Sunday, November 16, 2014

Pahang Mega Babywearing Gathering 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera...bersua kita kembali selepas 2 bulan dari tarikh last update entry...miahahaha agak-agaknya ada lagi tak yang sudi baca blog hambe yang banyak tenggelam dari timbul ni ya...kiki

As pertoday sesiapa yang baca blog ni sudah sedia maklum saya sudah menjadi WAHM almost 5months...tapi belum official lagi la ye...masih terikat dengan syarikat...bila tiba masanya dan keadaan syarikat stabil atau sebaliknya, semua pekerja-pekerja diberi hak masing-masing, insyaAllah saya akan hantar tender secara rasmi...ini muktamad!!! InsyaAllah...Amin...Amin

Angan-angan saya terlalu banyak buat masa ni, ingin menjaga, mendidik anak-anak sendiri, nak homeschool anak-anak walaupun ilmu didada cetek benor, ingin menjana income sendiri walaupun tidak bekerja di office, inginkan sebuah keluarga yang sempurna, ya sempurna tinggal sebumbung dengan chenta hati...sudah lebih 5tahun kami PJJ, anak-anak pun macam kurang kasih sayang dari apaknya, nampak kecacatan disitu...huhu T____T

Eh macam lari dari tajuk je ni...haha...ok...back to track..walaupun saya stay di Terengganu tapi selalu la juga join support group Pahang... Ye lah nama dah berjiran dengan pahang, mesti la join yang paling dekat dengan kita kan...Kemaman ke Kuantan bukan jauh mana pun...hihi.. Ini adalah cerita 2 minggu lepas (1 Nov 2014, Saturday) tanpa perancangan awal pun...tahu ada gathering ni pun last minute...pada masa sama ada gathering juga kat Kuala Terengganu tapi itu gathering NV950 Club...rasa nak join 2-2, both event ada ilmu, 2-2 saya nak belajar...ilmu tentang baby wearing amatla cetek...Alya dulu kami tak pernah wear pun, ada la sekali pakai carrier yang jenis non-ergonomic (orang bagi), sakit bahu, anak tak selesa...end up simpan je...Alhamdulillah sikit-sikit belajar, tahu mana alat kendong yang ergonomic, mana yang tak, kebaikannya dan macam-macam lagi lah...Sesungguhnya Ilmu Allah itu sangat luas...

Honestly kalau ke mana-mana saya jarang kendong si bambam saya nan soleh itu..biasanya babanya lah yang carry si soleh bambam saya tu...unless saya sendirian terpaksa juga lah carry...Lahir je  Aqmar, saya terus order SSC (Soft Structured Carrier) dari fabulous mom...tapi rupa-rupanya newborn tak sesuai atau tak digalakkan guna SSC sebab spine baby masih lembut, untuk newborn lebih sesuai guna ring sling atau wrap...haaa ring sling dengan wrap ni la saya memang tak reti dan tujuan utama join gathering tu pun sebab nak belajar me'wrap' dan me'sling' baby...kiki

On hari kejadian, Pahang Mega Babywearing Gathering 2014 yang diadakan di Tasik Taman Bandar, Indra Mahkota Kuantan...

Tukang kendong dan gendongannya...hehe

Hasil colouring contest yang kakak Alya join...

Mamas saling sharing antara satu sama lain...dan juga diorang cakap sesi royan??? ^_^
Untung join gathering ni kita dapat mencuba pelbagai jenis carriers dan bagi beginner macam saya ni boleh la belajar dan mengenali jenis-jenis carrier...


Kali pertama mencuba wrap

Mencuba ring sling pula...
Seriously pertama kali mencuba wrap rasa macam dah jatuh cinta dengan wrap la pula...beza antara wrap dan SSC, wrap terasa lebih snug dgn baby, lebih ringan, lebih selesa jika dibandingkan dengan SSC...mungkin SSC terasa bulky untuk petite mom macam saya ni, dengan waist padnya, shoulder strapnya, kurang selesa sikit disitu tapi kalau back carry ok je dengan SSC ni... Ring sling pun ok tapi rasa lagi best dengan wrap sbb ring sling kita tampung sebelah bahu je, wrap both shoulder ada beban...loads are spread evenly di situ...hehe...tapi x leh komen banyak la sbb baru sekali tu je kot pakai wrap ngan ring sling tu pun dalam 10minit je...hahaha..


Baba tak mau ketinggalan....hehe
Baba alya pun tak ketinggalan untuk mencuba wrap...terkial-kial masa nak pakai wrap ni...kelakor pun ad...haha...tapi note ya cara baba alya pakai tu TIDAK BETUL...baby ke bawah sangat, tak dapat kiss baby..sepatutnya baby kena atas lagi...dia dah malas nak betulkan...tak pe janji dia mau cuba...hihi

Oklah terpanjang la pulak entry...hihi...ok daaa...see ya later ;)


Maaf ya kalau saya tak singgah blog anda, dah jadi 'MENTERI' ni sibuk memanjang...hehe


Friday, September 19, 2014

Macam Chipsmore...Sekejap Ada Sekejap Tiada

Assalamualaikum semua...ya Allah rindunya kat blog ni dan kawan-kawan semua...Berbulan lamanya tak jenguk blog...last update blog 3 bulan lepas...adik pun dah nak masuk 5bulan dah..almaklumla semenjak menjadi surirumah sepenuh masa ni sibuk nya mengalahkan menteri...ahaks...rutin harian hanya berkisar urusan anak-anak sahaja...nak menjahit still kene buat OT di malam hari... Pagi-pagi hantar kakak g school, balik kemas rumah, masak, jam 12 pergi amik kakak pula...balik tengah hari sampai petang, layan si kakak dan adik...kebanyakan masa saya banyak online thru phone sahaja untuk urusan business dan juga bersosial...untuk blog masih belum selesa/serasi nak update thru phone...

Untungnya bila jadi surirumah ni adalah boleh cuti sesuka hati...ahaks...sempena cuti hari malaysia, kami sekeluarga balik kg bagi meraikan perkahwinan sepupu saya...

Heros saya

Susah betul nak bergambar sekeluarga...kakak tak mau bagi kerjasama T_T



welcome to our family Anis!
Apesal daku nampak petite sangat nih??? T___T

daaaa....see u next entry yang entah bila akan di up...ahaks ;)

Apakah perancangan Allah buat kami sekeluarga selepas ini? Ya Allah permudahkan segalanya


Wednesday, June 18, 2014

Ujian dan Hikmah disebaliknya

Alhamdulillah hari ni adik sudah 52hari...membesar dengan sihat dengan izin Allah...sepatutnya mama mula bekerja minggu depan, 25 jun, tapi Allah telah tetapkan mama bercuti selama 4bulan lagi untuk menjaga sendiri adik, dan kakak alya dan memberi mama peluang merasa bergelar WAHM(working at home mom)...kilang tempat mama bekerja ditutup buat sementara waktu bagi memberi peluang top management buat sesuatu atau lebih tepat mencari dana untuk meneruskan operasi...masalah ini sebenarnya telah berlanjutan lebih kurang hampir setahun, kami pekerja dibayar gaji lambat, dan sebelum bersalin haritu TNB telah cut power berbulan lamanya gara-gara tak bayar bil ��

Ok lah mama tak mau cakap atau komen lebih pasal masalah yg dihadapi oleh perwaja tapi yang penting sekarang kilang ditutup dan pekerja dibayar gaji RM 450 sepanjang tempoh 4bulan ni...Alhamdulillah ada juga kan dari tak de langsung...lepas la bayar yuran tadika kakak alya dengan minyak kereta ��...mula-mula mendapat berita ni agak terkejut juga tp sebenarnya tak de la terkejut sangat sebab telah sedia maklum keadaan kilang sekarang macam mana tapi macam tak percaya company besar macam tu kene berdepan dengan masalah macam tu....ok-ok tak mau komen pasal company...sekarang kita fokus pada apa yang nak di buat sementara kilang tutup ni....

Antara hikmah dalam ujian
1. Mama pasti dan yakin sangat-sangat Allah telah merancangkan sesuatu yang terbaik buat kita sekeluarga yang kita tak tahu apakah perancangan itu

2. Selama ini mama dok berangan nak bekerja dari rumah kan demi menjaga sendiri anak-anak...nah bukan kah Allah telah perkenankan doa mama selama ini? So kenapa harus mama gusar? Pasti ada hikmah walaupun pada hakikatnya mama dan baba belum bersedia ke arah itu. 

3. Rahmat Allah memberi mama peluang menjaga sendiri adik...mama tak perlu risau hantar adik ke babysitter, paling tidak apabila mama mula bekerja nanti adik dah berusia 6bulan...dah besar sikit kan nak bagi orang jaga... Nikmat mana yang engkau dustakan mama? ��

4. Allah telah memberi mama peluang untuk meluaskan dan mengembangkan empayar mamalya enterprise (ok ayat tak boleh blah ��)... Siapa tahu kan kot-kot lepas ni business kecil kecilan kita ni maju dan kita boleh ada kedai, pekerja sendiri (oh berangan itu sangat best)...who knows kan??? Perancangan Allah kita tak pernah tahu...

Apa yang akan berlaku pada masa hadapan kita tak pernah tahu...mungkin pada surface kita fikir mana nak cari duit untuk cover gaji beribu tu demi melangsaikan hutang rumah, kereta, pinjaman PTPTN, etc tu...tapi kita harus erk wajib keep calm and stay positive... Mungkin pada awalnya hanya nampak yang tersurat, yang tersirat kita tak nampak...kadang kita hanya fikir rezeki Allah bagi tu hanya dari segi material, kita tak pernah fikir pun rezeki dan rahmat Allah itu sangat luas...dapat jaga anak sendiri 247 itu juga rahmat, dapat bekerja dari rumah itu juga rahmat (mungkin rezeki yg dapat itu lebih berkat), oh kalau nak senarai memang tak tersenarai la

Note to baba alya, keep calm and stay positive ya...insyaAllah Allah nak bagi kita lebih dekatkan diri padanya, mungkin selama ini kita leka, Allah nak didik kita agar sentiasa bersyukur, Allah nak kita kerja lebih dalam masa sama tidak lupakannya..

Wednesday, May 21, 2014

Wordless: Sulam Towel







Price starts from RM38 for adult size and RM25 for kids size(inclusive towel, embroidery/applique and wordings)...In syaa Allah we use high quality grade towels...100% cotton, thick and soft...

interested? do email me or just go to our FANPAGE to order
email: mamalya.boutique@gmail.com
whatsApp: +6019-664 5539


Tuesday, May 20, 2014

Pengalaman Bersalin Kali Ke-2 (Part II)

27 April 2014 (27 Jamadil-Akhir 1435H)

Finally...saat itu telah tiba...di awal pagi mama terjaga nak ke toilet, then tetiba rasa sakit, tapi mama tak pasti sakit nak bersalin ke sakit main-main sebab sebelum ni pernah juga sakit pinggang segala then sakit tu berlalu pergi macam tu aje...sambung tidur balik, lepas subuh sakit tu datang balik..mama just minta baba urut pinggang..masa tu pun still confuse sakit nak bersalin ke sekadar braxton hicks coz tiada sebarang tanda samada discharge atau air ketuban pecah..tanpa set masa contraction, we were having breakfast dengan hati gumbira etc...

mama Whatsapp aunty Yan and aunty Khairun tanya sakit bersalin mcm mana? haha boleh pulak ye tanya orang macam mana sakit nak bersalin...auntie Khairun suruh set masa..ok mama pun set la masa tiap kali datang sakit tu...masa tu dlm 10-15 min apart...auntie krun suruh siap2 pergi klinik, tapi mama relax2 lagi sebab aunty Yan cakap if nak pergi hospital, tunggu sakit tahap yang tak leh nak buat apa..kalau still boleh whatsapp segala, macam lambat lagi la nak bersalin...tapi since nak bersalin dengan Dr.Siti, mama tak kesah pun kalau pergi jumpa dia dulu..tengok apa kata dia since mama sendiri pun not sure samada itu sakit nak bersalin ke tak (boleh pulak ye x sure..ape-ape ajelah mama ;P)...so we went to Klinik An-Nuur untuk buat check up kesekian kalinya....

sampai klinik, masa tu dlm pukul 11pagi lebih kot, tak pun dalam pukul 12  macam tu lah..siap boleh senyum-senyum, gelak-gelak lagi masa jumpa doctor tu... Doc check perut, memang betul la sakit nak bersalin tapi bukan dalam masa sejam-2 terdekat..kalau bukan malam ni, esok pagi kot sebab masa tu sakit mama dalam 7-10min apart dan sakit tu agak mild..doc kata sakit tak nyungguh(kata ore klate)..ok kita balik rehat-rehat, makan-makan dulu la ye dik...  

Kami tak terus balik ke rumah, singgah kat rumah cik long dulu untuk makan tengah hari...lps makan dan sembang-sembang baru balik ke rumah...Sampai kat rumah around 5pm macam tu, sakit makin kerap dan lama...mama layan sakit dengan berjalan-jalan di sekitar rumah(dengan banyak berjalan dapat membantu mempercepatkan process dilation)...nasib baik rumah tok ma ni luas lamannya...ok dalam sakit tu sempat lagi request kat baba nak minum air kelapa fresh (habis 2 biji mama minum air kelapa..haha..tamak punya kes ^_^)...penat berjalan, mama duduk, penat duduk mama swing-swing the hips, penat swing, mama jalan-jalan lagi..begitu lah masa berlalu sehingga menghampiri maghrib...time tu memang dah yakin yang memang itu adalah sakit nak bersalin..baba cakap maybe bersalin tengah malam nanti..mama berdoa kalau nak bersalin pun biarlah awal sikit tak pun esok pagi lepas subuh..kalau tengah-tengah malam kesian kat Dr.Siti kena pergi klinik tengah-tengah malam buta..huhu

sehingga saat itu sakit lebih kurang 3-4 min apart...so bersabar tunggu isyak dulu la baru nak pergi klinik...masuk je isyak mama mandi lagi sekali, sempat tu nak mandi...ya dengan mandi mama dapat relax sikit, lagi syok kalau dapat mandi hot water, tapi since tak ada heater, mandi air perigi pun best apa...hihi..lepas mandi dan solat isyak kami slowly gerak ke klinik...masa ni mama tak makan lagi, hanya makan kurma..perut terasa lapar tapi macam dah tak mampu nak makan...baba berhenti beli roti kat petrol station, tapi x makan pun...mmg dah tak daya nak makan cuma gagahkan diri makan kurma dan minum air zam zam sahaja...sepanjang perjalanan, setiap kali surge datang, mama 'arahkan' baba perlahankan kereta...kiranya baba bawa kereta perlahan je lah sebab setiap kali ada hentakan/jalan raya yang tak rata, sakit tu makin menjadi-jadi...

Kami tiba di klinik lebih kurang hampir jam 10 malam...klinik pun dah nak tutup, and patient yang ada pun tunggu ambil ubat...terus dapat jumpa doc...memula doc scan dan buat VE...Doc cakap baru 2cm dilation...mama terus rasa Ya Allah lama lagi la nak bersalin...maunya 4-5 jam lagi menanggung sakit ni...terus rasa down dan penat T____T


TO BE CONTINUED LAH.... ^___^


Antara hidup dan mati...hanya doa yang mampu dipanjatkan agar semuanya selamat T_T


Monday, May 19, 2014

Pengalaman Bersalin Kali Ke-2 (Part I)

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan izinnya mama selamat bersalin secara normal & gentle buat kali ke-2...Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan segalanya...ya segalanya berjalan dengan lancar seperti yang diimpikan walaupun sewaktu mengandungkan adik mama melalui pelbagai ujian, ya ujian dari segi mental dan fizikal (-_-') namun Allah itu Maha Pengasih, kasih sayang-Nya tiada tandingan...

Kali ini mama mengambil cuti lebih awal, 2 minggu dari tarikh EDD (29/04/14) asbab takut terbersalin awal...iyalah masa kakak alya dulu awal seminggu...takut bila tiba turn adik ni bersalin lagi awal...agak susah bagi perkiraan mama kalau mama bersalin awal kat sini (kemaman), kalau baba ada ok lah, buatnya sakit masa baba tak de, mana mama nak letak kakak alya, macam mana mama nak ke hospital sendirian, dan macam-macam lagi lah yang terlintas difikiran..

Kita semua balik kampung seawal 11 April 2014 (Jumaat), on kakak's birthday...sampai kampung dah malam...esoknya pergi check up kat Klinik An-Nuur, sadly HB drop menjunam dari 9.6 kepada 7.6...phewwww lap peluh jap...mama dah cuak kot-kot Dr.Siti tak mau terima mama bersalin kat situ sebab before this dia pernah cakap kalau HB rendah sangat dia tak nak ambil risiko, kena bersalin kat hospital yang ada bank darah (standby kot-kot ada bleeding after delivered), tapi alhamdulillah Dr. sangat positif ^___^

Status kat FB a day after we met Dr. Siti ^_^

Maka berehat la mama di kampung halaman tercinta sambil menghitung hari dan berteka teki tarikh manakah yang adik pilih untuk keluar jumpa dengan mama, baba, kakak dan semua orang? Akhirnya berlalu seminggu tanpa ada sebarang tanda...nampak gayanya adik belum bersedia untuk keluar, masih selesa tidur dan tendang-tendang perut mama dari dalam ;)...minggu ke-2 di kampung juga berlalu tanpa sebarang tanda, sempat mama makan apa yang diidamkan...masa tu baba dah standby kat rumah...sayangnya baba kat kita sampai sanggup mengorbankan cuti dia selama seminggu tanpa berbuat apa-apa..hanya menanti bilakah masanya mama nak bersalin??? 


TO BE CONTINUED.....hehe


Benarlah, penantian itu satu penyiksaan T_T


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

image: google

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru yang pernah mendidikku secara langsung atau tidak... Cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa, SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan KB, pensyarah di Matrikulasi UIA PJ dan IIUM Gombak...Semoga Allah merahmati kalian semua... Kepada kawan-kawan yang bergelar guru, selamat hari guru buat kalian juga.


Tak pernah berangan untuk menjadi cikgu, tapi macam best je jadi cikgu...nak tukar profession boleh??? hehe


Thursday, May 8, 2014

Alhamdulillah.... It's A Boy

Alhamdulillah...


Buat teman-teman blogger yang masih belum tahu, syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya mama selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.45kg, 54cm panjang pada 27/4/2014 jam 11:35pm...

Nanti kita story detail pasal kelahiran adik ya...adik dah berbunyi minta susu...see ya ;)


Wednesday, April 2, 2014

Jahit Suka-suka Untuk Bakal Adik Alya

Untuk adik, tak banyak barang baru yang dibeli...banyak recycle kakak alya punya...cuma mama yang konon rajin ni touch up atau upgrade sikit bagi cantik...masa kakak dulu, semua barang dibeli baru, tak ada satu pun yang mama jahit sendiri hatta barut perut...entah la masa tu semangat menjahit tak ada, atau mama yang tak pernah terfikir untuk jahit sendiri atau memang mama malas...entah la

Tapi untuk adik mama kena la rajin sikit, dah la tak dapat yang baru, atleast nampak baru pun jadi la kan dik...Tilam adik pakai kakak punya cuma mama jahitkan sarung baru...siap quilted lagi tu dik, memang terlebih rajin ni...baba siap marah mama sebab beria jahit tuk adik..baba marah bukan ape, marah-marah sayang sebab dia takut mama penat...mana ada penat dik, kalau dah semangat datang memang tak kenal erti penat...segala kesakitan macam hilang terus..magic kan? ^___^

Quilted...

Set tilam adik...Bukan sarung tilam je quilted, sarung bantal pun ya...rasa puas sangat tengok set tilam ni...Siap je set sarung ni, baba lak excited tak sabar nak tunggu adik keluar...hihi..before siap dia marah mama xpayah la jahit beria, jahit simple2 saja...bila dh siap dia pulak yang terlebih excited... O__O

Set Tilam Adik

Coming soon another few projects special for our little khalifah...mama tengah speed up kejar masa sebab dah suntuk sangat ni...next week insyaAllah kita balik kg..mama cuti awal sikit...so have to finished all the list to do mama tu before kita balik kg...


Berdebar menanti saat itu +_+


Wednesday, March 26, 2014

Quilted Pillowcase

Since saya beli NV950 memang tak pernah try guna deco stitch atau jahit lurus biasa...hanya guna NV950 untuk menyulam dan tebuk button hole sahaja...untuk menjahit saya lebih selesa guna mesin industri..jahitan lebih cantik dan kemas..so saja la ni nak mencuba guna deco stitch yang berpuluh-puluh kat mesin tu...sementelah kakak alya dah ada bed sendiri with new quilt, mama rasa macam nak personalized juga bantal yang ada..di tambah pula sarung bantal pun dah reput, dah koyak sana sini...camno tak reput sebab bantal tu rembat bantal kat kg...sedap oo guna bantal kekabu ni..lagi lama lagi sodap ;)

Ini dia bantal yang telah berubah rupa...ala..xde yang b4 la..ada after jer...kakak alya suka la, dia ingat dapat bantal baru padahal sarung je yang baru...kiki
Amacam? ceria tak?

Zoom sikit part sulam nama...mentang-mentang la ada mesin sulam, semua nak di 'personalized' kan...sarung bantal ni quilted tau...haaa betapa rajinnya mama..pakai deco stitch, berombak2 gitu, dapat le cover part senget benget tu...hihi


Huh sibuk suruh amik gambar dia dengan bantal baru...sabar je la
Muka ceria si anak bila mendapat bantal 'baru' ;p

Nak jugak posing kat katil dia...bantal baru dengan segala soft toys yang dia ada -_-'


Test buat bantal untuk kakak dulu sebelum buat project yang lebih besar...wait and see for the next project ya ;)


Monday, March 24, 2014

Quilt Kakak Alya

Buat ke-2 kalinya mama alya meng-quilt...yes baru 2 quilt mama alya jahit..yang first dulu masa umur kakak alya setahun...itu pun buat untuk kakak alya guna kat taska...masa tu memang main hentam buat saja...try and error...yang kali ni pun main hentam juga tapi macam dah tau la sikit-sikit pasal quilt, how to bind a quilt, etc..

Kali ini buatkan kakak alya quilt untuk lapik kat katil dia since kami tengah train kakak tidur sendiri at her own bed (but in a same room dengan mama la)...maka mama beria la sikit nak kasi cantik katil kakak..size quilt yang terhasil kali ini agak besar, single size ngam-ngan dengan katil dia...but still bila dah nama manusia, akan melakukan kesilapan...quilt tu terpendek sikit...mama salah kira kot tu yg jadi terpendek T__T

Panel yang dibeli bertahun lamanya baru digunakan...atleast guna juga kan walaupun dah lama beli ;)
Front View

 Backing guna kain yang dibeli di IKEA pun bertahun dah beli fabric ni...x sure ada lagi ke tak corak macam ni kat IKEA...Binding tu hand-stitch tau..see?? how gigih mama nak siapkan quilt ni..but trust me, bila dah siap rasa berbaloi mama menahan sakit belakang untuk siapkan quilt kakak ^___^
Back View

Kasi close-up sikit part applique nama kakak...since dah ada nama, kakak kena guna quilt ni sampai ke besar la yer...x boleh bagi kat orang lain...hehe
Siap buat applique nama alya tu ;)

 Tada...bila dihamparkan di katil kakak alya...oh penuh katil anak dara mama dengan soft toys O_O
Katil kakak alya

Special thanks to sis Afiqah Tahir, ibu Darwisyah sebab sudi hadiahkan mama fabric spray...dengan adanya fabric spray ni, memang berganda-ganda memudahkan kerja mama dalam misi meng-quilt...semoga Fiq akan dimurahkan rezeki oleh-Nya..amin


Banyak to-do-list yang belum settle...harap sempat siapkan semua sebelum bersalin *_*


Tuesday, March 18, 2014

Muncul Lagi... ^___^

Salam semua...setelah sekian lama menyepikan diri sekali lagi mama & kakak alya muncul mewarnai blog yang telah lama kusam dan terabai ini...entah kenapa memang mood untuk berblog terjun ke laut dalam tanpa mahu timbul-timbul...banyak kisah yang hendak di abadikan disini tapi entah la...tengok la macam mana kot-kot tetiba mood ada kita buat entry throw back la...haha..

Kakak alya pun dah semakin besar, makin cerdik, dan perangai pun makin macam-macam yang bisa membuatkan mama kadang rasa nak marah, ketawa, menangis dan sebagainya...Alhamdulillah setelah hampir 3bulan belajar kat playschool, banyak yang kakak belajar..bacaan dalam solat telah dihafalnya...itu yang paling membuatkan mama rasa bahagia...

Adik sekarang 34minggu...lagi sebulan lebih kita semua akan jumpa adik..insyaAllah..semoga semuanya berjalan dengan lancar...perasaan berdebar tu seperti kali pertama nak bersalin..ya lah setiap kelahiran kan berbeza kisahnya...Ok la macam dah tak de idea nak tulis kat sini...see u next time ya bila mama ada mood berblog balik...see ya lovelies ^___^

ups sebelum tu, persembahkan mama & alya di sport day shool alya last 3 weeks..daaa



Mama maintain slim walaupun pregnant..boleh gitu? hahhaa


Thursday, January 9, 2014

Hari ke-4

Alhamdulillah pada hari ke-4 sudah tidak ada drama air mata dari kakak alya...dia sudah mahu ke school hijau...bangun dari tidur cakap dengan dia, hari ni kakak pergi school hijau eh, tak mau nangis-nangis ya...dia cakap ok...lega rasanya...klo tak sedih gak mama nak tinggal kakak di tadika kalau dia menangis...

Sepanjang perjalanan pun dia tak habis-habis cakap hari ni kakak nak pergi school hijau...masa lalu depan taska dia dulu pun dia siap cakap, "mama, tak payah la pergi school putih...xde orang.." hihi pandai pula ya dia..2-3 hari lepas kemain lagi nak ke school putih...

Sampai saja di tadika macam biasa, salam & peluk mama then berjalan masuk ke kelas..mama hantar dekat pagar je (of course teacher dia ada kat pagar sambut dia)...Alahai rasa macam dah besar la pulak anak mama ni...

Sempat lagi posing sebelum turun dari kereta ;)

Ya Allah jadikanlah zuriatku penyejuk mata, penawar jiwa


Tuesday, January 7, 2014

Hari Ke-3

Hari ini merupakan hari ke-3 kakak alya di school baru...hmmm kakak alya yang solehah ni makin pintar...bangun je dari tidur, nak mandi memang tak de masalah..tapi bila nak pakai je uniform terus cakap, "mama, tak nak g school hijau (refer to tadika)...alya nak g school putih je (refer to taska)"... Itu la dialog yang di ulang-ulang sehingga la sampai ke tadika...si cerdik mama ni dah kenal jalan nak ke "school hijau" dan "school putih"...bila mama ikut jalan nak ke "school hijau" mengamuk dia...kakak...kakak...


Sampai aje kat tadika, ayat dah bertukar lebih sedih..."mama, jangan tinggal alya...alya nak mama..." oh my sebak mak nak oi bila kamu cakap macam tu...mama bukan tinggal lama, sekejap je nanti petang mama datang ambil la kakak...tetiba maknya pulak yang merah mata =_='

Walaupun pagi-pagi dia tak nak ke tadika, tapi bila amik petang ok je dia...bercerita itu ini, makan apa, ape yang dia buat kat tadika...alahai anak mama ni...harap-harapnya esok ok dah nak ke "school hijau"...jangan la dia sebut nak ke "school putih" lagi...haru mama...


Semoga kakak dapat sesuaikan diri di school baru...


Sunday, January 5, 2014

Her 1st Day

Today is her first day at new school atau lebih tepat tadika...yeay kakak alya sudah ke tadika...pada awalnya kami tidak merancang pun untuk hantar kakak alya ke tadika seawal usia 4tahun...tapi mengenangkan yuran taska naik, dan beza antara yuran taska dan tadika tidak jauh beza maka kami decide untuk hantar kakak alya ke playschool...besides, playschool ni sampai ke petang and waktu school holiday pun buka so kami fikir ok juga kalau hantar kakak alya ke tadika...banyak sikit yang boleh dia belajar...

Pada awalnya excited juga la kakak alya nak pergi school...ya lah boleh pakai baju baru...siap ber lipstik u...haha...tapi bila dah sampai school, mula la dia buat perangai..nak mama ikut sama, ok xpe, mama hantar sampai masuk kelas..kat kelas siap pesan, "mama jangan tinggal alya eh"...pujuk punya pujuk, tak mau juga...last sekali cikgu suruh mama balik...maka kedengaran la raungan tangisan daripada si gadis solehah "nak mama...nak mama...." (erk time ni mama sebak tau, tapi tahan je)...semoga kakak baik-baik aje kat school baru dan dapat adapt dengan new environment, new friends & new teachers...


Masa ambil kakak dari school petang tadi bukan main ceria dia....cerita itu ini, sampai tak terlayan...alhamdulillah bila tanya teacher tadi, teacher cakap sekejap je kakak menangis...bila dah buat aktiviti dia ok walaupun tak participate...tapi bila dah petang dia ok sangat...harapnya pagi esok xde adegan raungan tangisan lagi...hihi..


Tendangan kecil yang membahagiakan...auchhhh 


Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year 2014

Image: Google

Happy New Year semua...wish this year brings to the warmth of love...hmmm dah nak masuk 2hb baru nk wish ya..tak pe masih belum terlambatkan... Fuhhhhh lama betul tak update blog...macam-macam yang berlaku sampaikan update blog jatuh ke nombor yang entah keberapa...huhu...

Bermula dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, rumah kene banjir, office yang tunggang terbalik, dan macam-macam lagi la membuatkan mak buyung ni kadang-kadang sukar untuk handle "stress" yang dihadapi...Tapi insyaAllah atas keyakinan yang tinggi ke atas yang maha Esa insyaAllah semuanya berjalan dengan baik...biasala kita manusia yang lemah, ada kalanya hampir jatuh tersungkur namun bila melihat keadaan orang lain yang jauh lebih susah membuatkan kita kembali panjatkan syukur diatas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita...

Semoga di tahun baru ini memberi sinar yang lebih baik, diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan hidayah agar menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa, dan semua yang baik-baik la kan...

InsyaAllah kalau ada kesempatan kita jumpa di next entry..tapi for sure tak tahu bila...kiki


Adik dah 23 weeks dalam perut mama...Kakak Alya sayang adik ^_^