Wednesday, November 20, 2013

Monday, November 18, 2013

Mengidam Nak Makan...

Sudah lama sebenarnya saya mengidam nak makan benda nan satu ni tapi ada yang tak izinkan...siapa lagi kalau bukan baba alya...sedih tau bila permintaan kita ditolak...but its ok, rasa membuak-buak nak makan hanya bila tengok benda tu je, kalau tak de depan mata, boleh lupakan...bukan boleh layan sangat mengidam ni kan...susah nanti...hehe

Setelah puas memujuk, merayu akhirnya petang semalam baba alya tunaikan juga permintaan nan satu ni...Thanks baba, i lap u lah...hehe ^____^

Manis...Sedap...

Rasa macam puas sangat bila dapat makan nenas petang semalam...sorry la ba terpaksa layan karenah mak yong yang bermacam ragam ini...hehe


Macam sedap je air kelapa fresh...hihihi


Sunday, November 17, 2013

Edisi Lebih Menjadi

Benarlah seperti kata mat saleh, practice makes perfect...gagal sekali tidak brmakna gagal selamanya...Setelah 3 kali cubaan meroti dengan hasil yang mengecewakan dan kurang memberansangkan, akhirnya berjaya juga mama alya buat roti sendiri yang mana hasilnya bisa membuatkan mama tersenyum walaupun masih belum perfect...

Cubaan meroti buat ke-4 kalinya, alhamdulillah roti kembang dengan baiknya...isinya lembut dan sedap dimakan...walaupun rupanya tak seindah roti kedai tapi happy sangat sebab akhirnya berjaya juga buat roti sendiri kan..yang pasti mendapat pujian dari baba & alya..hati berbunga riang gitu...

Roti minggu lepas...cubaan ke-4 kalinya
boleh dikatakan berjaya walaupun tidak sempurna dan menarik..tapi boleh la sebab habis di makan kami anak beranak...alya siap bawa ke taska lagi..katanya makan dengan kawan-kawan ^_^

Dan semalam atas permintaan anak dara yang hari-hari ajak mama buat roti, mama pun dengan gigihnya meroti dibantu oleh pembantu setia mama siapa lagi kalau bukan chef cilik mama, kakak alya ;) dan alhamdulillah keluar saja roti dari ketuhar membuatkan mama tersenyum lebar...itu belum tahu lagi bagaimana rasanya...takut indah khabar dari rupa saja T_T...tapi bila rasa roti tu masyaAllah rasa macam nak lompat bintang sebab rotinya lembut dan sedap (of course tak selembut roti kedai ye) sebab hanya menggunakan bahan asas seperti tepung unbleach, yis, gula perang, garam bukit, air suam dan telur...apapun mama happy sangat-sangat \o/ \o/ \o/

Cubaan ke5 yang pasti lebih menjadi
dari segi rupa, texture dan rasa ^_^

Hari ni tak tau ler nak meroti lagi ke tak..kalau dah habis roti tu harus meroti lagi atleast untuk bekal alya ke taska...boleh alya makan dengan kawan-kawan dia roti homemade yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan pastinya lebih sihat dan selamat tanpa sebarang bahan pengawet dan sebagainya ^___^


Baba, bila boleh buat pizza pula ni? Baby nak makan homemade pizza ni ;P


Wednesday, November 13, 2013

Roti Alya Lebih Menjadi

Masa membuat roti edisi kurang menjadi, macam biasa anak dara mama sibuk nak meroti juga...Mama, macam biasa la bagi je anak mama buat...iye lah ni pun part of pembelajaran juga kan...kecil-kecil dah belajar buat roti, mana tahu bila besar nanti jadi tokey kedai bakery...boleh gitu? 

Khusyuk tabur gula kat atas roti dia ^_^

Roti yang ditabur gula dan kismis
Sudah pastinya mama yang tolong bentukkan roti jadi ala-ala tocang tu...hihi...part sapu telur, tabur gula dan kismis, alya yang buat sendiri...masa tengah uli doh pun sibuk "alya nak buat...alya nak buat" so mama layan je lah...tapi siapa sangka rupa-rupanya roti alya lebih menjadi dari roti mama..roti alya lebih lembut dan cantik...waaaa nangis mama T____T

Macam sedap je kan roti alya ni

Alya suka sangat la bila roti dia masak...Kejap je roti alya habis dimakan...baba pun cakap roti alya lagi menjadi...nangis mama lagi sekali sebab kalah dengan anak dara... T_T


Mama kepingin nak buat pizza pula...aish baby ni kan demand macam-macam ;)


Tuesday, November 12, 2013

Cerita RotiDIY yang Gagal & Kurang Berjaya

Gara-gara tak tahan dibakar oleh mak-mak JLo terutama si pembuat roti tegar UM, maka mama alya meronta-ronta nak meroti juga...walhal bab baking mem'baking' memang ku tak minat langsung...daripada mem'baking' lebih baik mengadap mesin jahit ^_^

Cerita Roti yang Gagal
lama juga tertangguh nak buat roti ni, salah satu sebabnya tak de yeast...kebetulan masa cuti deepavali ke bandar, singgah le sekejap kat kedai organik sambil-sambil mencari garam dan gula, sambar la sebotol yeast...tapi cerita sedihnya tak tahu kenapa pakai yeast tu roti tak naik langsung...memang frust sangat-sangat...baba cakap sikit pun tak jadi T___T...mula-mula ingatkan sebab uli doh sekejap sangat sebab tu doh tak naik ataupun sebab sukatan tak betul sebab sukatan main agak-agak saja sebab tak ada penimbang kat rumah..

dalam gambar nampak mcm ok je kan
sebenarnya doh ni tak kembang sikit pun T_T

hakikatnya bila masak...
sikit pun tak jadi bak kata baba alya

petang tu gigih pujuk baba ajak pergi cari tepung dan penimbang...tapi sedih tepung yang di cari tak ada, beli la tepung atta...balik rumah terus buat still xjadi juga...tang ni lagi haru, dah la tak naik, keras pulak tu..baba cakap kalau kene baling dengan roti ni bengkak la dahi dia...huhu T_T...sebab semangat nak meroti hari jumaat lepas try buat lagi dengan balance tepung yang ada, still tak jadi..jenuh fikir apa yang menyebabkan doh roti mama tak naik...after few perbincangan dengan JLos, saya buat kesimpulan yeast yang saya guna tu penyebabnya...maka suruh la baba alya belikan yeast baru...

Cerita Roti yang Kurang Berjaya
Dan pagi-pagi sabtu lepas gigih la mama alya meroti...dan benar la telahan kami yeast dulu penyebabnya..sebabnya bila pakai yeast yang baba baru beli ni doh roti naik double...happy sangat bila tengok doh jadi kembang...

inilah dia roti yang telah dibulat-bulatkan...sedia untuk dibakar...buruk le pula bila tengok roti tu


rupa roti setelah masak...supposed bila bakar, roti akan mengembang lagi tapi tidak...adeh dimana silapnya ya...


Rupa bahagian dalam roti...macam dah nak jadi tapi tak jadi...rasa dan rupa roti macam apam...kata mereka yang pakar rotiku jadi bantat T_T

sekali lagi ada sesi brain storming apakah menyebabkan rotiku bantat...adakah kerana uli terlalu lama, diam terlalu lama, tak cukup panas oven masa preheat, atau pun oven dibuka semasa proses membakar roti ataupun suhu oven tak cukup panas? dan salah satu sebab yang pasti adalah kerana oven dibuka semasa membakar roti gara-gara nak betulkan tray yang jatuh...tak tau kenapa tiba-tiba tray tu boleh terjatuh...dan kemungkinan ke-2 adalah suhu oven tak cukup panas samada masa preheat atau semasa roti itu dibakar.

Walaupun tak berapa berjaya misi mama meroti untuk ke-3 kalinya, namun mama puas juga roti apam mama habis juga dimakan kami 3 beranak...alya ngan baba paling banyak makan..alya siap tak mau share dengan mama....sedap juga sebenarnya roti apam mama ni bila dimakan dengan sambal bilis...haha sendiri buat sendiri puji ;P


Seronok sebenarnya main masak-masak ni ^_^


Sunday, November 10, 2013

Istimewa Untuk Chu...

Lama betul entry ni diperam kat draft, sempat upload gambar je nak cerita panjang lebar tak berkesempatan...ditambah pula tuan punya badan tak sihat, dan selalu terlupa entry yang kat draft tu...birthday chu alya 23/8, ni dah masuk november dah...terlebih basi dah ni...

nothing special untuk birthday chu hanya travel pillow special dari alya...alya buat surprise kat chu, tak bagitahu pun dia nak pos bantal kat kg...masa tu chu kerja kat KB and stay kat KB, pos bantal kat rumah tokma alya...siap berpakat lagi dengan tok ma alya jangan bagitahu chu ada bantal special untuk dia...cuma inform chu ada barang sampai...biar chu tak sabar-sabar nak balik...dan yes berjaya sebab tak sempat tunggu weekend chu balik rumah asbab nak tengok apakah barang yang diposkan untuk dia itu...hahaha..yes berjaya kenakan chu ^_^



lots of love from alya to chu ;)

sekarang aktiviti menjahit memang dikurangkan atau dengan kata lain tempahan untuk jahit dress telah lama ditutup since awal pregnant hari tu lagi...hanya terima tempahan untuk sulam towel dan bantal sahaja...aktiviti sulam menyulam ni mama sub kat baba...alhamdulillah atleast tak de la bilik jahit tu dikunci terus...hehe...so kalau ada yang berminat nak tempah sulam towel atau bantal, boleh la ke page mamalya boutique ya...iklan la pulak ;p


rindu nak menjahit macam dulu...


Thursday, November 7, 2013

Tomyam Sedap Tanpa PES Tomyam

Alhamdulillah makin hari rasa bertambah sihat...perasaan nak makan tu dah ada cuma tak boleh makan banyak-banyak in one time...sentiasa rasa nak makan tapi setiap kali makan cukup sekadar alas perut...cepat je rasa lapar dan cepat juga rasa full...tapi entah kenapa selera kali ini berbeza sungguh...nak makan makanan rumah aje...makanan kedai ada je yang tak kena...xsedap la, masin la, rasa pak aji la, payah betul nak kene dengan selera...masa tengah mabuk teruk hari tu bertabah la makan makanan yg beli kat kedai, mana larat nak masak bekal tiap-tiap pagi ke office...lagipun masa mabuk teruk makan sekadar nama, makan pastu muntah balik...

Tapi bila dah beransur sihat ni boleh la masak setiap pagi sebelum ke office...alah masak yang simple2 aje..bukan masak beria pun tapi lnsyaAllah lebih terjamin dan lebih sedap (ahaks naik lif laju-laju)...since mama bawa bekal ke office ni, alya pun sama turut ada bahagiannya...siap cakap nanti alya makan dengan dengan kawan2...kalau termasak lebih dan masih awal, sempat la kami dua beranak share breakfast kat rumah dulu sebelum gerak ke taska dan office...

Eh terpanjang pulak muqaddimah...haha..sebenarnya tujuan utama entry ni nak share resepi tomyam yang sedap lagi lazat lagi sihat dengan korang semua...1st time buat tomyam tanpa pes adabi hari ahad lepas..mula-mula tu ragu-ragu jugak menjadi ke idok tomyam ku itu..tapi alhamdulillah memang menjadi...yang penting baba alya cakap sedap (tak kisah la kalau dia sekadar amik hati ai je T_T) Semalam buat lagi untuk dinner kami 2 beranak tapi tomyam sayur aje..maklum la kalau dulu boleh aje tak makan malam, tp sekarang balik kerja memang lapar sangat2..harus makan juga walau sekadar nasi putih dengan ikan goreng...

Yummylicious Tomyam ^_^

Resepi ohsem dari Puan Siti Sifir a.k.a K.Pija JLo...since resepi asal yang dibagi adalah sangat ringkas maka pandai-pandai la anda semua mengagak bahan yang diperlukan itu sendiri ya...

  1. Bawang besar dibelah 6 (2-3 biji)
  2. Tomato (8-10 biji, kalau nak kurangkan masam kurangkan tomato...)
  3. Serai - ketuk
  4. Lengkuas - ketuk
  5. Daun limau purut
  6. Cili padi - ketuk 
  7. Asam keping

Mula-mula didihkan air dulu...bila dah mendidih, masukkan bahan-bahan kat atas tu...tunggu sehingga masak bahan2 diatas..bila dah masak, boleh le masukkan seafood atau ayam...terpulang la nak buat tomyam apa kan...dah siap...senang kan? sangat senang dan lebih sihat gitu..tak perlu minyak, no added msg yang pastinya...oh lupa last sekali tambah la garam bukit secukup rasa ya..dah boleh makan...


Note: Eika dari JLo cakap mak dia blend daun ketumbar serta akarnya sekali dengan cili padi...memang naik bau sangat-sangat...resepi tambah daun ketumbar belum cuba buat lagi...later nak try juga...blend cili padi tu tak boleh la sbb ada anak dara kecil kat rumah ku nak makan juga...cukup sekadar ketuk-ketuk 


sudah 2 kali cubaan meroti..tapi kedua-duanya fail dengan jayanya T_____T