Tuesday, January 7, 2014

Hari Ke-3

Hari ini merupakan hari ke-3 kakak alya di school baru...hmmm kakak alya yang solehah ni makin pintar...bangun je dari tidur, nak mandi memang tak de masalah..tapi bila nak pakai je uniform terus cakap, "mama, tak nak g school hijau (refer to tadika)...alya nak g school putih je (refer to taska)"... Itu la dialog yang di ulang-ulang sehingga la sampai ke tadika...si cerdik mama ni dah kenal jalan nak ke "school hijau" dan "school putih"...bila mama ikut jalan nak ke "school hijau" mengamuk dia...kakak...kakak...


Sampai aje kat tadika, ayat dah bertukar lebih sedih..."mama, jangan tinggal alya...alya nak mama..." oh my sebak mak nak oi bila kamu cakap macam tu...mama bukan tinggal lama, sekejap je nanti petang mama datang ambil la kakak...tetiba maknya pulak yang merah mata =_='

Walaupun pagi-pagi dia tak nak ke tadika, tapi bila amik petang ok je dia...bercerita itu ini, makan apa, ape yang dia buat kat tadika...alahai anak mama ni...harap-harapnya esok ok dah nak ke "school hijau"...jangan la dia sebut nak ke "school putih" lagi...haru mama...


Semoga kakak dapat sesuaikan diri di school baru...


3 ::ThoughT(s):: :

Farah Waheda Wahid said...

oh alya dah school baru ek...selamat ber-skool alya...lama aunty tak tengok alya kat sini...

Suzie said...

Akak pun sama dgn si qaid. Nasib baik affan ok.

izan mama mia said...

sekolah hijau sekolah putih..hihihi..agaknya alya teringat kawan lama kot...

mg lps ni lbh serasi