Tuesday, November 12, 2013

Cerita RotiDIY yang Gagal & Kurang Berjaya

Gara-gara tak tahan dibakar oleh mak-mak JLo terutama si pembuat roti tegar UM, maka mama alya meronta-ronta nak meroti juga...walhal bab baking mem'baking' memang ku tak minat langsung...daripada mem'baking' lebih baik mengadap mesin jahit ^_^

Cerita Roti yang Gagal
lama juga tertangguh nak buat roti ni, salah satu sebabnya tak de yeast...kebetulan masa cuti deepavali ke bandar, singgah le sekejap kat kedai organik sambil-sambil mencari garam dan gula, sambar la sebotol yeast...tapi cerita sedihnya tak tahu kenapa pakai yeast tu roti tak naik langsung...memang frust sangat-sangat...baba cakap sikit pun tak jadi T___T...mula-mula ingatkan sebab uli doh sekejap sangat sebab tu doh tak naik ataupun sebab sukatan tak betul sebab sukatan main agak-agak saja sebab tak ada penimbang kat rumah..

dalam gambar nampak mcm ok je kan
sebenarnya doh ni tak kembang sikit pun T_T

hakikatnya bila masak...
sikit pun tak jadi bak kata baba alya

petang tu gigih pujuk baba ajak pergi cari tepung dan penimbang...tapi sedih tepung yang di cari tak ada, beli la tepung atta...balik rumah terus buat still xjadi juga...tang ni lagi haru, dah la tak naik, keras pulak tu..baba cakap kalau kene baling dengan roti ni bengkak la dahi dia...huhu T_T...sebab semangat nak meroti hari jumaat lepas try buat lagi dengan balance tepung yang ada, still tak jadi..jenuh fikir apa yang menyebabkan doh roti mama tak naik...after few perbincangan dengan JLos, saya buat kesimpulan yeast yang saya guna tu penyebabnya...maka suruh la baba alya belikan yeast baru...

Cerita Roti yang Kurang Berjaya
Dan pagi-pagi sabtu lepas gigih la mama alya meroti...dan benar la telahan kami yeast dulu penyebabnya..sebabnya bila pakai yeast yang baba baru beli ni doh roti naik double...happy sangat bila tengok doh jadi kembang...

inilah dia roti yang telah dibulat-bulatkan...sedia untuk dibakar...buruk le pula bila tengok roti tu


rupa roti setelah masak...supposed bila bakar, roti akan mengembang lagi tapi tidak...adeh dimana silapnya ya...


Rupa bahagian dalam roti...macam dah nak jadi tapi tak jadi...rasa dan rupa roti macam apam...kata mereka yang pakar rotiku jadi bantat T_T

sekali lagi ada sesi brain storming apakah menyebabkan rotiku bantat...adakah kerana uli terlalu lama, diam terlalu lama, tak cukup panas oven masa preheat, atau pun oven dibuka semasa proses membakar roti ataupun suhu oven tak cukup panas? dan salah satu sebab yang pasti adalah kerana oven dibuka semasa membakar roti gara-gara nak betulkan tray yang jatuh...tak tau kenapa tiba-tiba tray tu boleh terjatuh...dan kemungkinan ke-2 adalah suhu oven tak cukup panas samada masa preheat atau semasa roti itu dibakar.

Walaupun tak berapa berjaya misi mama meroti untuk ke-3 kalinya, namun mama puas juga roti apam mama habis juga dimakan kami 3 beranak...alya ngan baba paling banyak makan..alya siap tak mau share dengan mama....sedap juga sebenarnya roti apam mama ni bila dimakan dengan sambal bilis...haha sendiri buat sendiri puji ;P


Seronok sebenarnya main masak-masak ni ^_^


8 ::ThoughT(s):: :

aTieYusof Family said...

walau pun roti tak jadi sgt, janji rajin mencuba Mama Alya..mcm sy ni dah lah tak pandai, nak cuba pun malas...hehe

Kesuma Angsana said...

usaha tangga kejayaan!

Ummu Muhammad said...

roti tu namenye rotikrpam si alya bagi name haha!!

kan? walupun tk brp nk jadi..tgk somi n anak2 suke.hati bunge2 heehe

nurbijen said...

kira yg second trial tu dah ada improvement.. cuba lagi.... nak komen pun tak reti sbb tak pernah lagi buat roti...

umi alya said...

akakpun lama dah tak buat roti

Suzie said...

Akak klau buat roti pakai instant yis je. Roti kna 2 kali naik. Bila nak bakar bg roti naik 2 kali ganda baru masuk oven. Try lagi. Akak suka buat roti sb. Jarang nak meragam

Aisy Nasiha said...

Amboi gigihnya noen.. kali ke 3 buat tu... tak pe, kalau dah asa usaha macam ni, lain kali buat lagi pasti hasilnya takkan mengecewakan lagi...

husna zahidi said...

mama husna pernah cerita sebelum ni dya pakai yeast yg dlm botol tu mmg tak berkesan lgsung..so dya tukar pkai yeast dlm bgkus jugak..