Sunday, June 30, 2013

Tahniah TRWs...

Sekali lagi tahniah kepada team kelantan sebab menang lagi sekali piala FA...yeahhhh...sebenarnya tak tengok pun bola mlm td...entah kenapa kepala ni berdenyut2...nak angkat kepala pun tak boleh...usai solat maghrib terus tidur...baba alya tengok sorang2..sedar tengah malam terus tanya baba menang ke tak...sama seperti tahun lepas, tak sihat juga time kelantan ke final...hmmm memang tak de jodoh kot dengan bola ni...

kepada JDT, jangan sedih2 ya...usaha lagi lain kali...hehe


tiap kali kelate dapat masuk final, kerajae negeri awal-awal lagi umum cuti peristiwa..best ah gitu, kaloh ko mene ko tetap cuti...utungnyo la sapo dok kelate...jeles nih ;p


Wednesday, June 26, 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah bacaan IPU di kemaman setakat jam 3pm td telah menurun ke 81...alhamdulillah Allah telah menurunkan hujan rahmat membersihkan udara berjerebu yang kotor dan merbahaya itu...Hujan dari pagi sampai tengah hari kot...entah la sbb tak keluar office...tgk kat luar sekarang pun masih gelap lagi...harap2 kat tempat lain pun jerebu akan bertambah baik...lagipun kebanyakan tempat sudah mula hujan..Alhamdulillah


**entry ringkas sbb xde idea nk up entry....hoho

Semua yang berlaku ada sebab...jom sama2 kita muhasabah diri dan fikir apakah disebalik setiap yang berlaku itu.

Monday, June 24, 2013

Jerebu

Alya kata "mama, asap"...bacaan terkini IPU index di kemaman 253 (sangat tidak sihat) berbanding semalam hanya 182...tapi alhamdulillah malam tadi hujan tapi area rumah saya tak hujan...diorang cakap lebat juga hujannya...alhamdulillah kalau tak mesti lagi teruk kan jerebunya...

gambar petang semalam on the way balik dari kerja...

badan alya sudah menunjukkan yang dia kurang sihat...mata bertahi..itu benchmark saya nak tahu samada alya sihat atau tak...sebab setiap kali mata alya bertahi means badan dia kurang sihat...mungkin akan demam atau apa2 saja lah...biasanya sy akan boost immune system alya dengan bagi dia minum VCO dan madu...in syaa Allah sakitnya tak melarat...

Banyakkan minum air kosong dan kurangkan aktiviti luar...stays indoor lebih baik...harap2 keadaan jerebu ni tak berlanjutan...sama2 kita berdoa semoga Allah menurunkan hujan rahmat untuk membersihkan udara kita yang tercemar ini


kat dalam office ni pun berbau asap T_T


Sunday, June 16, 2013

Sepit Rambut Hasil "Abang" Kami

In the hoop embroidery hair clips...cuba2 buat prototype hair clip menggunakan encik Abang kami...

flower bloom felt stitch

Butterflies felt stitch

Alya awal2 lagi cakap sepit rambut tu dia punya...haha...tak pe la nak, mama pun try and error nk tgk hasilnya macam mana...bila dh puas hati boleh la buat jual...ekeke...

Semenjak tahu boleh buat pembayaran melalui paypal guna debit card ni (sebelum ni hanya tahu boleh guna credit card), ade je pattern applique/sulam yang dibeli...hoho...bahaya..bahaya kalau tak kawal...kering aje la duit dlm bank tu...hiks..tapi selalunya beli bila ada sale..pernah beli pattern yg berharga $0.07 aje untuk satu pattern...mmg tak lepaskan peluang la kan..convert ke duit kita baru RM0.22 untuk satu pattern...semoga pattern yang dibeli tidak akan menjadi pekasam...hihi


Baba alya makin mahir "bermain" dengan en. Abang kami..tahniah Baba


Saturday, June 15, 2013

Alya Sudah Pandai Menulis..

Satu keterujaan yang amat bila alya menulis didepan mata...kebiasaannya bila bagi pen dan kertas, alya akan conteng apa-apa saja dan bagitau kita apa yang dia lukis tu (walaupun hakikatnya tak de rupa langsung lukisan dengan apa yang dia cakap tu)...tapi semalam alya tulis dan cakap, " mama, ni A...alya pandai" (macam biasa kalau dia buat apa2 pasti dia akan cakap alya pandai..hehe)




Alhamdulillah...mama bangga dengan pencapaian alya kali ini....rajin2 menulis lagi ye sayang...lepas ni pandai tulis huruf lain pula ye...


Anak cerdik solehah penyejuk mata ^_^


Wednesday, June 12, 2013

Tuesday, June 11, 2013

1st Ever Customer...

Alhamdulillah dalam dok update / upload kat FB berkenaan hasil daripada percubaan kami menggunakan NV950 kami tu, ada yang berkenan dan tertarik dengannya...my ex-schoolmate berkenan dan tempah personalized towel untuk anak-anak dia...saya for sure la teruja sebab 1st customer kan...Terima kasih ya farah sebab trust aku yang amatur dalam bab sulam menyulam nih ^_^

Princess for little princess Aufa

for Aufa's brother...superhero Uwais ^_^

Both towel kita kasi masuk dalam ini kotak ;)

Alhamdulillah semoga lepas ni ada lagi la yang menempah...sesiapa yang yang berminat boleh ke fan page mamalya sebab kat sana ada lagi design-design applique/embroidery yang comel dan cute untuk dipilih...Harga untuk kids towel RM25, adult size RM38 inclusive towel, applique/embroidery and name...In syaa Allah kami menggunakan towel yang berkualiti (100% cotton)


Dalam mood speeding up the gear...


Sunday, June 9, 2013

Hasil Percubaan NV950

Alhamdulillah bila dah ada mesin sulam ni teruja la sikit nak menyulam dan ber"applique"...tambahan pula baba alya pun menunjukkan minat yang sama...kebetulan time beli mesin tu musim orang kahwin...so ape lagi kan amik peluang la practice menyulam...macam biasa la kan nama dah practice, mesti ada buat salah...maklumle belajar menyulam tanpa cikgu depan mata, hanya bergantung pada internet semata2....tapi ok la sbb berjaya juga menyulam dan ber"applique" +_+

test sulam pengantin...yang ni 100% baba alya yang buat
tapikan mana la hilang mulut pengantin perempuan tu ya ^_^

Test applique dan sulam nama

yang ni baba alya pulak cuba2 ber "applique"... ^_^


  Alhamdulillah towel-towel ni khas untuk pengantin baru...mereka yang rasmi percubaan kami menyulam dan berapplique...halalkan la ye segala kekurangan tu...maklum ler..masih amatur lagi...

siap ada kotak u...hehe

Bila dah ada mesin sulam ni kene la productive sikit kan...kalau tak macam mana nak cover balik modal beli mesin kan...and luckily baba alya pun minat juga..boleh la sub kat dia...insyaAllah hasilnya memuaskan, quality towel pun insyaAllah yang good quality...nak harapkan saya memang tak sempat la...

so sape2 yang nak tempah personalized towel boleh la hubungi kami kat fan page mamalya atau email kami mamalya.boutique@gmail.com...tak pun nak senang wechat/whatsapp/viber sy +60132405958...no call / sms k ^_^


Lagi 30 hari nak masuk Ramadhan...sudah kah anda semua bersedia?


Thursday, June 6, 2013

Happy Anniversary Dear...


06/06/2009

Alhamdulillah berlalu sudah empat tahun menempuhi suka duka, cabaran dan pengorbanan alam rumahtangga...semoga ikatan yang dibina diberkati-Nya dan kekal bahagia selamanya...tanpa sedar sudah 4 tahun hidup bersamanya walaupun hanya berjumpa seminggu sekali tapi itu lah cabaran namanya...namun ku bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik, rajin dan suka mengalah...hihi

Terima kasih kepada Bro.Ibrahim(metallurgy lab technician iium) sbb bagi nombor telefon saya kepada 'mamat' ni ye...tak sangka berjodoh rupanya...ok kita flash back sikit detik pertemuan kami...kiki... masa tu study week final exam final sem kat uia, bro ibrahim bg no sy kat 'mamat' ni(kawan si ibrahim tu la) tanpa pengetahuan dan persetujuan saya..jahat tau...'mamat' ni pun contact le sy..sy pun ok la layan biasa2 je sbb nk exam dah kan masa tu...mana ad masa nk fikir pasal cinta2 ni..dh la masa tu final year project tak settle lg...lepas exam 'mamat' ni cakap nak serious dengan saya...ohh memang terkedu..then cakap kat dia kalau betul nak serious, pergi jumpa abg & kakak ipar...hooo berani tau 'mamat' ni, dia pergi rumah abg...face to face dengan abg n my sister in law...ringkas cerita kenal lebih kurang in April, then tunang in August tahun yg sama...the next year kawin (tunang tak sampai setahun)

Alhamdulillah tak lama selepas nikah saya disahkan hamil...dan pada tarikh keramat 11/04/2010 kami bergelar mama & baba kepada seorang puteri yang cantik, comel lagi solehah...Alhamdulillah sekali lagi pada tahun 2012 saya disahkan hamil untuk ke-2 kalinya namun Allah maha penentu segalanya, saya keguguran...sob...sob...tak pe, perancangan Allah yang terbaik untuk kita ^_^

Happy anniversary dear...
Our anniversary means a lot,
Much more than any other day,
I celebrate my love for you,
And Cherish you in any way.

Through passing time, our love still grows,
A caring relationship to explore,
Our life togather gets better and better,
And I keep on loving you more and more.


"With a love that shall not die till the sun grows cold and the stars grow old" 
-William Shakespeare-


Tuesday, June 4, 2013

Help Me Please....

Baba, makcik-makcik, kakak-kakak semua, help me please...


 Pagi-pagi dah buat aksi superman...itu la lain kali dengar cakap mama...kan dah jatuh tu...orang kalut nak pergi kerja dia sibuk nak kutip flower...

mata tak lepas dari roti kat tangan, takut roti dia kene tanah la tu ;p

kat depan rumah ada timbunan tanah, entah bila tuan tanah tu nak ratakan tanah..dah tumbuh macam2 dah kat atas tanah tu...yang si kecik ni pantang nampak bunga mesti nak kutip...dah cakap dah kutip flower petang nanti, dia berkeras juga nak kutip time tu juga, sekali tengok2 je dah tertiarap kat tanah...sebelum selamatkan alya, sempat lagi amik phone snap gambar dia..bukan senang nak tengok aksi macam ni...hihi


bayangkan mama alya yang jatuh tersungkur kat situ...owh tidak!!!


Monday, June 3, 2013

Bila Bos Kecil Menonton Movie

Ice Age...suka sangat sikecik ni tengok ice age...dok ulang tayang citer tu berkali-kali pun tak pe...tapi bukan aje si kecik ni maknya pun ralit juga bila dh mula tengok ice age ni...suka dengan animals kat dalam citer tu terutama si Sid...ade je benda yang dia buat...

sorry gambar cekci sket...curi2 snap gambar masa dia tengah ralit dengan ice age...memang tak sedar langsung mama amik gambar dia...huhu



kemain lagi ye siap silang kaki kat bear..gaya memang tak boleh tahan ^_^


mama pulak suka tengok SSID...huhu