Monday, May 19, 2014

Pengalaman Bersalin Kali Ke-2 (Part I)

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan izinnya mama selamat bersalin secara normal & gentle buat kali ke-2...Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan segalanya...ya segalanya berjalan dengan lancar seperti yang diimpikan walaupun sewaktu mengandungkan adik mama melalui pelbagai ujian, ya ujian dari segi mental dan fizikal (-_-') namun Allah itu Maha Pengasih, kasih sayang-Nya tiada tandingan...

Kali ini mama mengambil cuti lebih awal, 2 minggu dari tarikh EDD (29/04/14) asbab takut terbersalin awal...iyalah masa kakak alya dulu awal seminggu...takut bila tiba turn adik ni bersalin lagi awal...agak susah bagi perkiraan mama kalau mama bersalin awal kat sini (kemaman), kalau baba ada ok lah, buatnya sakit masa baba tak de, mana mama nak letak kakak alya, macam mana mama nak ke hospital sendirian, dan macam-macam lagi lah yang terlintas difikiran..

Kita semua balik kampung seawal 11 April 2014 (Jumaat), on kakak's birthday...sampai kampung dah malam...esoknya pergi check up kat Klinik An-Nuur, sadly HB drop menjunam dari 9.6 kepada 7.6...phewwww lap peluh jap...mama dah cuak kot-kot Dr.Siti tak mau terima mama bersalin kat situ sebab before this dia pernah cakap kalau HB rendah sangat dia tak nak ambil risiko, kena bersalin kat hospital yang ada bank darah (standby kot-kot ada bleeding after delivered), tapi alhamdulillah Dr. sangat positif ^___^

Status kat FB a day after we met Dr. Siti ^_^

Maka berehat la mama di kampung halaman tercinta sambil menghitung hari dan berteka teki tarikh manakah yang adik pilih untuk keluar jumpa dengan mama, baba, kakak dan semua orang? Akhirnya berlalu seminggu tanpa ada sebarang tanda...nampak gayanya adik belum bersedia untuk keluar, masih selesa tidur dan tendang-tendang perut mama dari dalam ;)...minggu ke-2 di kampung juga berlalu tanpa sebarang tanda, sempat mama makan apa yang diidamkan...masa tu baba dah standby kat rumah...sayangnya baba kat kita sampai sanggup mengorbankan cuti dia selama seminggu tanpa berbuat apa-apa..hanya menanti bilakah masanya mama nak bersalin??? 


TO BE CONTINUED.....hehe


Benarlah, penantian itu satu penyiksaan T_T


3 ::ThoughT(s):: :

Suzie said...

Akak x pernah cepat selalunya on the dot x pun overdue 2-3 hari. Hb akak pun mmg akan drop klau pregnant ....

Mila@Rimbun said...

Jgn lupa part 2 yer... akak tengah survey2 jugak pasal gentle birth nih...

husna zahidi said...

agak2 adik pilih tarikh yg mana ye.. hehehe..teruskan ceritanya mama noen..:)