Thursday, November 7, 2013

Tomyam Sedap Tanpa PES Tomyam

Alhamdulillah makin hari rasa bertambah sihat...perasaan nak makan tu dah ada cuma tak boleh makan banyak-banyak in one time...sentiasa rasa nak makan tapi setiap kali makan cukup sekadar alas perut...cepat je rasa lapar dan cepat juga rasa full...tapi entah kenapa selera kali ini berbeza sungguh...nak makan makanan rumah aje...makanan kedai ada je yang tak kena...xsedap la, masin la, rasa pak aji la, payah betul nak kene dengan selera...masa tengah mabuk teruk hari tu bertabah la makan makanan yg beli kat kedai, mana larat nak masak bekal tiap-tiap pagi ke office...lagipun masa mabuk teruk makan sekadar nama, makan pastu muntah balik...

Tapi bila dah beransur sihat ni boleh la masak setiap pagi sebelum ke office...alah masak yang simple2 aje..bukan masak beria pun tapi lnsyaAllah lebih terjamin dan lebih sedap (ahaks naik lif laju-laju)...since mama bawa bekal ke office ni, alya pun sama turut ada bahagiannya...siap cakap nanti alya makan dengan dengan kawan2...kalau termasak lebih dan masih awal, sempat la kami dua beranak share breakfast kat rumah dulu sebelum gerak ke taska dan office...

Eh terpanjang pulak muqaddimah...haha..sebenarnya tujuan utama entry ni nak share resepi tomyam yang sedap lagi lazat lagi sihat dengan korang semua...1st time buat tomyam tanpa pes adabi hari ahad lepas..mula-mula tu ragu-ragu jugak menjadi ke idok tomyam ku itu..tapi alhamdulillah memang menjadi...yang penting baba alya cakap sedap (tak kisah la kalau dia sekadar amik hati ai je T_T) Semalam buat lagi untuk dinner kami 2 beranak tapi tomyam sayur aje..maklum la kalau dulu boleh aje tak makan malam, tp sekarang balik kerja memang lapar sangat2..harus makan juga walau sekadar nasi putih dengan ikan goreng...

Yummylicious Tomyam ^_^

Resepi ohsem dari Puan Siti Sifir a.k.a K.Pija JLo...since resepi asal yang dibagi adalah sangat ringkas maka pandai-pandai la anda semua mengagak bahan yang diperlukan itu sendiri ya...

  1. Bawang besar dibelah 6 (2-3 biji)
  2. Tomato (8-10 biji, kalau nak kurangkan masam kurangkan tomato...)
  3. Serai - ketuk
  4. Lengkuas - ketuk
  5. Daun limau purut
  6. Cili padi - ketuk 
  7. Asam keping

Mula-mula didihkan air dulu...bila dah mendidih, masukkan bahan-bahan kat atas tu...tunggu sehingga masak bahan2 diatas..bila dah masak, boleh le masukkan seafood atau ayam...terpulang la nak buat tomyam apa kan...dah siap...senang kan? sangat senang dan lebih sihat gitu..tak perlu minyak, no added msg yang pastinya...oh lupa last sekali tambah la garam bukit secukup rasa ya..dah boleh makan...


Note: Eika dari JLo cakap mak dia blend daun ketumbar serta akarnya sekali dengan cili padi...memang naik bau sangat-sangat...resepi tambah daun ketumbar belum cuba buat lagi...later nak try juga...blend cili padi tu tak boleh la sbb ada anak dara kecil kat rumah ku nak makan juga...cukup sekadar ketuk-ketuk 


sudah 2 kali cubaan meroti..tapi kedua-duanya fail dengan jayanya T_____T



17 ::ThoughT(s):: :

Kesuma Angsana said...

wah yag ini mmg simple & sedap. mudah pulak nak buatkan... done nuffnang yer !

Zee Suhaini said...

simple sangat..nak try la..
ohhh alya nak dapat adik baru..yeayyy pasni ada geng..

husna zahidi said...

kat rumah memang tak pernah pakai pes kalau nak buat tom yam.. =)

Nasuha said...

Ermm...sedapnya...

Sobri Yaacob said...

nampak sedapnya..
ni resepi yg sihat bayak sayur2 sayuran..
owh ni kira hebat la wat tomyam tanpa pes :)

nurbijen said...

Alhamdulillah, lega dengar mama alya dah berselera utk makan :)
Owh, senang jer nak buat... boleh cuba ni, tak perlu la nak import perencah dari M'sia... tapi kat mana la nak cari limau purut ni...

Aisy Nasiha said...

Saya pernah buat resepi tomyam tanpa pes. Tapi dh lupa rujuk blog mana...tapi dah lupa ambil dr blog mana.. lain kali boleh rujuk resepi kat sini pulak..

Mak buyung suka makan tomyam ye.. kalau pgnant mmg lailn selera drp biasa kan? Selamat menempuhi detik2 ni

Ummu Muhammad said...

I kene try ni pasal sume testimoni jlo kate sedap!!!

Ummu Muhammad said...

Noen usahe tangge kejayaann..jom meroti smpai pndai haah!

umi alya said...

kalau akak perah asam limau banyak2, kasi masam2 pedas

Kakzakie said...

Tomyam special yg sedap hasil airtangan sendiri. Betul juga kalau pedas sangat mestilah Alya tak dapat makan sama. Kalau nak pedas kena asingkanlah..

lieyalatif said...

kalo mabuk mmg payah kan...hope tak berpanjangan la mabuk tu....

take care..

nuyui a.k.a miss YUI said...

terliur plak tgk..huhu

izan mama mia said...

sedapnyer tomyam..belom pernah try yg xltk pes

Suzie said...

Akak mmg dah lama x pakai perencah tomyam. Tapi tomyam kalau sedap mmg kena masukkan daun ketumbar baru best. Lepas guna bawang besar kuning manisnya lain....

ros_reeza said...

tomyam feveret Ros ni.. tapi selalu masak, taruk je pes tomyam..

Mimi Azirah said...

sedapnye tomyam..feveret incik hubby sy