Sunday, July 28, 2013

Kudis Api

seminggu atau dua minggu lepas alya kene lagi sekali kudis api atau bullous impetigo...dulu pernah kene sekali (refer entry ini) tapi masa tu dah banyak baru mama take action bawa pergi klinik...tapi kali ni mula-mula kena tu mama cuba rawat sendiri dulu (konon pandai sangat la kan) hihi...

mula2 kena kat kaki tapi masa tu tak expect pun itu adalah kudis api...ingatkan sebab dia garu..then bila tengok kat dada macam ada biji air, seperti dah boleh agak macam impetigo...ceh berlagak pandai sekali lagi...hoho...sedaya mungkin mama cuba rawat secara natural tanpa antibiotik (impetigo adalah jangkitan bakteria dan perlu kepada antibiotik) dan ubat dari doctor...

lepuh air yang dah pecah tu mama sapukan madu (madu bertindak sebagai antiseptic, antifungal dan antibacterial)..dan mama cuba boost immune system alya dengan bagi minum madu dan VCO supaya badan dia boleh lawan kudis tu...mula-mula memang kudis dia nampak dah makin baik, tapi as we know impetigo boleh berjangkit kalau air bisa dia tu terkena kat tempat lain...esoknya ada lagi kudis baru yang naik 2-3 biji kat dada...hoho

so baba alya bawa juga alya g klinik sebab takut makin banyak naik and berjangkit kat orang lain pulakkan...tapi mama minta dengan baba cakap kat doctor tak mau antibiotik (sebab mama yakin sangat impetigo alya dapat baik tanpa antibiotik) sebabnya baru naik 3-4 biji dan pada perkiraan mama antibiotik tak perlu, badan alya masih boleh melawannya...hoho...instead of bagi antibiotik, kita boleh bg probiotik...dan mama xde pun beli probiotik tapi bagi alya makan tempe (tempe & yogurt adalah probiotik)..nasib baik alya suka makan tempe, mama pun sama walaupun kami bukan orang jawa...hehe..

so masa pergi klinik tu doktor hanya bagi ubat cuci dan sapu...doktor dah pesan akan lambat baik kalau tak bagi antibiotik...tapi takpe mama bukan dok saja, mama cuba merawat secara natural, doa dan tawakkal....ubat cuci and sapu dari klinik tu mama guna 3-4 kali macam tu je lepas tu kembali kepada natural way...bila kudis tu kering, mama continue letak madu dan vco bergilir-gilir kat kudis tu...dan untuk makan, mama continue bagi alya madu dan VCO...

antara tips penjagaan impetigo (daripada hasil bacaan saya..ada yg sy amal, ada yang tak..hoho bad mummy)
  • perlu kepada antibiotik kerana impetigo adalah jangkitan bakteria tapi mama derhaka...hoho (sila dapatkan nasihat doc sebelum buat keputusan untuk on antibiotic atau tak)
  • jaga diet dia, amalkan makanan yang high vitamin c like oranges etc
  • jaga kebersihan...ini sangat penting...basuh/tukar cadar, asingkan baju anak..rendam dengan air panas/suam, ada orang siap rebus baju anak dia..hoho mama idok le sampai ke tahap itu -_-'
  • campurkan air rendaman baju dengan acv(as antiseptic)
  • sidai baju kat terik matahari...kasi bunuh semua kuman2 tu
  • sebolehnya quarantine anak buat sementara waktu, jangan hantar taska dulu atleast sehingga impetigo tu kering...kesian kat anak orang lain nanti berjangkit T_T

dan alhamdulillah alya telah sembuh sepenuhnya...apapun nasihat saya kepada semua termasuk saya sebaiknya dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum kita decide cara rawatan...tengok doctor diagnose sakit apa then kita usaha merawatnya secara alami...insyaAllah kalau kita yakin dengan kuasa Allah disertai dengan usaha (bukan  goyang kaki aje) sakit itu pasti sembuh... 

mungkin merawat in natural way kita lambat dapat lihat kesannya tapi percayalah itu lebih baik daripada ubat-ubatan yang mengandungi dadah/steroid dan sewaktu dengannya...amalkan makanan sunnah dan makanlah makanan yang sebenarnya...


Ramadhan 19...cepatnya masa berlalu =_='



Wednesday, July 24, 2013

Pengalaman Pertama...

Ini cerita dua hari lepas...alkisahnya kami terpaksa pergi ke KL untuk satu urusan yang penting...pergi sehari cuma, terus balik..tak sempat bermalam pun kat sana kerana mama alya udah kesuntukan cuti...hihi...

nak dijadikan cerita memang alya excited la bila cakap nanti kita naik bas ikut baba pergi work (pengalaman pertama alya naik bas)...semantara tunggu nak naik bas dia tak tidur...suruh tidur tak mau...lebih kurang jam 11 malam dia cakap nak muntah...2-3 kali juga pergi toilet sebab dia cakap nak muntah tapi tak muntah pun...end up dia tertidur kat depan tv sementara menunggu mama & baba bersiap...masa tu tiba-tiba je badan dah rasa suam-suam...since dia dah tidur ktorang angkat je la dia and letak dia kat seat belakang...baba dh nak kunci pintu dah ni sekali alya muntah dengan banyaknya...abes seat + bantal kene muntah...adeh dah la lambat sikecik ni muntah la pulak...terus mandikan alya & bersihkan seat...sampai kat bus station, dia muntah lagi...ada la 2-3 kali juga dia muntah sementara tunggu bas datang...kami standby plastik siap-siap sebab takut dia muntah lagi dalam bas...jangkaan kami tepat sekali dalam bas dia muntah lagi...adeh...pengalaman pertama menaiki bas yang tidak menyeronokkan -_-'

kiri: gambar atas bas
kanan: on the way ke rawang

tapi alhamdulillah lepas 2-3 kali muntah dalam bas, alya lena dibuai mimpi begitu juga mama...hehe...tapi, sampai KL muntah lagi dan berterusan sehingga lebih kurang jam 8 pagi...huhu...mmg masa tu dah berkira2 nak ke farmasi nak cari oral salt...takut alya dehydrated...satunya dia xmau minum, even susu pun xmau, lepas tu kalau dia minum air walau seteguk dia akan muntah...cuba paksa dia minum juga tapi dia taknak...agaknya dia tahu kalau dia minum dia akan muntah..thats why dia tak mau minum...

lebih kurang jam 8 pagi lebih kitorang gerak ke tempat yang dituju untuk selesaikan urusan penting itu...kat situ alya kembali aktif, dah mau lompat sana lompat sini...adeh, pantang sihat sikit terus aktif ini budak la...huhu...alhamdulillah selepas urusan tersebut settle kitorang gerak ke office baba alya...ya baba alya harus bekerja la sebab dia pun sudah ketandusan cuti...hoho...

niat asal kononnya mama alya nak la shopping sikit kat sogo...pada awalnya alya sudah nampak macam sihat, tapi lama2 dia kembali pasif...sempat belikan kasut raya alya jer lepas tu dia sibuk ajak balik...dia pun dh tak mau jalan, minta didukung (sangat tak larat nak dukung ini budak..hoho)...badan pun mula panas...so, kitorang balik ke office baba...sempat belikan bubur untuk alya...lepas alya makan bubur dia macam aktif balik...hari tu baba alya minta balik awal sebab malam tu kami nak balik kemaman pula... 

kat meja  baba alya...ada gaya tak? hehe
bila dia rasa sihat sikit, terus aktif balik...

sampai rumah ayah ngah, alya mula demam...badan dah panas, sampai la balik rumah kat kemaman ni...tapi yang leganya dia sudah mahu menyusu walaupun tak mau makan...itu la kisahnya pengalaman pertama alya naik bas...hihi

kiri: kat rumah ayah ngah
kanan: kat putra sementara tunggu bas
bila tengok gambar ni nampak sangat dia tak larat...huhu
**walaupun ku tahu coolfever tak bagus tapi terpaksa
pakaikan juga sebab susah nk jelum kepala dalam bas...huhu

alhamdulillah hari ni dah tak demam dah...sibuk je dia cerita yang dia demam pastu muntah...hihi...

tiap kali alya ke KL, ada jer yang tak kena dengannya, sebelum ni cirit birit, pastu kali ni demam...hmmm nampak gayanya key el tak sesuai untuk alya...hehe


Sunday, July 21, 2013

Sindrom Lupa Bayi???

Negara digemparkan dengan kisah seorang ibu terlupa atau meninggalkan anaknya tanpa sengaja di dalam kereta dan mengakibatkan ahli syurga itu meninggal dunia...innalillah dan takziah buat keluarga...kalau baca comments kat facebook macam-macam gayanya...ada yang memaki, mencemuh tak juga yang memberikan semangat buat ibu itu...agar ibu tersebut redha dan tabah...berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. T_T

ibu mana yang tak sayangkan anak? kalau Allah kata jadi, maka jadi lah ia...kita mungkin boleh cakap macam-macam tapi siapa kita untuk menghakimi...saya pasti dan saya sangat yakin ibu tersebut sangat sayangkan anakknya sebab saya juga seorang ibu... :(

Hal seumpama ini eh tak kot, seakan-akan kes ini pernah berlaku pada keluarga terdekat saya...cuma jalan ceritanya saja berbeza...sepupu saya pernah kehilangan bayinya yang baru 10bulan kot masa kejadian tapi yang pasti tak dapat berjalan lagi la...anaknya terjatuh dan lemas di dalam kolam ikan kat depan rumahnya...ala kolam ikan hiasan kat sudut-sudut laman rumah yang orang selalu buat tu la...dia ingatkan sibongsu bersama kakak-kakaknya yang lain, rupa-rupa tanpa sedar si bongsu keluar ikut pintu depan dan pergi ke kolam tersebut...bila sepupu saya cari anak dia, anaknya dah terapung kat dalam kolam ikan tu..Allah...masa tu dia tengah mengemas rumah, suaminya takde kat rumah... T_T

ok berbalik pada kisah budak yang ditinggalkan ibunya dalam kerata selama 5jam itu, 5jam bukan sekejap tau...ada comment yang saya baca takkan sesaat pun dia tak teringatkan anaknya? meh saya kongsikan satu artikel yang menarik untuk kita baca demi menyelami situasi sebenarnya... article "Forgotten baby syndrom" baca kat SINI ya..

Dari article tersebut ada kes yang meninggalkan anaknya more than 7hours...dan kalau kita baca kes-kes tersebut semuanya seperti ibu-ibu tersebut "ingatkan" anak mereka selamat.

“Some people think:"I can see forgetting a child for two minutes, but not eight hours.” But what they don’t understand is that in his or her mind the parent has dropped off the baby at nursery and thinks the baby is well taken care of. Once that’s in your brain, there is no reason to worry for the rest of the day." 


sama-sama kita sentiasa beringat dan berdoa agar kejadian seumpama ini tidak berlaku pada kita dan mana-mana bayi sekali pun...

"the truth is we are all vulnerable. We are all capable of making a fatal mistake"

jadi cukuplah kita menyalahkan ibu tersebut...ada yang meminta supaya ibu tersebut diberikan hukuman yang setimpal namun "accidentally killing your own baby is a lifelong sentence far greater than any a court could ever deliver"... :'(


Bulan-bulan puasa ni banyak sungguh kes samun, rompak dan pecah rumah...syaitan sebenar Allah telah ikat, yang berkepala hitam ni? minta jauh la dr semua tu berlaku kat kita...huhu


Thursday, July 11, 2013

Hasil Setakat Hari Ini

Alhamdulillah hari ini hari ke-2 kita berpuasa...untuk day 1 semalam, agak haru juga la mama alya...pada awalnya rasa biasa2 je, lagi sejam nak berbuka tiba2 jadi macam orang kebulur...rasa lapar yang amat actually bukan lapar tapi xde tenaga yang amat sangat, tiba2 berpeluh2, pening2, nak angkat tangan pun xlarat...rancang pada awalnya nk memasak, tapi sempat potong sayur, masak nasi and letak garam ikan je...huhu..end up pergi tdo kat sebelah alya yang tgh tengok TV...azan je terus berbuka dengan kurma...masih tak larat dan tertidur lagi..sedar2 jam 8mlm..terus bangun solat maghrib dan sambung tdo lagi..alya? nasib baik memahami...sedar2 dia dah tertidur kat sebelah ni...huhu..bangun makan nasi jam 12 lebih...masa tu baru rasa ada tenaga nak bangun

rasanya mama alya jadi mcm tu sbb the day before tu mama hanya makan breakfast (nasi lemak), tengah hari xmakan, hanya makan biskut, malam pun sama tak makan juga...masa sahur tu hanya makan telur masak separuh, kurma dan air...so untuk sahur pagi tadi mama makan nasi la..hihi..takut jadi mcm semalam..kesian kat alya xde yg melayannya :(

ok berbalik pada tajuk, sebenarnya nak 'tayang' hasil encik Abang setelah bersama kami lebih kurang 2bulan...alhamdulillah kalau la order masuk macam ni setiap minggu cepat la dapat pulang modal....insya Allah..amin..amin...




so sesiapa yang berminat boleh ler meng'order'...hihi

Harga untuk kids towel RM25, adult size RM38 inclusive towel, applique/embroidery and name...In syaa Allah kami menggunakan towel yang berkualiti (100% cotton)...boleh tengok kat blog mamalya untuk pilihan pattern yang lebih menarik dan cute2 ;)


Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah esok insyaAllah kita semua akan menunaikan ibadah puasa...tahun ini merupakan tahun ke-4 saya menyambut ramadhan bersama suami tercinta...dan sepanjang 4tahun ini juga kita suami isteri berjauhan (-_-')

kalau ramadhan tahun lepas saya mabuk-mabuk, tak bermaya dari pagi sampai ke petang, tapi harap2 tahun ni saya akan diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan juga terawikh...

last but not least, selamat menjalani ibadah puasa untuk kawan2 semua...mohon maaf andai ada salah dan silap...


masih lagi busy like a bee...kat office pun busy, kat rumah pun busy...huhu


Wednesday, July 3, 2013

Wordless: Kesayangan Kami


Baba, alya dh pakai baju yg baba beli hari tu ;)

Baby manja mama ^_^

Mood busy like bees