Wednesday, November 20, 2013

Monday, November 18, 2013

Mengidam Nak Makan...

Sudah lama sebenarnya saya mengidam nak makan benda nan satu ni tapi ada yang tak izinkan...siapa lagi kalau bukan baba alya...sedih tau bila permintaan kita ditolak...but its ok, rasa membuak-buak nak makan hanya bila tengok benda tu je, kalau tak de depan mata, boleh lupakan...bukan boleh layan sangat mengidam ni kan...susah nanti...hehe

Setelah puas memujuk, merayu akhirnya petang semalam baba alya tunaikan juga permintaan nan satu ni...Thanks baba, i lap u lah...hehe ^____^

Manis...Sedap...

Rasa macam puas sangat bila dapat makan nenas petang semalam...sorry la ba terpaksa layan karenah mak yong yang bermacam ragam ini...hehe


Macam sedap je air kelapa fresh...hihihi


Sunday, November 17, 2013

Edisi Lebih Menjadi

Benarlah seperti kata mat saleh, practice makes perfect...gagal sekali tidak brmakna gagal selamanya...Setelah 3 kali cubaan meroti dengan hasil yang mengecewakan dan kurang memberansangkan, akhirnya berjaya juga mama alya buat roti sendiri yang mana hasilnya bisa membuatkan mama tersenyum walaupun masih belum perfect...

Cubaan meroti buat ke-4 kalinya, alhamdulillah roti kembang dengan baiknya...isinya lembut dan sedap dimakan...walaupun rupanya tak seindah roti kedai tapi happy sangat sebab akhirnya berjaya juga buat roti sendiri kan..yang pasti mendapat pujian dari baba & alya..hati berbunga riang gitu...

Roti minggu lepas...cubaan ke-4 kalinya
boleh dikatakan berjaya walaupun tidak sempurna dan menarik..tapi boleh la sebab habis di makan kami anak beranak...alya siap bawa ke taska lagi..katanya makan dengan kawan-kawan ^_^

Dan semalam atas permintaan anak dara yang hari-hari ajak mama buat roti, mama pun dengan gigihnya meroti dibantu oleh pembantu setia mama siapa lagi kalau bukan chef cilik mama, kakak alya ;) dan alhamdulillah keluar saja roti dari ketuhar membuatkan mama tersenyum lebar...itu belum tahu lagi bagaimana rasanya...takut indah khabar dari rupa saja T_T...tapi bila rasa roti tu masyaAllah rasa macam nak lompat bintang sebab rotinya lembut dan sedap (of course tak selembut roti kedai ye) sebab hanya menggunakan bahan asas seperti tepung unbleach, yis, gula perang, garam bukit, air suam dan telur...apapun mama happy sangat-sangat \o/ \o/ \o/

Cubaan ke5 yang pasti lebih menjadi
dari segi rupa, texture dan rasa ^_^

Hari ni tak tau ler nak meroti lagi ke tak..kalau dah habis roti tu harus meroti lagi atleast untuk bekal alya ke taska...boleh alya makan dengan kawan-kawan dia roti homemade yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan pastinya lebih sihat dan selamat tanpa sebarang bahan pengawet dan sebagainya ^___^


Baba, bila boleh buat pizza pula ni? Baby nak makan homemade pizza ni ;P


Wednesday, November 13, 2013

Roti Alya Lebih Menjadi

Masa membuat roti edisi kurang menjadi, macam biasa anak dara mama sibuk nak meroti juga...Mama, macam biasa la bagi je anak mama buat...iye lah ni pun part of pembelajaran juga kan...kecil-kecil dah belajar buat roti, mana tahu bila besar nanti jadi tokey kedai bakery...boleh gitu? 

Khusyuk tabur gula kat atas roti dia ^_^

Roti yang ditabur gula dan kismis
Sudah pastinya mama yang tolong bentukkan roti jadi ala-ala tocang tu...hihi...part sapu telur, tabur gula dan kismis, alya yang buat sendiri...masa tengah uli doh pun sibuk "alya nak buat...alya nak buat" so mama layan je lah...tapi siapa sangka rupa-rupanya roti alya lebih menjadi dari roti mama..roti alya lebih lembut dan cantik...waaaa nangis mama T____T

Macam sedap je kan roti alya ni

Alya suka sangat la bila roti dia masak...Kejap je roti alya habis dimakan...baba pun cakap roti alya lagi menjadi...nangis mama lagi sekali sebab kalah dengan anak dara... T_T


Mama kepingin nak buat pizza pula...aish baby ni kan demand macam-macam ;)


Tuesday, November 12, 2013

Cerita RotiDIY yang Gagal & Kurang Berjaya

Gara-gara tak tahan dibakar oleh mak-mak JLo terutama si pembuat roti tegar UM, maka mama alya meronta-ronta nak meroti juga...walhal bab baking mem'baking' memang ku tak minat langsung...daripada mem'baking' lebih baik mengadap mesin jahit ^_^

Cerita Roti yang Gagal
lama juga tertangguh nak buat roti ni, salah satu sebabnya tak de yeast...kebetulan masa cuti deepavali ke bandar, singgah le sekejap kat kedai organik sambil-sambil mencari garam dan gula, sambar la sebotol yeast...tapi cerita sedihnya tak tahu kenapa pakai yeast tu roti tak naik langsung...memang frust sangat-sangat...baba cakap sikit pun tak jadi T___T...mula-mula ingatkan sebab uli doh sekejap sangat sebab tu doh tak naik ataupun sebab sukatan tak betul sebab sukatan main agak-agak saja sebab tak ada penimbang kat rumah..

dalam gambar nampak mcm ok je kan
sebenarnya doh ni tak kembang sikit pun T_T

hakikatnya bila masak...
sikit pun tak jadi bak kata baba alya

petang tu gigih pujuk baba ajak pergi cari tepung dan penimbang...tapi sedih tepung yang di cari tak ada, beli la tepung atta...balik rumah terus buat still xjadi juga...tang ni lagi haru, dah la tak naik, keras pulak tu..baba cakap kalau kene baling dengan roti ni bengkak la dahi dia...huhu T_T...sebab semangat nak meroti hari jumaat lepas try buat lagi dengan balance tepung yang ada, still tak jadi..jenuh fikir apa yang menyebabkan doh roti mama tak naik...after few perbincangan dengan JLos, saya buat kesimpulan yeast yang saya guna tu penyebabnya...maka suruh la baba alya belikan yeast baru...

Cerita Roti yang Kurang Berjaya
Dan pagi-pagi sabtu lepas gigih la mama alya meroti...dan benar la telahan kami yeast dulu penyebabnya..sebabnya bila pakai yeast yang baba baru beli ni doh roti naik double...happy sangat bila tengok doh jadi kembang...

inilah dia roti yang telah dibulat-bulatkan...sedia untuk dibakar...buruk le pula bila tengok roti tu


rupa roti setelah masak...supposed bila bakar, roti akan mengembang lagi tapi tidak...adeh dimana silapnya ya...


Rupa bahagian dalam roti...macam dah nak jadi tapi tak jadi...rasa dan rupa roti macam apam...kata mereka yang pakar rotiku jadi bantat T_T

sekali lagi ada sesi brain storming apakah menyebabkan rotiku bantat...adakah kerana uli terlalu lama, diam terlalu lama, tak cukup panas oven masa preheat, atau pun oven dibuka semasa proses membakar roti ataupun suhu oven tak cukup panas? dan salah satu sebab yang pasti adalah kerana oven dibuka semasa membakar roti gara-gara nak betulkan tray yang jatuh...tak tau kenapa tiba-tiba tray tu boleh terjatuh...dan kemungkinan ke-2 adalah suhu oven tak cukup panas samada masa preheat atau semasa roti itu dibakar.

Walaupun tak berapa berjaya misi mama meroti untuk ke-3 kalinya, namun mama puas juga roti apam mama habis juga dimakan kami 3 beranak...alya ngan baba paling banyak makan..alya siap tak mau share dengan mama....sedap juga sebenarnya roti apam mama ni bila dimakan dengan sambal bilis...haha sendiri buat sendiri puji ;P


Seronok sebenarnya main masak-masak ni ^_^


Sunday, November 10, 2013

Istimewa Untuk Chu...

Lama betul entry ni diperam kat draft, sempat upload gambar je nak cerita panjang lebar tak berkesempatan...ditambah pula tuan punya badan tak sihat, dan selalu terlupa entry yang kat draft tu...birthday chu alya 23/8, ni dah masuk november dah...terlebih basi dah ni...

nothing special untuk birthday chu hanya travel pillow special dari alya...alya buat surprise kat chu, tak bagitahu pun dia nak pos bantal kat kg...masa tu chu kerja kat KB and stay kat KB, pos bantal kat rumah tokma alya...siap berpakat lagi dengan tok ma alya jangan bagitahu chu ada bantal special untuk dia...cuma inform chu ada barang sampai...biar chu tak sabar-sabar nak balik...dan yes berjaya sebab tak sempat tunggu weekend chu balik rumah asbab nak tengok apakah barang yang diposkan untuk dia itu...hahaha..yes berjaya kenakan chu ^_^



lots of love from alya to chu ;)

sekarang aktiviti menjahit memang dikurangkan atau dengan kata lain tempahan untuk jahit dress telah lama ditutup since awal pregnant hari tu lagi...hanya terima tempahan untuk sulam towel dan bantal sahaja...aktiviti sulam menyulam ni mama sub kat baba...alhamdulillah atleast tak de la bilik jahit tu dikunci terus...hehe...so kalau ada yang berminat nak tempah sulam towel atau bantal, boleh la ke page mamalya boutique ya...iklan la pulak ;p


rindu nak menjahit macam dulu...


Thursday, November 7, 2013

Tomyam Sedap Tanpa PES Tomyam

Alhamdulillah makin hari rasa bertambah sihat...perasaan nak makan tu dah ada cuma tak boleh makan banyak-banyak in one time...sentiasa rasa nak makan tapi setiap kali makan cukup sekadar alas perut...cepat je rasa lapar dan cepat juga rasa full...tapi entah kenapa selera kali ini berbeza sungguh...nak makan makanan rumah aje...makanan kedai ada je yang tak kena...xsedap la, masin la, rasa pak aji la, payah betul nak kene dengan selera...masa tengah mabuk teruk hari tu bertabah la makan makanan yg beli kat kedai, mana larat nak masak bekal tiap-tiap pagi ke office...lagipun masa mabuk teruk makan sekadar nama, makan pastu muntah balik...

Tapi bila dah beransur sihat ni boleh la masak setiap pagi sebelum ke office...alah masak yang simple2 aje..bukan masak beria pun tapi lnsyaAllah lebih terjamin dan lebih sedap (ahaks naik lif laju-laju)...since mama bawa bekal ke office ni, alya pun sama turut ada bahagiannya...siap cakap nanti alya makan dengan dengan kawan2...kalau termasak lebih dan masih awal, sempat la kami dua beranak share breakfast kat rumah dulu sebelum gerak ke taska dan office...

Eh terpanjang pulak muqaddimah...haha..sebenarnya tujuan utama entry ni nak share resepi tomyam yang sedap lagi lazat lagi sihat dengan korang semua...1st time buat tomyam tanpa pes adabi hari ahad lepas..mula-mula tu ragu-ragu jugak menjadi ke idok tomyam ku itu..tapi alhamdulillah memang menjadi...yang penting baba alya cakap sedap (tak kisah la kalau dia sekadar amik hati ai je T_T) Semalam buat lagi untuk dinner kami 2 beranak tapi tomyam sayur aje..maklum la kalau dulu boleh aje tak makan malam, tp sekarang balik kerja memang lapar sangat2..harus makan juga walau sekadar nasi putih dengan ikan goreng...

Yummylicious Tomyam ^_^

Resepi ohsem dari Puan Siti Sifir a.k.a K.Pija JLo...since resepi asal yang dibagi adalah sangat ringkas maka pandai-pandai la anda semua mengagak bahan yang diperlukan itu sendiri ya...

  1. Bawang besar dibelah 6 (2-3 biji)
  2. Tomato (8-10 biji, kalau nak kurangkan masam kurangkan tomato...)
  3. Serai - ketuk
  4. Lengkuas - ketuk
  5. Daun limau purut
  6. Cili padi - ketuk 
  7. Asam keping

Mula-mula didihkan air dulu...bila dah mendidih, masukkan bahan-bahan kat atas tu...tunggu sehingga masak bahan2 diatas..bila dah masak, boleh le masukkan seafood atau ayam...terpulang la nak buat tomyam apa kan...dah siap...senang kan? sangat senang dan lebih sihat gitu..tak perlu minyak, no added msg yang pastinya...oh lupa last sekali tambah la garam bukit secukup rasa ya..dah boleh makan...


Note: Eika dari JLo cakap mak dia blend daun ketumbar serta akarnya sekali dengan cili padi...memang naik bau sangat-sangat...resepi tambah daun ketumbar belum cuba buat lagi...later nak try juga...blend cili padi tu tak boleh la sbb ada anak dara kecil kat rumah ku nak makan juga...cukup sekadar ketuk-ketuk 


sudah 2 kali cubaan meroti..tapi kedua-duanya fail dengan jayanya T_____T



Wednesday, October 30, 2013

Minum Air Gula

Isnin hari tu pergi checkup adik alya kat klinik kesihatan(KK)...baru je minggu lepas buat buku kat klinik desa(KD) alih-alih minggu ni kene ke KK pulak...sabor je lah...mati-mati ingat sebulan lagi menapak ke klinik..sekali bila check buku pink tu adoiyyyaaaa minggu ni la kene ke KK...tujuan utama kene pergi KK 1 sebab untuk minum air gula (MOGTT) dan satu lg sbb appointment dengan doc..

Procedure untuk minum air gula ni kita kene puasa dulu..mlm tu kene puasa start jam 10 mlm..pagi sampai klinik amik darah, pastu minum air gula...after 2 jam amik darah lagi...nak tgk bacaan gula sebelum dan selepas minum air gula tu...TAPI mak tak buat semua tu...ngehngeh..memang dari awal dah niat tak mau amik test MOGTT tu...masa jumpa nurse untuk check kandungan dan blood pressure, nurse mcm terkejut eh patutnya awk kene minum air gula ni..selamba je cakap saya tak mau...pastu dia tanya la 2-3 soalan kenapa tak mau kan..nak senang cerita dia cakap nnti jumpa doc kene sign sikit la..i cakap okay.. :)

Pastu turn jumpa doc pulak..kene tunggu turn lagi..penat tau kalau ke klinik KK ni..banyak beno procedure nya..mula2 menunggu kat kaunter pendaftaran, pastu tunggu lagi kat klinik ibu dan anak, pastu tunggu lagi untuk jumpa doc..adeh pergi klinik hari tu dr kul 730am dekat kul 12 tgh hari baru settle semuanya...alya dah naik bosan dah..nasib baik ada small play area kat luar tu..kalo tak lagi haru kot

Ok alkisah jumpa doc pulak, macam biasa la bersoal jawab juga la dengan doc kenapa tak nak minum air gula kan..tapi saya rasa doctor ni ok la..terima dan tak mendesak..cuma dia kata awak sanggup terima semua risiko dan tak blame pihak kami kalau ada apa2 yang berlaku dikemudian hari? Kalau sanggup kene sign sikit la kat buku merah ni...saya ape lagi dengan hati berbunga2 la sign kat buku merah tu... ^_^


Note: minum air gula sebenarnya not necessary untuk semua orang..hanya bagi yang berisiko saja perlu buat ujian ni..tapi polisi KKM sekarang asal umur >25tahun kene minum air gula..kalau dulu orang yang berisiko sahaja yg kene (ada history, mengandung pada usia lebih 35..) Jadi kita ada hak untuk menolak ujian ini...tapi kene yakin la dengan kesihatan diri, jaga makan dan sebagainya...sapa-sapa yang ragu-ragu dan was-was jangan tiru I okay...


Ini bukan entry menghasut cuma sekadar perkongsian..mana la tahu kot-kot ada yang tak tahu bahawa kita boleh refuse untuk MOGTT and other unnecessary tests or procedures.. A mom will always do the best for her baby so do I..^_^

Saturday, October 26, 2013

Buku Pink

Alhamdulillah rezeki dari yang maha Esa buat kami sekeluarga...alya bakal bergelar kakak tak lama lagi...and dia sudah pandai menggelarkan diri dia kakak ^_^

Masa buat buku ni adik baru 13weeks

masalah sama seperti dulu HB rendah kurang dari 11...ikut klinik kesihatan memang rendah la kalau kurang dari 11, tapi sebenarnya kalau HB sekitar 9,10 tu tak de la rendah mana...masih normal

Pregnancy kali ini agak teruk alahannya...dekat sebulan lebih dah saya muntah2, tak kira masa pagi, petang, siang, malam...kalau rasa nak muntah tengah tidur tu pun boleh bangun muntah lagi...tapi takpe seperti kata Jelitawan Organik (JLo), nak keluarkan segala unsur2 kurang baik dari badan mama ni..nak bersihkan perut dan badan mama, kasi tinggal yang elok2 aja untuk baby :)

Pregnancy kali ini juga saya tekad untuk tidak mengambil sebarang ubatan sintetik seperti folic acid pills,  dan segala jenis pil yang dibekalkan oleh KK...all go for natural, amalkan makanan sunnah, healthy food, real food...no minum air gula bagai, no ATT jab...InsyaAllah semuanya akan selamat dengan izin Allah

Bila dah ada pengalaman dan sedikit ilmu yang dicedok sana sini, ada la sedikit keberanian untuk tidak menurut segala protokol klinik yang macam-macam tu...kalau dulu saya ikut je apa yang diorang cakap...walhal benda tu unnecessary pun... T_T

Teruja sangat hari ni sebab baru je mak JLo homebirth pagi tadi...MashaAllah...unassisted homebirth...sambut sendiri baby tu...pool ngan doula ke laut..xsempat semua tu...Subhanallah


note to baba alya, can eh mama homebirth? boleh la...boleh la... ^_^


Tuesday, October 22, 2013

Pengubat Rindu Semua

 As-salam semua...lama sudah mama alya missing in action ya...bagi sesapa yang rindukan alya inilah gambar latest alya...baru snap pagi semalam...dia yang minta mama amik gambar dia...owh anak dara ku sudah besar la...sudah boleh jadi kakak ^___^



beria posing...siap senget2 badan..hiks

InsyaAllah will try my best untuk aktif berblog semula...akan ku khabarkan kenapa ku MIA lama sangat...buat masa ni hanya orang tertentu sahaja yang tahu kenapa ^_^


psstttt...ada ke yang merindui ku? T_T


Tuesday, September 3, 2013

Lubang Sana Sini... T___T

Orang kecoh pasal harga minyak ron95 dengan diesel naik 2posen...kita setuju atau tak harga tetap naik..redho aje lah ye..lepas ni kita kene usaha / fikir cara lain untuk menjana lebih pendapatan ataupun berjimat cermat dengan apa yang kita ada sekarang ni...tapi sure harga barang lain akan menyusul naik lepas ni...nasi lemak sebungkus pasti makin sikit...hoho...nak makan banyak kene bawa bekal sendiri lor.. -_-

ok berbalik pada tajuk....meh kita tengok gambar ni... 
rezeki kami dapat yang dah tak berfungsi sepenuhnya...tak dapat detect USB dengan Bluetooth...mula-mula ingatkan kami yang tak pandai guna, tapi bila hantar kat pusat service memang radio tu yang rosak...ingatkan diorang ganti dengan unit baru tapi katanya  akan hantar repair KL dulu, kalau tak jadi juga baru tukar unit baru...xpe la janji mama still boleh bawak kete ni ke office...hoho...paling lama lagi 2minggu kot baru tak berlubang sana sini...

alya tanya "mama, sape buat kete alya?" hoho...saya apa lagi amik le peluang cakap ha lepas ni tak mau tekan-tekan situ lagi dah...kan dah rosak tu...alya la buat..hehe


pening-pening lalat...


Monday, September 2, 2013

Baju Raya Yang Baru Siap... T___T

As usual mama alya memang plan nak jahit macam-macam fesyen baju raya untuk anak dara dia nan sorang tu...tapi akhirnya hanya 2 helai je yang sempat siap..dress untuk pakai pagi raya dan sehelai blouse...hoho teruk betul mama alya ni kan...kain untuk buat baju ni dah siap potong cuma tak sempat jahit je...maka tanggal 31 August 2013 mama alya gigihkan diri untuk siapkan baju anak dara dia yang terbengkalai itu...hehe...

Ini la dia baju itu...

Siap je baju terus anak dara i pakai...kebetulan kawan ajak beraya rumah dia...so apa lagi, rasmi baju baru la kan... And as usual, si tuan punya baju cakap CANTIK...hehe...if not anak sendiri yang puji, siapa lagi mau puji kan? ^_^

Konon-konon posing la tu

nampak macam dah besar si alya ni

Tak tau style apa si kecik ni posing.. T_T

Anak gadis kami ^_^

Plan asal baju ni sepasang dengan seluar...mama sambung jahit seluar lain kali la ye...hehehe..haritu sempat siap jahit baju je, seluar tak sempat o_O


Alhamduillah...Ramalanku benar belaka ^_^


Friday, August 30, 2013

Tersenyum Bila Melihat Hasilnya

Alhamdulillah macam biasa kalau hari jumaat amat terhad masa untuk saya online...bila nak online guna phone si kecik tu sibuk nak phone, bila kita ke PC dia pun sibuk nak guna PC juga...sabor je lah...Dan bila ada peluang untuk saya online, terus tersenyum gembira bila dapat mesej dari deno...

A week before saya ada tempah cover photo & profile picture untuk mamalya boutique...baru la rasa personalized kan bila ada cover photo yang menggambarkan business kita tu...dan hasilnya sangat menguja kan saya, thumbs up untuk deno...saya serahkan 100% pada deno untuk design cover photo tu dan hasilnya memang diluar jangkaan saya...CANTIK sangat...siap lukis dress, bantal, ada mesin jahit lagi...wow

inilah hasil seni art work deno...so impressive...


so, kalau sesiapa nak tempah doodle ke, cover photo ke boleh tempah dengan deno...nescaya hasilnya tidak mengecewakan dan pastinya dengan harga yang berpatutan...


salam merdeka ke-56 buat Malaysia...adakah kita betul-betul merdeka? fikir-fikirkan ;)


Thursday, August 29, 2013

Mama's Little Helper

Sekarang buat apa pun ada yang rajin membantu...Alhamdulillah ringan kerja mama ye, dan kadang-kadang bertambah-tambah jadinya kerja mama...

Lepas makan, ada yang tolong basuhkan pinggan, lipat kain, ada yang menolong (kadang tu dia tolong lipat kain yang dalam almari), menyapu, menjahit, basuh baju, tak kira apa aktiviti sekali pun little helper sentiasa ada di sisi...

penolong setia mama


alhamdulillah semoga puteri mama yang rajin dan solehah ini akan terus menolong mama sampai la dah besar nanti...


Sesuatu yang tidak pasti amat menyiksakan...huhu


Personalized Pillow

Alhamdulillah...selepas upload gambar bantal yang saya buat special untuk alya kat fanpage dan personal facebook, ada kawan yang berminat dengan bantal ini...terima kasih kawan kerana support business kawanmu ini..hehe..Alhamdulillah... my 1st ever customer untuk product terbaru kami, personalized pillow...

khas buat Nurul Zatul 'Iffah

Zoom in sikit dia punya sulam ^_^

Belakang..guna fabric berbeza..
yang pasti sangat ceria untuk bayi secomel kamu iffah ^_^

Instead of letak hidden zip kat fabric belakang bantal, saya ubah position ke bahagian tepi..sebab pada pandangan saya ia lebih kemas berbanding yang saya buat sebelum ini untuk alya...dan satu bonus lagi senang bagi saya sebab tak perlu gunting fabric dan possibilities untuk buat mistake salah ukur kain is zero...insyaAllah

size bantal lebih kurang (+-) 20"x13"...isian bantal adalah kekabu asli...kalau sesiapa yang berminat dengan product terbaru kami boleh hubungi kami di fanpage mamalya ataupun email kami [mamalya.boutique@gmail.com]


Berdebar-debar dengan sesuatu yang tak pasti...semoga instinct ku itu betul...amin..


Selamat Hari Lahir Hassan

Macam biasa, pagi-pagi on je PC kat office ni terus buka blog..pastu tengok kat bloglist kot-kot ada update yang menarik dari rakan blogger..biasanya saya hanya pilih 2-3 blog untuk blogwalking sebelum sambung kerja, selebihnya bw bila ada masa....saya singgah blog tersebut tapi tak semestinya tinggalkan komen...depends pada mood kala itu...hehe..macam-macam la mama alya ni...

Pagi ni singgah blog UM, hmm ada GA yang menarik rupanya..tak nak lepaskan peluang, maka terhasil la entry ini dipagi hari..hehe

Selamat Hari Lahir yang pertama buat Muhammad Hassan...semoga menjadi anak soleh, berjaya hidup dunia dan yang paling penting Akhirat sana..


Ummi Muhammad Hassan bermurah hati untuk bagi free buku mudahnya menjemput rezeki...buku yang baru je mama alya berniat nak beli...semoga murah rezeki buat iryani sekeluarga...

nak juga buku mudahnya menjemput rezeki? meh kita ke blog Iryani...


lama tak join GA dan lama juga tak buat GA...huhu


Tuesday, August 27, 2013

Photo Book Pertama Kami

Akhirnya siap juga photo book pertama kami...dah dapat sebelum raya hari tu tapi tak sempat nak buat entry...

gambar kenangan ketika bercuti tahun lepas

sebenarnya photobook ini adalah photo book ke-2 yang kami beli...photo book yang pertama kami beli (boleh refer entry INI) tak siap-siap lagi..since yang tu dia punya time frame untuk siapkan photobook adalah 8 bulan dari tarikh purchase, maka kita siapkan dulu yang lebih singkat tempohnya...selalu asyik tangguh-tangguh nak edit gambar, bila check dah nak expired dah voucher tu...terus buat, xsampai 2 minggu siap edit...2 minggu? lamanya...camno x lama, buat kat office time lunch hour / time xde kerja kat office..kalau ngadap dia je kejap je rasanya boleh siap...photo book ni sampai di teratak kami seminggu selepas submit file kat PIXAJOY. cepat dan pantas kan ^_^

Suka hati je susun-susun gambar


Next target nak siapkan photo book kami yang seterusnya...dah beli tak kan tak mau siapkan..membazir ler namanya kan... wish me luck sebab voucher tu expired bulan 10, lagi sebulan tuk siapkan photo book tu...in syaa Allah sempat..huhu

Sekarang PIXAJOY ada promo (till 3/9/13)...untuk yang belum pernah buat photo book boleh la cuba...in syaa Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya...klik pada gambar kalau nak beli ya



"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself" - Leo Tolstoy


Saturday, August 24, 2013

Happy Belated Birthday...

Happy belated birthday buat chu alya yang ke 27 tahun semalam (23/8)...semoga panjang umur murah rezeki dan semoga dapat rezeki kerja kat kuantan...dekat sikit dengan alya kan..baru la alya boleh mengada lebih-lebih sikit dengan chu dia...hehe



chu alya, nantikan surprise dari alya ;p


Thursday, August 22, 2013

Tanda Kasih Mama...

As a start untuk mengembalikan mood masuk studio jahitan, kene la buat sesuatu yang menggembirakan hati..sudah lumrah seorang ibu, bila anakknya gembira maka si ibu berkali ganda gembira... malam tadi sambil2 seru mood menjahit yang belum kunjung tiba setelah berehat hampir 2minggu, saya buatkan puteri solehah saya bantal baru... 


sejujurnya saya recycle kekabu dari bantal yang saya "curi" dari rumah mak...bantal tu dah lembik dan nipis dah..so saya buatkan yang baru, jahit bantal kasi kecik agar kembali gebus...jadi la bantal baru dan bertambah baru bila disarungkan dengan sarung bantal yang cantik itu...erk cantik ke? cantik kot sebab alya tak putus-putus puji bantal tu cantik...maka kembang setaman la mama dia ni bila anak dara yang cerdik itu memujinya...muehehe
 

Untuk bahagian belakang, saya guna fabric berbeza...baru la ceria sikit kan...depan belakang lain-lain corak fabriknya...dan nak kasi kemas, saya jahit hidden zip...baru la tak tercabut sarung bantal dari bantal tu kan...



Dan...inilah model bantal tersebut..geram betul dengan budak kecik ni..bila nak snap gambar buat-buat menguap pulak dah...


banyak-banyak shoot yang sama ambil ini je yang ok sikit...yang lain gaya yang entah apa-apa dan gambar tak sharp...


ehem...iklan sikit, sapa yang berminat boleh la tempah ^_^ ...untuk maklumat lanjut sila layari mamalya boutique punya blog atau fanpage...hehe


terasa nak bantal comel juga.... ^_^


Wednesday, August 21, 2013

Rasa Macam Nak....

Walawei...mood update blog memang kelaut dalam...bukan tak de cerita, cuma mood je entah kemana...rasa-rasakan macam kene tukar layout blog la...dah bosan kot tengok layout sama je tiap kali buka blog...nampak gaya macam kene tukar baru ni...baru la semangat sikit kan nak update blog...ahaks..

wah rupanya saya start pakai design layout ni JAN 2012...dah setahun lebih..patutla bosan...hihi...hmmm kene survey designer yang boleh ubah blog ni jadi lagi cun ni...yang ni bukan tak cun cuma nak tukar selera dan mood...kiki...saje nak perabih duit le ni..nak edit sendiri memang tak pandai...haha...ok any suggestion designer yang best + harganya murah? xmau la mahal2 sangat...membazir...hihi

baba alya, sila sponsor ya...kiki ^_^

survey-survey kain yang cun melecun untuk buat dress raya haji mama dan alya...over tau mama alya ni, puasa 6 pun belum dah sibuk cari baju untuk raya haji pulak ;p


Wednesday, August 14, 2013

Salam Aidilfitri

pic: google

7 syawal...selamat hari raya semua..belum terlambat lagi kan...entah kenapa selepas bercuti hampir seminggu ni momentum untuk bekerja amat la lemah...apetah lagi untuk menaip/up entry..kadang tu rasa buang masa je datang office tapi output-nya amat la sedikit...huu...

few pictures yang sempat di-snap pada hari raya...susah betul alya nak bagi kerjasama untuk snap gambar bertiga...huhu...


pakai baju sama sebab selai tu je baju raya mama...huhu sedih...paksa baba and alya pakai baju sama juga(semestinya basuh dulu baru pakai balik..hehe)..konon nak sedondon pergi raya rumah sedara mara ;p
 


ini ajo gambar raya kami...gambar 1 family pun tak amik tahun ni...sibuk sangat beraya sampai lupa nak snap gambar the whole family..maklumla jarang berjumpa ada saja yang dibualkan..segala gadget tolak ketepi...ngehngeh

akhir kalam, selamat hari raya kepada semua..mohon ampun andai ada tersalah atau tersilap bahasa sepanjang perkenalan kita tak kira la di alam nyata atau maya...mohon ampun untuk segala dosa yang disengaja atau tak sengaja..

 pada asalnya purple bukan tema kami tahun ni...tukar tema gara-gara baba alya la ni...huhu


Saturday, August 3, 2013

Hari Terakhir Bekerja

Hari ini merupakan hari terakhir mama alya kerja sebelum bercuti panjang sempena aidilfitri...ambil cuti awal sebab ma kat kampung call suruh balik awal...biasala ma tu suka buat ayat sedih kasi kita touching...ok la ma anakanda mu balik awal tapi lepas raya kena balik awal juga la kat sini...cuti hanya berbaki 4 hari saja so kesemua cuti-cuti yang ada telah digunakan...kalau nak cuti lagi kena tunggu bulan 9 baru la i boleh cuti balik...bagi siapa yang tak biasa, company tempat saya bekerja ni bagi cuti ikut bulan..mcm saya annual leave saya 30 hari tapi tak dapat guna 30 hari tu sekali gus...kene tunggu tarikh matang baru boleh guna...

last but not least, selamat datang kepada ahli baru kami...goodbye to WLG, welcome WYU...kehadiran mu tanpa dirancang, namun sangat dialu-alukan...semoga kita akan serasi bersama...hehe...kepada WLG, dirimu tak akan pernah kami lupakan...sayang kamu ketat-ketat 


persiapan raya, satu apa pun belum buat =_='


Sunday, July 28, 2013

Kudis Api

seminggu atau dua minggu lepas alya kene lagi sekali kudis api atau bullous impetigo...dulu pernah kene sekali (refer entry ini) tapi masa tu dah banyak baru mama take action bawa pergi klinik...tapi kali ni mula-mula kena tu mama cuba rawat sendiri dulu (konon pandai sangat la kan) hihi...

mula2 kena kat kaki tapi masa tu tak expect pun itu adalah kudis api...ingatkan sebab dia garu..then bila tengok kat dada macam ada biji air, seperti dah boleh agak macam impetigo...ceh berlagak pandai sekali lagi...hoho...sedaya mungkin mama cuba rawat secara natural tanpa antibiotik (impetigo adalah jangkitan bakteria dan perlu kepada antibiotik) dan ubat dari doctor...

lepuh air yang dah pecah tu mama sapukan madu (madu bertindak sebagai antiseptic, antifungal dan antibacterial)..dan mama cuba boost immune system alya dengan bagi minum madu dan VCO supaya badan dia boleh lawan kudis tu...mula-mula memang kudis dia nampak dah makin baik, tapi as we know impetigo boleh berjangkit kalau air bisa dia tu terkena kat tempat lain...esoknya ada lagi kudis baru yang naik 2-3 biji kat dada...hoho

so baba alya bawa juga alya g klinik sebab takut makin banyak naik and berjangkit kat orang lain pulakkan...tapi mama minta dengan baba cakap kat doctor tak mau antibiotik (sebab mama yakin sangat impetigo alya dapat baik tanpa antibiotik) sebabnya baru naik 3-4 biji dan pada perkiraan mama antibiotik tak perlu, badan alya masih boleh melawannya...hoho...instead of bagi antibiotik, kita boleh bg probiotik...dan mama xde pun beli probiotik tapi bagi alya makan tempe (tempe & yogurt adalah probiotik)..nasib baik alya suka makan tempe, mama pun sama walaupun kami bukan orang jawa...hehe..

so masa pergi klinik tu doktor hanya bagi ubat cuci dan sapu...doktor dah pesan akan lambat baik kalau tak bagi antibiotik...tapi takpe mama bukan dok saja, mama cuba merawat secara natural, doa dan tawakkal....ubat cuci and sapu dari klinik tu mama guna 3-4 kali macam tu je lepas tu kembali kepada natural way...bila kudis tu kering, mama continue letak madu dan vco bergilir-gilir kat kudis tu...dan untuk makan, mama continue bagi alya madu dan VCO...

antara tips penjagaan impetigo (daripada hasil bacaan saya..ada yg sy amal, ada yang tak..hoho bad mummy)
  • perlu kepada antibiotik kerana impetigo adalah jangkitan bakteria tapi mama derhaka...hoho (sila dapatkan nasihat doc sebelum buat keputusan untuk on antibiotic atau tak)
  • jaga diet dia, amalkan makanan yang high vitamin c like oranges etc
  • jaga kebersihan...ini sangat penting...basuh/tukar cadar, asingkan baju anak..rendam dengan air panas/suam, ada orang siap rebus baju anak dia..hoho mama idok le sampai ke tahap itu -_-'
  • campurkan air rendaman baju dengan acv(as antiseptic)
  • sidai baju kat terik matahari...kasi bunuh semua kuman2 tu
  • sebolehnya quarantine anak buat sementara waktu, jangan hantar taska dulu atleast sehingga impetigo tu kering...kesian kat anak orang lain nanti berjangkit T_T

dan alhamdulillah alya telah sembuh sepenuhnya...apapun nasihat saya kepada semua termasuk saya sebaiknya dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum kita decide cara rawatan...tengok doctor diagnose sakit apa then kita usaha merawatnya secara alami...insyaAllah kalau kita yakin dengan kuasa Allah disertai dengan usaha (bukan  goyang kaki aje) sakit itu pasti sembuh... 

mungkin merawat in natural way kita lambat dapat lihat kesannya tapi percayalah itu lebih baik daripada ubat-ubatan yang mengandungi dadah/steroid dan sewaktu dengannya...amalkan makanan sunnah dan makanlah makanan yang sebenarnya...


Ramadhan 19...cepatnya masa berlalu =_='



Wednesday, July 24, 2013

Pengalaman Pertama...

Ini cerita dua hari lepas...alkisahnya kami terpaksa pergi ke KL untuk satu urusan yang penting...pergi sehari cuma, terus balik..tak sempat bermalam pun kat sana kerana mama alya udah kesuntukan cuti...hihi...

nak dijadikan cerita memang alya excited la bila cakap nanti kita naik bas ikut baba pergi work (pengalaman pertama alya naik bas)...semantara tunggu nak naik bas dia tak tidur...suruh tidur tak mau...lebih kurang jam 11 malam dia cakap nak muntah...2-3 kali juga pergi toilet sebab dia cakap nak muntah tapi tak muntah pun...end up dia tertidur kat depan tv sementara menunggu mama & baba bersiap...masa tu tiba-tiba je badan dah rasa suam-suam...since dia dah tidur ktorang angkat je la dia and letak dia kat seat belakang...baba dh nak kunci pintu dah ni sekali alya muntah dengan banyaknya...abes seat + bantal kene muntah...adeh dah la lambat sikecik ni muntah la pulak...terus mandikan alya & bersihkan seat...sampai kat bus station, dia muntah lagi...ada la 2-3 kali juga dia muntah sementara tunggu bas datang...kami standby plastik siap-siap sebab takut dia muntah lagi dalam bas...jangkaan kami tepat sekali dalam bas dia muntah lagi...adeh...pengalaman pertama menaiki bas yang tidak menyeronokkan -_-'

kiri: gambar atas bas
kanan: on the way ke rawang

tapi alhamdulillah lepas 2-3 kali muntah dalam bas, alya lena dibuai mimpi begitu juga mama...hehe...tapi, sampai KL muntah lagi dan berterusan sehingga lebih kurang jam 8 pagi...huhu...mmg masa tu dah berkira2 nak ke farmasi nak cari oral salt...takut alya dehydrated...satunya dia xmau minum, even susu pun xmau, lepas tu kalau dia minum air walau seteguk dia akan muntah...cuba paksa dia minum juga tapi dia taknak...agaknya dia tahu kalau dia minum dia akan muntah..thats why dia tak mau minum...

lebih kurang jam 8 pagi lebih kitorang gerak ke tempat yang dituju untuk selesaikan urusan penting itu...kat situ alya kembali aktif, dah mau lompat sana lompat sini...adeh, pantang sihat sikit terus aktif ini budak la...huhu...alhamdulillah selepas urusan tersebut settle kitorang gerak ke office baba alya...ya baba alya harus bekerja la sebab dia pun sudah ketandusan cuti...hoho...

niat asal kononnya mama alya nak la shopping sikit kat sogo...pada awalnya alya sudah nampak macam sihat, tapi lama2 dia kembali pasif...sempat belikan kasut raya alya jer lepas tu dia sibuk ajak balik...dia pun dh tak mau jalan, minta didukung (sangat tak larat nak dukung ini budak..hoho)...badan pun mula panas...so, kitorang balik ke office baba...sempat belikan bubur untuk alya...lepas alya makan bubur dia macam aktif balik...hari tu baba alya minta balik awal sebab malam tu kami nak balik kemaman pula... 

kat meja  baba alya...ada gaya tak? hehe
bila dia rasa sihat sikit, terus aktif balik...

sampai rumah ayah ngah, alya mula demam...badan dah panas, sampai la balik rumah kat kemaman ni...tapi yang leganya dia sudah mahu menyusu walaupun tak mau makan...itu la kisahnya pengalaman pertama alya naik bas...hihi

kiri: kat rumah ayah ngah
kanan: kat putra sementara tunggu bas
bila tengok gambar ni nampak sangat dia tak larat...huhu
**walaupun ku tahu coolfever tak bagus tapi terpaksa
pakaikan juga sebab susah nk jelum kepala dalam bas...huhu

alhamdulillah hari ni dah tak demam dah...sibuk je dia cerita yang dia demam pastu muntah...hihi...

tiap kali alya ke KL, ada jer yang tak kena dengannya, sebelum ni cirit birit, pastu kali ni demam...hmmm nampak gayanya key el tak sesuai untuk alya...hehe