Saturday, March 9, 2013

Murtabak Pasta Rekaan Mama Alya

Murtabak Pasta, nak kategorikan sebagai makanan ape eh? western ke melayu? tapi western ada ke murtabak?hmmm...untuk breakfast semalam, saya masakkan murtabak pasta untuk kami 2beranak...senang, sihat & kenyang...itu paling penting...ngehngeh...resepinya mama buat suka hati mama, gunakan apa yang ada kat dapur

Murtabak Pasta rekaan mama alya...hehe

bagi ibu2 yang anaknya xmau makan nasi, boleh la cuba  murtabak pasta ni...pasti anak suka...seperti yang kita tahu pasta mempunyai carbohydrate yang tinggi, so hidangan ini boleh ganti nasi..boleh dicampur protein lain seperti isi ayam/isi daging...sayur dihiris halus amat sesuai bagi anak2 yang xgemar akan sayur..in shaa Allah hidangan ini lengkap dan sihat untuk anak..lagi sedap bila dimasak oleh mamanya...hehe 



saya guna pasta jenis angel hair sebab pastanya halus..lebih halus dr spaghetti, lebih kasar daripada bihun...sukatan bahan itu sy buat suka hati & sesedap rasa..ekeke..untuk toddler sangat sesuai la resepi ciptaan ku ini, tapi untuk toddler bawah 2tahun sebaiknya xmau letak garam k...untuk mak budak, boleh le letak garam (sebaiknya guna garam bukit/himalaya salt) & lada sulah sikit...

untuk sayurnya, suka hati guna je apa yang ada dalam peti ais, tiada limitation...hehe..boleh juga kalau nak tambah cheese dalam ramuan tu..nak tambah celery pun boleh...

cara masaknya
++ masak pasta seperti arahan kat packaging pasta (saya campurkan air rebusan dengan stok ayam homemade)
++ pecahkan telur, sy guna 4 biji telur untuk sukatan pasta lebih kurang 1/4 daripada sepeket pasta (yang ni main agak je ye)
++ gaul kan semua bahan yang ada
++ panaskan kuali (non-stick pan), letak minyak sket, then masukkan ramuan murtabak tadi
++ dah agak2 masak tu boleh le dihidangkan...nk cicah dengan sos pun boleh, nak mkn mcm tu saja pun boleh...

maafkan saya sebab tak dapat share resepi penuh sebabnya saya main letak, campak sesuka hati saya...kalau yang memang hari2 masuk dapur, sure boleh agak kan nak masukkan bahan banyak mana, saya ni seminggu sekali je masuk dapur, nasib baik alya cakap sedap...hehe..dia tu sedap aje ape yang mama masak..banyak juga dia makan, tapi nak mama suap...layan kan aje la... ^_^


masa masak untuk  lunch pulak gas xde, xsempat masak...terpaksa la guna rice cooker untuk memasak...huhu


21 ::ThoughT(s):: :

CikZaniff said...

mcm sdap je akak..blh try nnti..xpnh buat lg pasta tu..selalu spageti je..

umi alya said...

ha'aaa sedap le, tambah sikit serbuk kari, mesti sedap

Tihara said...

sedap nih, pandai awak reka..bese orang buat metabak megi :)

NoEn said...

@CikZaniff
sedap..sesuai sangat untuk breakfast/minum petang ;)

NoEn said...

@umi alya
owh xterfikir pulak pasal serbuk kari..maklum le bukan penggemar kari...hehe

NoEn said...

@Tihara
guna pasta lebih bagus berbanding megi...hehe

Nao Mei said...

hihi...nampak sedap eh..nak juga

wantie said...

mcm best je. boleh try tuk budak kecik tu. kalau makanan ala ala mee tu memang dia suka.

thanks sharing.

thanks datang jejak umah akak yer.

Jemarisuri said...

wah sedap plak nmpk dr jauh ni..hehe

Bui Junaidi said...

PERGHHH..MENYELERAKAN LA
NNT BUAT LAGI PASTU POSKAN KAT BUI DI KUCHING NI..:)

Sally Yatiey said...

Sedapnyaaaaa ;D

aTieYusof Family said...

Sedap nya!...nampak pun menyelerakan.. sllu nya makan martabak kt kedai Mamak je.. blm pernah buat sndiri..hehe:)

nurbijen said...

menarik... lain kali boleh la cuba... tq for sharing :)

CeqGu said...

boleh try ni

Mia Kassim said...

Wah menarik pulak tengo murtabak ni....menyelerakan

ieda immi said...

sedap2 .. biasa akak guna maggie ..
jadi murtabak maggie ! .. lepas nie leh guna pasta kan ;)

Aisy Nasiha said...

Kreatif resepi ni.. Boleh try ni, anak saya pun suka spagetti dr nasi.. Boleh pelbagaikan makan dr spagetti ni.. Angle hair ni lagi budak suka sebab halus sikit

RynaHakimi said...

Kalau murtabak mcm ni jgnkan budak2..mak budak dan bapak budak pun join sekaki..hehe..terbayang2 kesedapan murtabak ni..dengan aroma telur goreng yg harum tu..yummehhh!!

Ummi Iman said...

Nampak sedap :) suka juga buat resepi sendiri ;) bila kita ikhlas.. mesti jd sedap walau campak2 :)

Mieya Atiera said...

wahh,, kreatif. mesti sedap nie :)

IntaNBerliaN said...

samalah, saya pun kalau msk, main ltk je apa yg ada.. hihii