tempat alya dilahirkan dulu untuk berjumpa doc siti...tapi malangnya klinik tutup...call doc siti, sekali dia cakap sepanjang minggu tu klinik tutup(maybe doc masih dlm mood raya kot...huhu)...alamak camne ni? waktu tu dh pukul 5 lebih dah. Mama decide nak ke Pusat Perubatan An-nisa'...walaupun xbiasa dan tak pernah ke an-nisa' tapi mama lebih selesa kat situ sebab kat situ semua doctors & nurses adalah perempuan...

Sampai kat an-nisa' tu lebih kurang kul 540ptg camtu la if tak silap...1st tu jumpa dengan doc Roonaliza, MO kat situ...mama tunjuk result scan kat doc Roonaliza...dia ckp kes mama kene refer kat doc pakar...masa to pakar dah balik...doc suggest mama balik dulu datang esok pagi sebb mama xsakit and darah pun xde keluar lagi...ok then kami pun balik berehat...memang masa tu xde rasa sakit or bleeding lg...dalam hati mama masih mengharap semoga adik masih selamat...

30 August 2012, Thursday
Seawal jam 830 kami dah gerak ke An-nisa'...sampai sana doc xde lagi sebab pagi tu ad briefing...lebih kurang macam tazkirah pagi...doc kat situ bagi tazkirah pagi untuk semua staff yg ad...dari bilik menunggu dapat dengar dengan jelas tazkirah tu...bagus kn? Jam 9 lebih baru dapat jumpa doc...mula2 jumpa dulu doc Roonaliza..dia buat check up, scan semua tu then dia refer ke doc pakar...then doc pakar cakap kene buat D&C. Menurut doc, terpaksa buat D&C sebab masa tu adik dah nk masuk 3bulan..dh besar...lagi satu even dh banyak hari mama sakit and keluar brownish stains tu tp masih juga belum ad tanda2 dia mau keluar sendiri...doc cakap if nk tunggu dia keluar sendiri amik masa and takut ada jangkitan kuman plak..kan  susah tu...so mama ikut je la ckp doc..yg mana baik mama ikut jer.

Segmen: Pencarian Bloglist Sept - Okt Mieya Atiera

Mama alya ni bukan org yang suka sangat join segmen ni..tp kali ni saje nk menggatal...hihi..jom kita join segmen mieya ni




Sesapa yang nak join juga sila click pada BANNER yer untuk detail..tada..


Saturday, September 15, 2012

Outch!!!! Sakitnya...

Semalam adalah hari yang sangat best for me and alya...for the 1st time after solat subuh me and alya golek2 and sambung tidur till 1130am...ha..ha..ha...dah lama rasanya tak tidur after subuh...in fact both of us terjaga awal..around 5am mcm tu...kami borak2 and sembang2, alya main2 with her bebears sampai ke subuh...after mama solat subuh, mama ajak alya sambung tidur...kebetulan cuaca pun mendung...sedar2 jer dh pukul 1130 pg...alya pun xpernah bangun dari tidur selewat ini..budak kecik tu biasa bangun awal...and biasanya dia xkan tidur balik lepas bangun...maybe semalam syok sangat kot golek2 ngan mama tanpa sebarang gangguan...hihi...

semalam baba alya balik awal...yup dia naik bas pagi...petang tu dia call cakap dia dh kat cherating...ceh konon nak buat surprised kat kami tapi mana jadi kan sbb call suh p amik dia kat center point..klo nk buat surprised patutnya sedar2 dah terpacak depan pintu rumah...itu baru betul surprised kan...ape la baba ni...hihi...

petang tu alya keluar main kat depan umah dengan baba...seperti biasa if hari jumaat xde kakak or abg yg main sama sebab biasanya diorg akan pergi jalan2 ngan family masing2...so alya xde kawan and main sorang2 sambil diperhatikan oleh baba...tiba2 mama dengar budak menangis bagai nak rak...aish kenapa plak kan budak kecik ni...huhu...rupa2 nya dia jatuh cium jalan masa dok lari2 sorang diri..

geram sungguh orang suruh buka mata dia p sepetkan lg mata dia tu

dah kurang cantik dah anak mama ni...huhu

kesian...harap tak berparut la

ini gambar yang di'capture' pagi tadi masa on the way hantar mama pergi kerja...payah benar nak amik gambar dia sekarang...xreti nak duduk diam...lepas jer jatuh semalam terus sapu ubat luka...xkeluar darah banyak pun cuma calar sikit jer...tp dia sibuk cakap darah kat muka dia...lepas letak ubat luka terus tertidur budak kecik ni...sedih plak tengok dia tidur dalam kesakitan...huhu...itu la lasak lagi...berlari macam jaguh lumba lari..tak ingat dia tu kecik lagi...huhu


kat office hari ni hanya mama and bos sahaja yang bekerja...yang lain off...bosannya xde orang



Thursday, September 13, 2012

Cuma Seketika... (Part 2)

Alhamdulillah mama masih mampu hadirkan diri ke tempat kerja untuk hari kedua dan menguruskan alya sendirian yang ternyata seorang anak yang bijak dan xreti nak duduk diam itu..hehe...sebenarnya tak tahu kenapa badan kecil ku ini terasa sakit2 diseluruh badan...mungkin sudah lama berehat agaknya...ya maybe ataupun masih perlukan rehat lagi???haha...

mengikut perkiraan, sepatutnya adik alya sudah berusia 14minggu...agaknya mama dah kene pakai maternity pants dah sbb hari tu pun semua seluar kerja mama dah tak boleh nak butang...perut dah buncit dah...but now mama dah slim balik :(

ramai yang tanya mama macam mana boleh keguguran??mama pun tak tahu...nak kata jatuh, xde jatuh...nk kata makan yang bukan2 baba alya sangat jaga makan mama dan mama pun xmakan sembarangan...xberani sebab tahu rahim mama xkuat...alkisahnya bermula di sini...

26 August 2012, Sunday
Balik kerja petang tu masa nak mandi mama tengok ade brownish stains kat underwear mama...emm memang tak syak pape pun sebab tak de rasa sakit...ingatkan normal la kan sebab masa alya dulu ade kuar blood-spot, bila p klinik doc bagi ubat kuat rahim...tapi since yang adik ni bukan darah just stains so mama xde la risau sangat kan...baba alya pun tak tahu pasal ni...xtunjuk pun kat dia...hari diteruskan macam biasa..then tidur

27 August 2012, Monday
Bangun pagi tu tengok brownish stains tu ade lagi...masih tak syak pape lagi sebab xde rasa sakit ape kan...dan tak de sebab yang boleh disabitkan dengan stains tu...pergi kerja macam biasa...xde ape yang berlaku...after balik kerja tu baba alya ajak pergi mesra mall tuk draw duit and buat kad maybank mama yang rosak since lebih dari sebulan lepas...kami pergi mesra mall sebab bank kat situ tutup pukul 6ptg..so sempat la kan...tapi tak sempat jugak nak buat kad..sempat draw duit jer...and sempat la jugak singgah popular belikan alya buku baru...masa jalan2 kat mesra mall tu ade la rasa sakit macam kita nak period tu...tapi xde la sakit sangat pun...then ia hilang begitu sahaja selepas dapat big apple donut dan sizzling :) ...balik rumah and berehat...malam tu pergi hantar baba alya kat bus station tuk ke KL mcm biasa...

28 August 2012, Tuesday
Hari tu mama pergi kerja macam biasa...tapi sampai jer kat tempat kerja ada rasa sakit macam petang semalam tu...pagi tu ade la rasa sakit lebih kurang 2 kali jer kot...after lunch hari tu sakit makin kerap...tapi xde la sakit beria...masih boleh bekerja seperti biasa dan sempat tulis ENTRY lagi hari tu...tapi mama mula rasa tak sedap hati..kenapa yer makin kerap sakit plus brownish stains tu kuar balik...aish xboleh jadi ni...so mama decide what ever it is malam tu mama akan ke klinik buat check up...masa ni memang dah mula cuak jer...tapi istilah keguguran memang tak terlintas langsung dalam fikiran ni (-_-)...mama cuma pikir masa tu doc akan bagi mc untuk mama berehat kat rumah jer

Wednesday, September 12, 2012

New Hair Style

Alhamdulillah setelah 2minggu bercuti mama alya start bekerja hari ni...ni just a short entry...rasa cam tak leh tangguh dah entry ni...hehe

hari isnin lepas kami semua selamat sampai ke rumah kami di kemaman ni...lama juga tinggalkan rumah...berhabuk tak yah cakap lg dah...nak mengemas penat...lepas makan dan berehat kejap kami keluar ke bandar..sebab utama nak p beli tiket bas baba alya..keduanya nk p tanya klinik erlina tempat baba alya dapatkan rawatan sebelum balik kg hari tu ade ke tak tertinggal ic dia kat situ...sabar je lah baba alya ni...dekat 2minggu ic xde ngan dia br dia sedar...adoi...nasib baik tertinggal kat klinik tu..klo tak memang kene buat baru and kene denda RM100...selamat RM100...hihi...since baba alya pun happy sbb dh jumpa balik ic dia mama alya amik kesempatan ni tuk pujuk dia supaya p potong rambut alya...ikutkan dia mmg dia syg sangat la kat rambut ank dara dia tu...cuma mama ni jer xleh tahan sebb entah dari mana ad benda asing menumpang kat rambut dia tu...b4 bende tu beranak pinak baik mama bertindak terlebih dahulu...korang sume pasti leh agak kan ape bende asing tu kn...sgt tak suka ok...

alya potong rambut

 nasib baik alya bagi auntie tu potong rambut dia...klo tak xthu la camne...tapi mama kene umpan la dia sket...puji2 dia sket sambil auntie tu potong rambut dia..cuma bila auntie tu nk blow rambut dia, dia xmo...terkejut agaknya dengar bunyi hair dryer tu...hihi..alya..alya...

selesai suda...

ok tak rambut baru alya?

ini gaya rambut alya yg lama...mana lg cun?hehe
upss...gambar terpaksa di edit untuk mengaburi keadaan
background yg bersepah itu...hihi

tp kan nasib baik lepas potong rambut tu baba alya cakap cantik juga alya rambut pendek camni...nampak lg kemas...hehe...tp bg mama rambut alya panjang ke pendek ke alya tetap cantik di mata mama ;)


syukur benda asing tu dah pergi setelah mama gunting rambut + letak ubat kat kepala dia...harap jangan la kamu kembali lg yer wahai benda asing...xsenang duduk mama


Sangat terharu dengan kilang mates yg tak henti2 bertanyakan kn keadaan mama...thanks ya semua..tak sangka ramai yg tahu keadaan mama...


Tuesday, September 4, 2012

Cuma Seketika... (Part 1)

Salam semua....sekali lagi mama alya menyepi yer...emmm kali ini kami bersiaran dari kampung halaman terchenta...hehe

macam mana yer nak cerita...ok ini just short entry...just nak bagi tahu semua sahabat2 mama yang mama kasihi bahawasanya mama alya tidak lagi pregnant...we lost our baby :'(  mungkin bukan rezeki kami...kami redha dan pastinya ada hikmah disebalik ape yang berlaku..sekarang mama alya tengah berpantang di kampung halaman terchenta

nanti mama akan coretkan di sini kronologi peristiwa kehilangan adik alya...