Sedar tak sedar alya sudah berusia 2tahun 9 bulan...lagi 3 bulan nak masuk 3tahun...hmmm cepatnya masa berlalu dan tanpa sedar my baby dah jadi big girl dh...alhamdulillah di usia 2 tahun 9 bulan, alya memang bijak...sudah pandai berus gg sendiri, mandi pun nak mandi sendiri, dah pandai 'membuang' kat toilet (dengan erti kata lain dh tak pakai diapers), macam2 la yang dia dh pandai buat cuma satu jer belum lagi cerai susu...haish xtahu la bila nak wean-off si cinonet ni...mama dia yang xsanggup sebenarnya...huhu
alhamdulillah dari segi percakapan alya memang tak pelat...alah certain2 vocab yang bunyi lain sikit tu biasa la pada usia dia kan...yang pasti kami mmg boleh faham apa yang dia cakapkan...cuma kalau dia cakap laju mmg kami xdapat nak tangkap...iye kan aje lah...hehe
panjang punya muqaddimah (^_^)...tajuk entry sebenarnya berkisarkan situasi yang melucukan bagi saya berlaku pagi tadi
seperti biasa kalau baba alya ada, kami akan singgah beli kuih + nasi lemak kat warung on the way ke taska alya as bekalan mama kat office..itu pun kalau masih awal la kan...dan kuih favorite kami kat situ adalah karipap ;)
alya macam biasa la aktiviti dia dlm kereta kalau xmenyusu dia akan tgk barney / pingu / upin ipin...tengah dia khusyuk tgk barney, saya offer dia karipap tu
mama: alya, nak kuih tak?
alya: eh salah la mama...ni bukan kuih..ni ka-a-pap (dengan penuh confident)
mama: hahaha (gelak besar) dengar alya sebut ka-a-pap
bijak ye betulkan 'kesalahan' mama...
sebelum ni banyak perkataan dia akan tukar initial perkataan tu jadi huruf K, tapi now dah banyak yang dah betul..cuma ad lg 2-3 perkataan yg initial dia jadi K seperti kepi (tepi)...perkataan lain yang ketara dia selalu sebut adalah tulur (telur)...selalu minta telur goreng..
mama ayya nak tulur...
cepat la mama, masak tulur...
kesimpulannya anak gadis saya ni sudah boleh jadi teman sembang saya kat rumah...hehe..ok la janji ad juga yang sudi teman saya bersembang kan...xde la sunyi sangat bila kat rumah tu...huhu