Sunday, November 17, 2013

Edisi Lebih Menjadi

Benarlah seperti kata mat saleh, practice makes perfect...gagal sekali tidak brmakna gagal selamanya...Setelah 3 kali cubaan meroti dengan hasil yang mengecewakan dan kurang memberansangkan, akhirnya berjaya juga mama alya buat roti sendiri yang mana hasilnya bisa membuatkan mama tersenyum walaupun masih belum perfect...

Cubaan meroti buat ke-4 kalinya, alhamdulillah roti kembang dengan baiknya...isinya lembut dan sedap dimakan...walaupun rupanya tak seindah roti kedai tapi happy sangat sebab akhirnya berjaya juga buat roti sendiri kan..yang pasti mendapat pujian dari baba & alya..hati berbunga riang gitu...

Roti minggu lepas...cubaan ke-4 kalinya
boleh dikatakan berjaya walaupun tidak sempurna dan menarik..tapi boleh la sebab habis di makan kami anak beranak...alya siap bawa ke taska lagi..katanya makan dengan kawan-kawan ^_^

Dan semalam atas permintaan anak dara yang hari-hari ajak mama buat roti, mama pun dengan gigihnya meroti dibantu oleh pembantu setia mama siapa lagi kalau bukan chef cilik mama, kakak alya ;) dan alhamdulillah keluar saja roti dari ketuhar membuatkan mama tersenyum lebar...itu belum tahu lagi bagaimana rasanya...takut indah khabar dari rupa saja T_T...tapi bila rasa roti tu masyaAllah rasa macam nak lompat bintang sebab rotinya lembut dan sedap (of course tak selembut roti kedai ye) sebab hanya menggunakan bahan asas seperti tepung unbleach, yis, gula perang, garam bukit, air suam dan telur...apapun mama happy sangat-sangat \o/ \o/ \o/

Cubaan ke5 yang pasti lebih menjadi
dari segi rupa, texture dan rasa ^_^

Hari ni tak tau ler nak meroti lagi ke tak..kalau dah habis roti tu harus meroti lagi atleast untuk bekal alya ke taska...boleh alya makan dengan kawan-kawan dia roti homemade yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan pastinya lebih sihat dan selamat tanpa sebarang bahan pengawet dan sebagainya ^___^


Baba, bila boleh buat pizza pula ni? Baby nak makan homemade pizza ni ;P


6 ::ThoughT(s):: :

aTieYusof Family said...

Wah! akhirnya menjadi jugak kan roti tu...dibantu oleh chef cilik..hehe..
nampak cantik roti tu, mesti sedap ni..:)

Aisy Nasiha said...

Wah. Tahniah.. makin pandai dan makin sedap buat roti tu . Tak lama lagi boleh buka kdai roti pulak.. untung alya ada mama yg pandai buat roti.. memang seronok buat sdiri kan.. tgj hasilnya.. bangga snagat.. bila la saya nk belajar meroti pula...

husna zahidi said...

woahhh..tahniah mama alya..sukanya kalau sesuatu yg kita buat tu dihargai kan..=)

MamaDaniel said...

amboi..amboi..amboi.. mak yong rajin meroti pulak sekarang.. mak adalah jeles.. sebab mak suka maklan roti.. tapi sampai sekarang tak rajin lagi meroti.. uwaaa...

IntaNBerliaN said...

nmpk pun lembut je...

seronokkan bila dh menjadi ;)

nurbijen said...

Finally....
Tahniah mama Alya... menjadi sgt dah tu :)
Tetiba rasa nak meroti jugak...