Monday, November 13, 2017

Lama tak update 😂

Sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu, kakak alya dah darjah 1..dah nak akhir tahun dah pun...dulu blog ni penuh dengan cerita & gelagat dia, namun bila mama pregnantkan si adik makin lama makin sepi blog ni..dalam tempoh itu macam2 dugaan dan cabaran yang datang..dari seorang ibu bekerja Allah telah takdirkan menjadi WAHM tanpa pernah dirancang oleh kami, tanpa persediaan mental, fizikal apatah lg financial...Harungi saat susah senang dengan tabah...Namun Allah itu maha kaya, rezeki buat hambaNya ada dimana2..bukan sekadar makan gaji..now sudah selesa dengan gelaran surirumah walaupun kadang-kadang bila berjumpa saudara mara ada suara "sayangnya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja"...

Dari kemaman, kami berpindah ke kotaraya, menetap di rumah sewa babanya Alya ketika kami PJJ...Kebetulan housemate dia kahwin, so tak perlu kami cari rumah sewa baru...Alhamdulillah Allah permudahkan...Duduk situ dalam setahun lebih juga la, rezeki dapat duduk kuaters pula, rumah yang lebih selesa buat kami walaupun jauh sikit dari tempat kerja baba Alya...

Kini Alya pula ulang alik dengan baba pergi sekolah, walaupun agak jauh dengan rumah, Rawang-Selayang, tapi InsyaAllah kami cuba berikan pendidikan yang terbaik untuk Alya...Dalam doa kami hanya satu ingin melihat anak cemerlang akhlaknya, budi pekertinya, beramal dengan Al-Quran & HAdith, dan harapan besar kami menjadi Hafizah profesional...

Mama? Alhamdulillah tak rugi mama beli mesin sulam dulu yang pada awalnya lebih kepada suka². Tapi kini itulah tool yang mama guna untuk mencari rezeki. Dari 1 mesin kini mempunyai 3 mesin sulam. Kehidupan kami kini tak mewah tapi Alhamdulillah mencukupi. Dan InsyaAllah tahun depan kakak alya akan dapat sorang lagi Adik 😊


Ok,  itu dulu la sebagai pembuka bicara 😂
Bila lama tak menulis,  kekok pula rasanya. InsyaAllah ada masa mama update lagi





Monday, January 9, 2017

YEAR 2017

Bismillah & assalamualaikum...

kaku rasanya jari ni nak menaip 😂
setahun lebih blog dibiarkan tak berupdate..huhu

Belum terlambat nak wish Selamat Tahun Baru 2017 untuk semua
Didoakan tahun ini lebih berjaya daripada tahun lepas

ok la cukup dulu untuk muqaddimah..hihi..harapnya lepas ni ada lagi la update ya..jangan menyepi then tahun depan pulak baru update 😄😄😭😭


salam sayang daripada mama alya & aqmar 😘